Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Sunday, 20 May 2012

Facebook dan Blog


Assalammualaikum

Sekadar sedikit coretan perkongsian dalam diari kasih ummi ini.

Facebook dan Blog ini, seperti yang kita ketahui, memberi impak yang besar dalam masyarakat kita dan dunia.
Bergantung kepada niat, cara dan tujuan perkara-perkara ini digunakan, masing-masing memperolehi hasil yang berbeza dengan aplikasi-aplikasi ini. Tidak dinafikan, banyak kesan negatif kelihatan, umpamanya, budaya hina-menghina, budaya 'tak peduliisme', budaya cinta2, budaya lagha, dan sebagainya. 

Ada yang taksub kepada sesuatu pegangan, menyalahkan orang-orang lain (mari kita taksub kepada Allah dan Rasulullah yer). 

Ada yang taksub cinta, tiap-tiap hari asyik berangan dan menulis tentang cinta, tanpa faedah langsung (Mari kita cintakan Allah dan Rasul, dan cinta dalam perkahwinan yang halal yer)..

Ada pulak yang asyik nampak kesalahan orang lain, dan statusnya majoriti ada perkataan 'benci','meluat','menyampah', dan sebagainya. Bila aura perkataan-perkataan negatif ini melekat di sekeliling kita, susahlah kita nak hidup gembira kan? (Mari kita berlapang dada dan saling memaafkan)..

Rasa macam buat karangan masa SPM dulu pulak. 

Berbalik pada tajuk ini, ummi nak ceritakan sedikit sebanyak kesan terhadap ummi..

Syukur kepada Allah, atas kemudahan internet ini, ummi jumpa dengan banyak perkara-perkara berfaedah dan bermanfaat. 

Facebook - Alhamdulillah kawan-kawan ummi majoritinya adalah di kalangan hamba-hamba Allah yang beriman, yang sentiasa berkongsi ilmu, sentiasa berdakwah. Banyak sangat keperluan hati dan iman ummi dapat kat sini. Tetapi ingat ya, keperluan menghadiri kelas dan kuliah itu lebih utama. Status sebagai ummi ni, cuba sedaya mungkin mendorong ayah menimba ilmu, ummi juga mendapat pahalanya kan? Ayah pula akan mengajar isteri dan anak2nya, insyaAllah..

Jika ada ter'add' sesiapa yang hanya suka meluahkan perasaan tiap-tiap hari, benci orang tu, sakit hati kat orang ini, ummi takla delete friend, sebab kadangkala itu adalah saudara mara sendiri, tapi ummi akan meng'invisible' status dia dari wall ummi. Senangkan? hehe..Syusshhh tau...^__^

Blog - Melalui blog lebih banyak lagi ummi timba pengalaman orang lain, membaca wacana ilmiah dari ustaz-ustaz..Alhamdulillah..Bila kita jumpa dengan sahabat yang ditimpa dugaan berat, kita muhasabah iman kita balik. Kerdil diri terasa. Bila baca cerita gembira, kita sama-sama syukur. Bila baca cerita sedih, kita sama-sama berdoa..Doa yang tersembunyi itu lebih ikhlas dan didengari bukan?

Setakat ini dulu coretan ummi. InsyaAllah berjumpa lagi..

2 comments:

humble.yat said...

setuju sgt denagna akak, cara guna chaneel fb bergantung pada diri kita juga, like page yg bgus, maka bersihla wall kita dari perkara yg tak elok kan? :-)

All about a journal said...

Sekadar pandangan orang biasa..hehe..

Yang penting mata dan hati tak sakit..kan?

p/s : suka terapi zikir hamidun tu..thanks yer perkenalkan..