Assalammualaikum
Pada usia beliau 3 bulan 4 minggu ini, ummi nak mencoretkan pencapaian2 cemerlang si amir hamzah.
1. Amir pandai mengiring..tapi bila ada benda yang hendak dicapainya. Satu ja kot benda yang nak dia capai iaitu : nenen ummi. Ummi pun terkejut, aik tetiba pandai la pulak dia mengiring..nak nenen punya pasai...semalam siap sikit lagi nak meniarap..Tapi apabila beliau jaga dengan jayanya, maka beliau hanya suka berbaring memerhatikan orang2 keliling....
2. Peramah dan Manis muka. Amir ni peramah orangnya (ikut ayah la tu). Kadang2 dengan kusyen kat rumah tu pun dia jadi menyembang.Dengan orang apatah lagi..Adoi...tu la yang ummi pepagi berat benor nak tinggalkan amir kat rumah ibu tu. Sebab amir ni kalau dah terjaga dari tido yang cukup maka mood dia adalah sangat baik. Tersenyum2 dan tersengih2...adoyai...
3. Suka mengempeng (istilah jawa : mulut tu asyik nak kene sumbat nenen je). Puting pon dah tak berapa nak sekarang...malam2 suka terjaga dan menangis. Sumbat nenen baru ok. Maka itu sebablah berat pun dengan jayanya naik dari 6.3kg (2 bulan) kepada 7.5kg (3 bulan). Wow..
4. Pandai menjerit. Bukan sebarang jerit. High decibel punya jerit. Kalau tepi telinga tu rasa macam berdengung jap. haha...belajar manalah menjerit ni nak oi...
5. Suka tengok cermin. Kalau bawa depan cermin tu, tersengih2 dia. (Siapalah budak comel disebelah sana itu agaknya? Tersenyum2...kita ada ummi, dia pun ada ummi...)
6. Sudah aktif dalam besen mandi. Sekarang ni mandikan amir memang seronok. Amir seronok ummi pun seronok. Rasa macam nak masuk sekali. erk? hehe...amir memang dah suka mandi sekarang..tak macam dulu..Kalau dulu dia punya menangis kus semangat. Kadang2 tak dan pakai baju kena upah nenen dulu. Balut saja sebab punya menangis. Lepas itu apa lagi...basah kain ummi kena syuu dia hehe..
Sekarang pulak, seronok dia mandi. Kaki pulak dah kuat dan pandai guna. Bila meniarap tu, amir suka tegakkan kaki dia..haha naughty ye amir...panggil ayah tengok dia....
Dulu masa dalam pantang, kalau malam2 memang amir tak mau letak bawah. Kena tido meniarap atas ummi. Nak kena peluk, nak dengar jantung ummi kot. Sekarang ni habit tu masih ada tapi dah berkurang. Dah boleh letak bawah. Tapi dengan syarat boleh mendapatkan nenen ummi bila perlu. hahah...comel comel anak ummi sorang ni. Geram betul...
Wah tak lama lagi my amir akan masuk 4 bulan....tak sabarnya..
1 comment:
cepatnye kan......happy 4 month amir in advanced! heeeeeeee
Post a Comment