Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 25 April 2012

Kata Hati Ummi..

Assalammualaikum..

Harap semuanya sihat...sihat iman, sihat badan..Mari kita beristighfar dan bersalawat sama-sama...

Alhamdulillah...

Hari ini istimewa.

Permulaan hari adalah biasa..kebetulan hari ini ummi keseorangan (dengan bos) di opis. Yang lain semua cuti. Ada kawan minta tolong ummi buat blog harini..Ummi pun tak pandai sangat, asalkan jadi asasnya..yang lain-lain boleh update kemudian kan..

Kemudian rutin-rutin kerja biasa..Hinggalah ummi berjumpa blog ni, terima kasih kepada hani, kawan ummi..

Mujahidah solehah - Ummu fathi

Sekarang fikiran ummi amat terkesan dengan kisah hidup dia..

Banyak yang ummi pelajari, dan insyaAllah ummi cuba praktik dalam keluarga ummi..

Alhamdulillah...Perancangan Allah itulah yang paling hebat...kerana sayang Allah pada hambaNya, adalah lebih dari kasih seorang ummi kepada anaknya...

Sedangkan kita, para ummi, para ibu, mama dsb, TAHU, bagaimana dalamnya, luasnya, indahnya, hebatnya kasih kepada anak...Tetapi Kasih Allah kepada kita, adalah LEBIH dari itu...

Semoga bermanfaat umur ini..masa ini..ya Rabbi..ampunkan kami...kasihanilah kami..berilah kekuatan kepada kami mengharungi persinggahan sementara ini, dan kembali kepadaMu..Ya Rabbul Izzati...


No comments: