Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 26 December 2012

Misi Al-Baqarah:233

Bismillahirrahmannirrahim

Entry ummi kali ini adalah..hmm..kata omputihnya, totally inspired by :-

Sempurna Sudah Misi Al-Baqarah:233

Tengok tajuk pun sama kan. Hee..

Pagi ini, bila ummi baca entry kak najibah ni, mengalir air mata ini.

Pertama sekali, alhamdulillah, ummi pun berjaya susukan amir tanpa setitis susu formula pun. Walaupun di akhir-akhir tempoh 2 tahun itu, susu ummi berkurang dengan drastik sebab mengandung, tapi amir hanya minum madu di rumah penjaga pada masa itu.

Dan ummi setuju, itu bukan sesuatu yang hendak dibanggakan kerana hakikat perjuangan yang kecil itu, hanya Allah yang mengerti. Itu adalah satu tanda betapa lemahnya hamba yang tiada apa tanpa pergantungan terhadap kuasa Ilahi, lebih kepada petanda betapa perlunya kita mensyukuri setiap nikmatNya yang tiada terhitung. Tiada apa yang boleh dibanggakan di situ.

Dari hari pertama amir dilahirkan, saat pertama amir ummi pegang untuk disusukan pada 01 Januari 2011..hingga Disember 2012, amir hampir menjejak usia 2 tahun.

Dari sebelum amir lahir lagi, ummi begitu teruja melihat titis-titis susu yang keluar masa tu, membaca segala yang mungkin berkenaan penyusuan bayi, bertanya dengan orang-orang yang berpengalaman.

Selepas amir lahir, Ummi ditegur doktor kerana begitu kekok dan salah memegang amir masa pertama kali nak susukan amir.

Bagaimana ketar-ketar kepala amir setiap kali bila amir nak nenen (sampai sekarang pun ada juga habit 'ketar kepala' tu hehe).

Mula2 amir asyik menangis, orang ingat susu tak cukup pun dah ummi lalui namun tetap bertegas.

Perit ummi menahan 'crack nipple' pada mula2 penyusuan..

Amir membesar dengan begitu sihat dan semangat pada 6 bulan pertama, sampai nurse kata kena jaga berat ni.. (padahal susu badan je masa tu).

Ummi pun dah lalui, saat2 stok susu begitu banyak dalam peti ais, sampai ayah kata nak beli deep freezer ke? Hee nasib baik ummi kata tak payah. Sebab minggu berikutnya, bila amir rasa-rasa nak minum banyak, terus berkurangan je stok2 tu.

Ummi merasa, saat kena pam harini untuk esok, bangun 4 pagi pam, balik kerja pam, dalam kereta pam, bag pam itu umpama bag oksigen ummi. Tahan bagi amir sebelah nenen je, sebab lagi sebelah simpan untuk pam.

Pernah mengepam sambil menangis.

Ummi merasa sakitnya 'breast engorge' sebab amir tak berapa sihat dan taknak nenen. Dan pada masa tu tengah travel ke kelantan, tak bawak bag oksigen sebab fikir amir dengan ummi, dan susah untuk storage, maka ummi terpaksa perah buang susu tu sebab sakit sangat. Allah jua tahu perasaan masa tu.

Ummi diberi peluang merasa nikmat mendengar tegukan demi tegukan kala amir menyusu.

Ummi tetap yakinkan hati dan berpegang teguh dengan ayat Baqarah ini, dikala amir diuji dengan penyakit telinga bernanah sebelum mencecah satu tahun, di kala amir diuji dengan asthma disebabkan keturunan ummi, di kala amir diuji dengan eczema, di kala amir diuji dengan gigi depan yang rosak kerana tabiat amir menyusu tak lepas di waktu tidur, tambah amir tumbuh gigi seawal 6 bulan.

Kini amir dah pandai sebut 'nak nenen ummi..'..baca bismillah sebelum nenen. Dan masih sukar nak lepaskan nenen di waktu malam.

Dan di sebalik cerita ini, syukur ada suami yang sentiasa menyokong, sentiasa tegas mempertahankan penyusuan ini, mengurut belakang ummi dan banyak menolong ummi. Dan keluarga sentiasa beri semangat kepada ummi.

Alhamdulillah atas segala nikmatMu ya Allah..walaupun hambaMu ini sering alpa terleka..sering berdosa..namun tak putus nikmatMu..

Alhamdulillah..semoga amir hamzah menjadi anak soleh hafaz quran, anak yang bakal memperjuangkan agamaMu suatu hari nanti dengan penuh ilmu, iman, ketaqwaan dan keberanian..

Ameen...


3 comments:

Nadiah Sidek said...

tahniah aza! :)

Najibah said...

Assalamualaikum sahabat..tahniah! saya pulak rasa sebak baca entri ni :-) semoga anak2 kita dipelihara Allah di sepanjang perjalanan menuju dewasa.

Tahniah juga atas kehamilan ke dua. amir nak jadi abang! :-)

take care sahabat :-)

All about a journal said...

Terima kasih kak nadiah, dan kak najibah...kakak2 yang sangat dihormati dan dikagumi..

Alhamdulillah..