Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 8 March 2012

Ummi dan Amir

Assalammualaikum..

Semalam ayah outstation lagi ke JB. Tinggal lagi kami berdua.

Semalam jugak ummi kena masak food amir dan basuh botol amir, tugas2 yang sebenarnya sukar dilakukan tanpa ayah.

Jadi apa yang ummi buat semalam adalah :-

- Balik lambat, pergi jusco beli barang2 dah habis, jalan laju-laju.

- sampai rumah simpan apa yang patut dalam peti ais, capai payung dan bergegas amik amir (tingkat 5).

- Sampai rumah, letak amir, bukak tv (tak berapa berkesan pun), pergi toilet amik wudhu nak solat maghrib.

- Amir dah start merap, ummi solat jugak walaupun amir nangis2.

- tarik highchair ke dapur, pusing sikit tv, pasang cerita Rio. (aktiviti dilakukan dengan amir memeluk sebelah kaki).

- letak amir kat kerusi, bagi pisang kat dia. Lepas tu fikir, ah biarlah dia messy sikit, he's learning right? so bagi mangkuk, sudu, cawan, pisang..dan dia bergelumang dengan pisang tu. hehe..

- ummi masak air, potong bawang (yer patut potong bawang ni boleh skip kalau dah buat earlier).

- tumbuk udang kering, basuh beras, buh udang kering tu, masak atas dapur.

- potong bawang, potong halia, bawang putih, masuk ape ntah halba suma tu.

- amik ikan, letak dalam periuk, buh semua yang potong tadi tu, masuk air, letak atas dapur.

- Tambah dos pisang amir, letak air pulak sikit bagi dia splash splash..

- potong carrot, cendawan untuk sup ikan.

- potong tomato, carrot, bronkoli - stim (kurang sikit vitamin hilang kan kalau stim).

- tinggal kat dapur api kecik.

- amir dah start ngek, ngek, angkat la anak hensem ummi yang berlomoih ni...

- masuk toilet bukak semua baju merangkap mandi sikit2

- buh minyak buh losyen semua..pakai baju baru..amir hamzah kembali wangi dan comel..

- p dapur tengok sup macam dah siap, buh garam kit, buh carrot dan cendawan...buh sikit sup kat bubur..(aktiviti ini dilakukan dengan mengelek en amir)

- main2 sekejap dengan amir untuk tunggu boleh tutup api.

- dah tutup api, zass terus ke bilik tidur, pukul 11pm..

- Golek2 dengan amir, sambil menahan mata jangan tidur sekali sebab kerja tak abih lagi.

- Pukul 12 amir dah tidur, ummi gegas2 bangun abiskan kerja.

- Basuh baju..angkat baju yang dah kering..

- masak air untuk basuh botol, berus2 botol, rendam dalam air panas dengan sabun botol tu..

- blender yang stim tadi, campur ikan dalam bubur, campur semua...buh dalam bekas food amir. simpan peti ais semua.

- bilas botol masuk dalam sterilizer.

- kemas beg amir hamzah.

- solat isya, ngam2 doa, mesin pun habis basuh.

- sidai baju.

- pukul 2 / 3 pagi jugakla ummi masuk tidur.

Wahh...panjangnya list..

Lepas tu penjaga amir ada cerita pulak bab orang pecah rumah kat blok bersebelahan. Dahla ummi ni asyik terbayang2. Siap bawak pisau rambo masuk bilik tidur. Pintu ke dapur yang sebelum ni sentiasa terbuka, semalam ummi kunci.

Selebihnya ummi bergantung penuh pada Allah untuk lindungi kami.


Pagi tadi, amir bangun bila ummi bangun. Tapi amir macam merap lebih dari biasa.
Ummi tak boleh pergi mana pun tanpa amir kat kaki ni. Hantar amir pun, panjang dan kuat nangis nya...
Hati ummi ni, Allah jualah yang tahu.

Mungkin amir rindu ayah, sebab nampak dia terjengok2 keluar bilik.
Mungkin ada gigi nak tumbuh?

Apa pun amir, dan juga ummi, masih tengah menyesuaikan diri dengan ayah yang banyak outstation.
Minggu depan pun ayah ke JB lagi.

Harap-harap Amir ok, jaga ummi, tak banyak nangis..and ummi be strong ok? Sila belajar dan dapatkan semangat dari kawan2 lain yang hebat itu...

: Melangkah turun tangga sambil mendengar tangisan anak..adalah sesuatu perasaan berat yang sukar digambar dengan kata :

3 comments:

humble.yat said...

wah..memang mencabar...memang ibu-ibu sekarang harus belajar berdikari kan?dan sentaisa harus bersedia...

ehem.."merap" tu ape yerk...?h

All about a journal said...

merap tu..hehe..kalau budak tu dia nak bergayut ja kat kita..sikit2 nangis..nak kita ada ja dengan dia..ha camtula lebih kurang maksud memerap..

Umie a'iesya said...

Al Fatihah. Moga Umie and Amir kuat terus ya!
Ayuhhh!