Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 14 December 2012

Tarikh-tarikh penting amir

Bismillahirrahmanirrahim.


9 November 2012 - ummi secara official telah berhenti pam di opis. Kerana pengeluaran susu yang berkurang dengan drastiknya. Pam dua-dua belah, dalam sehari, campur bertenang minum susu semua, hanya mendapat 3 aun.

Amir hanya minum air madu masa ini di rumah penjaga, dan nenen bila di rumah.


8 Disember 2012 - Amir secara official telah meminum susu tepung cap dugro. Langkah ini terpaksa di ambil memandangkan kekerapan nenen amir semakin bertambah disebabkan pengurangan susu ummi.

Namun begitu, amir masih lagi nenen ummi dengan jayanya waktu tidur, waktu tengah tidur, dan bangun pagi. Dan bila2 dia rasa nak nenen.


Sekarang ummi ayah tanya amir, 'Amir nak nenen ke, susu?'

Amir akan berfikir dan pilih ikut kehendak dia. Selalunya waktu siang (lapar la tu) dia akan pilih susu.

Tapi ummi tetap bersyukur ke hadrat Ilahi kerana memberikan nikmat menyusukan amir hingga dia hampir (beberapa hari saja lagi) mencecah usia 2 tahun.

22 June 2013 - Insya Allah jika semuanya dipermudahkan Allah, amir akan mendapat adik. Nampaknya ini sebab utama ummi tak dapat mengeluarkan susu yang cukup untuk amir. Tapi apa pun, amir dan ummi bersyukur atas nikmatNya yang tak terkira...Alhamdulillah..

Amir makin manja dengan ummi, selalu peluk kuat-kuat dan cium2 ummi, gigit hidung ummi, tak bagi ayah pegang ummi dan banyak juga menduga kesabaran ummi. Alhamdulillah ayah ada menenangkan kedua-dua pihak. hee..

Sekian dulu...wasalam...

1 comment:

humble.yat said...

wah alhamdulilah..Amir nak jadi abang long dah...hehe saya pulak yang excited...

tahniah kak, dapat bf Amir...;-)
doakan saya plak yerk..

mood tetiba tak sabar nak tunggu Aina 2 tahun sambil fikir adik aina plak nanti hehe..