Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 19 April 2012

Cerita Amir @ 16 bulan

Assalammualaikum…
Apa khabar sahabat-sahabat semua…Semoga sentiasa dalam peliharaan Allah..dari segi fizikalnya, imannya..ameennn

Lama ummi tak update. Sebab? Unknown. Hihi..
Untuk entry kali ini ummi nak bercerita santai sahajala…pasal hidup seharian, pasal amir.
Dua hari ini, ayah outstation lagi ke JB, tinggal ummi dan amir.
Cuba untuk menggunakan masa sebaik mungkin, kejar2 buat kerja rumah dan kejar deadline..
Ok jom kita cerita pasal amir pulak lah, hihi..

Amir dah masuk 1 tahun 3 bulan ataupun 15 bulan. Antara keletah-keletah hero kecil ini adalah :-

1.       Jalan - Masih dalam proses memahirkan skill jalan dia. Terduduk, tersungkur tu memang ada. Cuma takat ni takdak lagi yang serius.

2.       Makan – Alhamdulillah, amir ni memang suka makan. Bagi la apa saja insyaAllah dia makan. Kita ja yang kena control dia pula. Risau gak kan…

3.       GIGI – yang ni memang amir terer. Yela, umur 6 bulan dah tumbuh gigi. Jadi, pada usia sekarang hampir kesemua giginya telah emerging. Tapi syukur kepada Allah, amir sentiasa sihat hingga kini. Cuma ada sikit perangai merap dan nangis2.

4.       Skill – pandai salam, cium, lambai. Cerita pasal cium, amir develop satu habit. Sebelum tidur, dia kadang-kadang suka bermain. Jadi ummi akan pura-pura tidur, supaya cepat sikit dia tidur. Amir akan datang kat ummi, dan dia akan cium-cium ummi sampai ummi bukak mata. Happy gelak-gelak la dia lepas tu. Hihi.

5.       Cakap – memang kuat cakap amir ni. Panjang bebelannya. Namun dia sorang je yang faham apa maksudnya. Cuma yang paling jelas adalah, AYAH…


Makin banyak hal-hal kehidupan yang amir belajar. Ummi dan ayah pun juga masih struggle belajar cara-cara mendidik anak..

Apa yang pasti, menjadi ibu bapa bukan senang. Bila perhati kat klinik, atau kat mana-mana, betapa berusahanya ibu bapa ni menjaga anak2, memperhati segala perkara yang membahayakan, bertahan dengan perangai, tangis anak2, berkerja lagi untuk memberikan yang terbaik untuk anak..

Tapi…tiga, atau lima belas anak, tak mampu jaga seorang mak atau ayah sebagaimana dirinya dijaga mereka…

Kenyataan yang pahit untuk ditelan, tapi saban hari di ceritakan..

Maka, kita hanya berusaha…semua yang akan terjadi di luar kuasa kita…
Doa kita, semoga anak2 ini, menjadi insan2 yang bertaqwa…

Ameenn…





















2 comments:

humble.yat said...

salam akak..
dah dapat komen dah hehe..
wah cepatnya amer besar...
tulah cabaran bila dah anak, tugas untuk mendidik pulak kan?

terpulang pada kita untuk mencoraknya dan pendedahan yang baik2..:-)

All about a journal said...

salam....

Alhamdulillah..thanks tau yati gak ajar cane nak buat komen ni..hehe..

Cabaran sangat yati..dengan dunia 'internet tanpa sempadan' ni...takut, tapi kena harungi..kena hadapi..

yang risau, pendedahan kita ok, tapi pendedahan dari kawan2 tu yang cukup membimbangkan...