Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 5 July 2012

Julai Menjelma - Amir setahun setengah

Assalammualaikum

Dah masuk Julai 2012...terasa masa begitu pantas berlalu..

Menjengah Julai juga bermakna buah hati ummi sudah masuk satu tahun setengah.

Perkembangan-perkembangan amir yang ummi boleh coretkan adalah :-

1. Masih lagi menyusu badan sepenuhnya, Alhamdulillah rezeki Allah bagi.

  • Corak penyusuan amir di rumah pengasuh, adalah ikut suka amir. Kadang-kadang sehari, sampai 4 botol, kadang2 hanya dua..dan pernah hanya satu. Nanti insyaAllah ummi buat entry pasal BF dikala setahun setengah ini.
  • Tapi tika bersama ummi, amir sangat suka menyusu. Merengek-rengek selagi tidak dapat. Bila tengok ummi mula bersedia untuk bagi nenen, dia tersenyum.

2. Sangat peramah amir ni, tapi sehingga kini, boleh kata sedikit perkataan yang boleh difahami seperti 'dah', 'nak', 'tey' ('ok' kot), 'ayah'...Yang lain2 tu, panjang ayat amir buat, laju pulak tu..tapi gagal dikenalpasti.

3. Pandai kiss pipi ummi ayah, suka kena cium dan peluk, pandai lambai dan flying kiss.

4. Sangat suka tolong ummi kat dapur, pegang senduk sudip semua dan berakhir dengan senduk sudip di merata rumah. Lepas itu dia akan kemas dan simpan semula dalam almari'/laci tersebut, cuma bukan barang asal. Apa yang ummi jumpa adalah, remote tv dalam almari pinggan, selipar ummi dalam laci kertas, mouse wireless dalam bakul baju...hehe...semua ummi/ibu pun mengalaminya kan...tersenyum la sorang-sorang lepas tu..

5. Masih tidak suka gosok gigi. Bab ni ayah lebih handal menguruskan amir berbanding ummi..huhu..

6. Sensitif orangnya. Pantang dengar perkataan-perkataan seperti 'hepp', 'biasa dia tu', 'babab/jentik', 'bye2'..amir akan nangis. Ayah memang suka mengusik amir bab ni..isyk2..

7. Bab makan, alhamdulillah ok. Amir memang suka makan rasanya. Takat ni ummi ayah masih mengawal makanan, no junk food, kurang yang manis, minum air masak sahaja..tapi itu dikala depan mata kami kan, selainnya, Allah jualah yang menjagamu...

8. Satu habit amir yang ummi suka adalah, waktu nenen, kalau ummi saja tutup mata, amir akan pergi ke muka ummi dan cium2 sampai ummi buka mata dan dia akan gelak gembira. Kadang-kadang ummi tunggu dapat dua kali kiss baru buka mata..hehe..

9. Dan kalau ummi buat-buat nangis sakit, amir akan risau dan peluk/kiss ummi sampai ummi ok, pastu dia pun senyum happy.

10. Ummi nampak sekarang amir suka pijak atas barang-barang. Kadang-kadang suka stack barang..letak barang besar atas barang kecil, bila jatuh dia marah..hahaha..

11. Kenal bahagian tubuh seperti mata, hidung, telinga, mulut, gigi, rambut, perut. Tangan dan kaki paling master. Yang lain tu amir kadang-kadang mix up juga.

12. Bila belajar huruf hijaiyah, dia akan tunggu 'ya', pronounce 'ya' dan tepuk tangan. ehehe..Kena sabar kan ajar anak2 ni..

13. Amir lebih suka / mahu didukung/main dengan tok2 laki berbanding tok2 perempuan.

14. Skill sosial amir ummi nampak ok, tambah dengan budak2 sebaya.. dia cuma tak berapa mahu dengan orang dewasa lain selain ummi ayah takat ni..

15. Mula menggunakan kaki dengan intensif. Acu kaki ke muka kita dsb. Pada pandangan kita dewasa, nampak macam tak manis, tapi pada budak2 dia mungkin fikir kaki itu sama dengan tangan. Jadi itulah tugas ummi dan ayah, untuk mendidik..

Itu yang dapat ummi recall buat masa ini. Tapi peringkat ini, amir memang copycat. Suka tiru ayah batuk (sambil tutup mulut), dan tiru bunyi2. Cuma bila ajar ummi ja dia takmau ikut. (sabar ye ummi).

Dan ummi ada juga baca, yang kanak-kanak setahun setengah hingga dua tahun setengah ada 'tantrum' sendiri. Buang-buang barang, menjerit..Setakat ini ummi cuba cakap lembut dengan amir, peluk dia..Alhamdulillah berhasil. Sebab kadang-kadang kalau ayah marah dia bila dia berkelakuan sedemikian, amir akan ikut sama tinggi suara. Ummi dengan ayah pun masih belajar, untuk yang terbaik insyaAllah..

Semoga Allah tetapkan kami dijalan yang benar dalam memperjuangkan agamaNya, dalam meraih cintaNya, dalam menjadi ummi ayah mithali, dalam mendidik amanah2Nya...Ameen ya Allah...

p/s : rajin2 nanti ummi update gamba pula ya...^__^

2 comments:

Nadiah Sidek said...

hihi..tergelak baca pasal keletah amir :D

All about a journal said...

hehe..kan kak...anak2 penawar hati..macam-macam dia buat yang 'out of the box', rasa macam nak marah ada, tapi mostly rasa tergelak..