Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 12 June 2013

Menghitung Hari (10 hari sebelum EDD)

Bismillahirrahmanirrahim..

Tarikh hari ini 12 june 2013. Bermakna lagi 10 hari insyaAllah ummi akan berjumpa dengan khalifah kecil dalam perut ni..Macam-macam rasa ada. Yalah, kata orang, sepuluh anak pun, setiap anak itu ada debarannya tersendiri.

Setakat ini kesihatan ummi dan baby insyaAllah ok, cuma biasalah extra penat, extra keras perut, extra sakit belakang, extra buang air..semua benda2 biasa jadi 'extra' sekarang ni. Setiap masa sakit 'extra' tu, terfikir, 'eh aku dah nak bersalin ka ni?' hee..tapi tak pun...

Oh ya, dan ummi masih berkerja macam biasa..sehinggalah adik baby rasa dia dah nak keluar. Masih pening dengan 'deadline', quotation semua di samping sibuk juga nak belajar pelbagai benda baru dalam alam keluarga. Ummi kerja swasta saja, tak mampu nak bercuti awal kerana setahun ada 16 hari ja. Betul-betul bercatu cuti ummi, nak simpan untuk lepas berpantang nanti nak buat simpanan susu untuk adik baby dengan izin Allah. Cuti bersalin pun cuma 60 hari ja. Berat sangat-sangat rasa hati nak bagi baby usia 2 bulan ke tangan penjaga..Tapi ummi tak mampu lagi nak bercuti tanpa gaji. Kalau bercuti tanpa gaji sekalipun, silap-silap bos kata 'takpalah u cutilah terus...' hehe..macam mana kan..

Ummi dan ayah baru nak belajar antara fasa baru dalam parenting. Kepentingan pemakanan dan penjagaan kesihatan. Sangat banyak benda baru untuk dipelajari dan dihadamkan.. Kita dah terlalu biasa dengan pelbagai ubat, pelbagai makanan segera, pelbagai bahan kimia. Sampai jadi dah tak peduli..

InsyaAllah dan alhamdulillah minda ummi makin terbuka kepada pelbagai ilmu dan fakta sekarang ni. Cuma nak melaksanakan secara istiqamah dan bijaksana, itu terpulang pada ummi dan ayah. Semoga Allah merahmati, dan menunjukkan jalan yang benar kepada kita semua.. Ameennn...

Hmm jom kita layan gambar-gambar amir..lama ummi tak upload kan..

Hai semua!~

Ummi..pe tu (ummi buat apa tu?)


Masa balik mengundi, di Hospital Kulim

Ni basikal kegemaran amir!~ dan tapis baju kegemaran ummi..

Permata hati, amanah Allah buat ummi ayah

erm..saya memang suka ambil gambar sendiri, fesyen macam ni..


Ok, sehingga kita berjumpa lagi jika ada rezeki dan kelapangan dan umur panjang, Biiznillah!~ Semoga sentiasa iman dan taqwa kita bertambah... ^_^

No comments: