Bismillahirrahmanirrahim.
Rasanya ini adalah entry ringkas sempena hari lahir putera ummi yang amat dikasihi, Amir Hamzah..
Genap sudah umurmu 2 tahun mengikut kalendar Gregorian ini..
Namun begitu, detik-detik mengandung dan melahirkan amir InsyaAllah akan selamanya kekal dalam ingatan ummi. Begitu bersyukur ummi atas nikmat Allah yang tidak ternilai ini.
Mungkin tiada party atau sambutan (banyak dah orang lain semua buat sambutan besar-besaran untuk birthday amir ni ;p), tapi tidak lekang amir dalam doa ummi.
Andai suatu hari nanti amir berkesempatan membaca diari kasih ummi ini, ummi ingin minta maaf andai ada kesilapan dan kesalahan ummi dalam mendidik amir. Amanah ini adalah antara yang paling mencabar buat ummi dan ayah, selaku insan-insan yang pertama kali menjadi ummi dan ayah, dan pastinya sebagai manusia biasa, kami tak lari dari melakukan kekhilafan.
Ummi dan ayah akan sentiasa berusaha memperbaiki cara didikan, mengikut garisan panduan al-Quran, sunnah-sunnah tinggalan Rasul kesayangan kita dengan penuh hikmah dan kesabaran. InsyaAllah.
Namun, doa ummi sentiasa mengiringi setiap langkah amir hamzah..di dunia dan akhirat..
"Ya Allah..bertambah lagi setahun usia anak ini, jadikanlah dia anak soleh dan bertaqwa..Kurniakan dia hikmah dan kebijaksaan berserta kekuatan iman dan ketaqwaan..Kurniakan dia kesabaran dan keberanian..kurniakan dia sifat amanah dan kejujuran..semoga dia terpilih sebagai pemelihara KalamMu al-Quran...semoga anakku ini, dan semua anakku yang lain, bakal menjadi pejuang-pejuang agamaMu yang akan menegakkan kalimah tauhid di muka bumi ini...ameenn ya Rabbal Alamin..."
P/S : Ummi dah ada azam baru. Anda bagaimana? ^__^
3 comments:
selamat hari lahir amir yang soleh! :)
alhamdulilah..amir dah nak abg long dah hehe...:-)
byk juga target 2013 hehe..semoga impian kita sama2 terlaksana..:-)
Terima kasih kak! dan adik yati..hee..
Ameen...
Post a Comment