Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Monday, 25 February 2013

Impian hati Ummi

Bismillahirrahmanirrahim..

Saja rasa nak berceloteh hari ni.

Pagi ni bila peluk dan cium amir hamzah macam hari-hari biasa sebelum ni, ada terselit rasa sayu..

Iyelah, untuk 8-9 jam berikutnya, dia akan tinggal dengan orang lain. Yang kasih sayangnya, belaiannya, tak sama dengan ummi dan ayah..

Tidaklah dapat diketahui..
Adakah amir akan dipeluk sebagaimana ummi ayah peluk bila dia ketakutan..
Adakah amir akan ditenangkan sebagaimana ummi ayah tenangkan bila dia menangis..
Adakah amir akan dipeluk cium sebagaimana ummi ayah peluk cium setiap masa..

Begitu juga untuk baby yang bakal lahir ni...Nanti seawal 2 bulan, dah dijaga orang lain..sebab ummi hanya dapat cuti bersalin dua bulan sahaja..

Sedih yer..

Impian hati ummi adalah untuk duduk rumah jaga ayah, amir dan anak2 lain sepanjang masa selagi hayat ada..Biarpun ummi tahu penatnya, dugaannya, keperluan sabarnya, kecekapannya adalah bukan calang-calang, tapi ummi juga tahu kebahagiaan dan kepuasannya...

Ada orang kata, tak seronok duduk rumah sebab tak merasa duit sendiri, tak merasa berbelanja sendiri, ummi rasa ummi faham itu. Tapi, bila fikirkan semula..apalah erti duit banyak andai tak mampu menjamin bebas dari seksa kubur nanti..apalah erti berbelanja mewah andai nanti akhirnya kain putih juga menutupi seluruh tubuh..dan apalah erti rumah besar, andai sendiri tak pasti adakah atau tidak 'rumah' nanti di syurga?

Sekejap sangat hidup di sini..takut tak cukup bekalan di cari..

Untuk masa sekarang, ummi dikategorikan terpaksa berkerja kerana keperluan untuk hidup, bukan untuk mencari kaya. Sedangkan taksiran zakat pendapatan ummi + ayah semasa beranak satu pun masih tak layak untuk dikenakan zakat, apatah lagi ayah kerja seorang...

Tapi impian ummi masih sama..untuk duduk rumah sepanjang waktu, menjaga keperluan ayah dan anak2..mendidik anak2 ke arah mencintai Allah dan RasulNya..agar satu hari nanti anak2 ummi bakal memperjuangkan agama Allah..mengikut sunnah Rasul..menyayangi ummi ayah..dan bakal memimpin ummi ayah ke syurgaNya.. Impian ummi agar sudilah kiranya dengan Rahmat Allah, kami dikurniakan rumah di syurga..pondok kecil di pinggir syurga pun dah lebih dari memadai..agar dapat melihat ZatNya..mendengar suara RasulNya..itulah rasanya sebesar-besar Rahmat...

Buat masa sekarang, ummi dah menceburkan diri dalam perniagaan alam maya, menjual breastpump..

Ada rezeki, mana tahu dalam setahun dua lagi ummi boleh berkerja dari rumah sahaja..InsyaAllah..Ameen..

Mungkin macam ni kot rupa ummi nanti? (cuma kena tambah satu lagi tangan dengan laptop dan handphone)..hehe...


Sekian..

4 comments:

miss mama said...

oohhh~~terharu sunggh baca impian ummi tu...kite ddk rumah dah jaga anak dan suami..hehe..tahap kesabaran yg tggi mmg amat dipelukan..harap kite mampu mencapai seperti impian ummi..kdg2 teramat jeles melihat encik papa yg tak pernah terganggu lgsung tidurnya..mama sejak ada anak ni tak pernah tdo mlm mcm "tdo mati dulu2 kala" haha..tido2 ayam je..kdg2 teramat letih dgn hal2 rumahtgga..mlm2 kena bgn tdokan semula anak yg terjaga dr lena..nak susu la..nak tepuk2 la..nak peluk2 la..disbbkan hari2 ada rutin yg sama maka dah tak terasa lg..tp ada satu2 masa yg teramat stess..rasa mcm nak je picit hidung papa sampai lemas sbb tak terbangun pun tlg mama jaga anak...hadoi...sabo je la..

All about a journal said...

Hmm..ini dah kene satu lagi karangan lain haha...betul tu miss mama..ada sesetengah kaum bapa ni, tak peka benda2 camni.."tak kerje.." kata dia, padahal kerje surirumah adalah jauh super penat dari kerje opis..unless la kalau cik suami keje bawak lori (macam bapak ummi), tidur pun 2-3 jam, kita pun tak kisah.. ummi yg keje pun,sejak ada baby dan BF ni, memang la tak dapat dah tidur sepanjang malam tu..^_^..kaum2 ibu je paham kan..

Xiet_Enigma said...

I pray to Allah to ease your way to become a fulltime housewife, inshaAllah.

Tak semestinya kalau bekerja tu tak menjalankan tngjawab yg baik. sometimes there are supermoms who are working moms and a great momma n wives too. tp memang tak dinafikan kan, h/wife is the most noble job for married women, and sebab tu la it comes along with great responsibility. penatnya Ya Allah, mmg Allah je tau. n sometimes mmg tk nafikan akan tercompare dgn kawan2 lain yg bkerjaya...

tp takde sapa bolh ragut rasa kepuasan membesarkan anak sendiri kan? :)

All about a journal said...

Really glad to see you sis xiet..

Keep wondering how are you doing now..^_^

I think to response you in a new entry..

Thanks a lot, u totally summarize it in your last sentence..^_^