Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 16 May 2017

Kau Mampu Tersenyum (Teacher's Day!)

KAU MAMPU TERSENYUM

Buat para guru yang kusayangi
Selamat Hari Guru, ucapan khas untukmu

Sebesar manapun harapan ibu bapa
Serumit manapun karenah pengurusan yang ada
Sesukar manapun silibus pihak berkuasa
Sehebat manapun kecaman mereka yang berkata
Seletih manapun bebanan tugas yang melanda

Apa yang utama?
Amanahmu pada Allah dan RasulNya
Amanahmu pada Allah dan RasulNya
Amanahmu pada Allah dan RasulNya

Apa yang utama?
Pandangan mata yang tulus mencari kasihmu
Sepasang tangan mungil yang menagih pimpinanmu
Sebuah jiwa suci yang mendamba pengisian ilmumu
Akal fikiran bersih yang meminta didikanmu
Cilik tubuh yang comel merindu pelukanmu
Hati mulia tanpa dosa yang teliti menatap perilakumu

Apa yang utama?
Pabila disana nanti
Di tempat yang penyesalan tiada ertinya lagi
Mereka bakal menyaksikan
Ya Allah
Insan itulah yang mengajarku, lantasku mampu belajar rantaian ilmu Mu
Insan itulah yang mengajarku, lantasku mampu menyambung legasi dakwah Mu
Insan itulah yang mengajarku, lantasku mampu menegakkan rukun Mu
Insan itulah yang mengajarku, lantasku mampu mengemaskan akhlakku
Insan itulah yang mengajarku, lantasku mampu menjaga perilakuku
Insan itulah yang mengajarku, lantasku mampu pula mendidik generasi selepasku

Tika itu kupasti
Wahai para guru
Kau mampu tersenyum..

Nukilan dari hati
Nurzarina Yusoff

16 Mei 2017

No comments: