Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Saturday, 2 June 2012

Perkahwinan Farah

Assalammualaikum...


InsyaAllah pada 01 Jun 12, Farah akan diijabkabulkan dengan lelaki pilihan hatinya, Farhan.  Kenduri pada hari berikutnya, 02 Jun 12.

Semoga semuanya dipermudahkan Allah..

Sebak jugak kadang-kadang fikir, bila event besar-besar macam ni, yang paling bertungkus lumus dan penat adalah abah mama..Semoga Allah ringankan beban mereka dengan pelbagai cara yang tak tersangka..amennn..

Hmm, fakta menarik tentang farah dan farhan adalah :-

1. Beza umur farhan 5 tahun lebih tua dari farah. (rekod baru dalam keluarga, ma dengan abah pun 4 tahun beza).

2. Nama yang hampir sama - farah dan farhan.

3. Nama bapa farah = Yusoff (abah ummi) & bapa farhan = Zakaria . Kedua2nya nama nabi.

Saja ja ummi seronok2 buat fakta pulak.

So, petang ni akan sibuk berkemas dan bergerak ke tangkak. Mungkin akan singgah ambil adik lelaki kesayangan yang belajar di UPNM, kemudian singgah Pedas dulu ambil apam comel untuk Mak, hanta kat mak dulu, baru balik kampung jumpa ma abah.


Hehee..susah jugak rupanya nak carik gamba adik beradik ni kan..ni pun 2 orang takde..Tapi inilah anak-anak perempuan mama.. Kak azu (tudung merah), ummi, mama, dan farah. Alhamdulillah..beralih sudah beban yang digalas oleh abah kepada suami masing-masing...

Ni gamba kami adik beradik..Masa ni, farah bertunang. 





Amir masa ni baru 4 bulan. Tengah nyenyak tidur dalam bilik yer..Adik pun, entah mana tak dapat di jumpai..So ini jelah yang ummi upload..buat kenangan..


Semoga farah berbahagia selalu, berkekalan hingga ke syurga..Ameenn...

Ucapan angah : Angah sayang sangat kat farah, dari mula farah lahir (walaupun masa tu angah buat demonstrasi kat mama), sampai bila-bila...Semoga farah tabah menempuh alam baru..alam perkahwinan dan alam perkerjaan..ingatlah adikku, kehidupan ini tidak mudah....teguhkan kesabaranmu, ukirkan senyummu..

wassalam...

p/s : minggu depannya kami akan berkonvoi ke kelantan untuk kenduri pihak lelaki. Seronok ummi rasa dapat berjalan ke kelantan dengan ayah dan amir hamzah dan keluarga..semoga semuanya dilindungi dan diberkati Allah..Ameenn...

2 comments:

humble.yat said...

tahniah..dapat adik ipar baru hehe...nnti upload la pic majlis yerk..suek tgok pic org kawen ni hehe

kira ada 5 adik beradik perempuan la yerk..ramai tu..

wajah akak pun berseri sekali bila adik akak bertung yerk..hehe

All about a journal said...

Heheh..dah tengok kan gambo kat fesbuk..ma akak upload.

ada 4 ja ppn..sorang laki..semua lima la..ada la sorang hero tu..harap2 boleh jaga ma abah..

akak memang sentiasa berseri..aiceh..^__^