Salam jumaat penuh barakah dan indah..(eh sat nak bukak mp3 al-kahfi hee..)
Ok. Ummi dah masuk minggu ke 21 mengandung.
Seperti cerita ummi sebelum ni, cabaran kali ini juga agak terasa. Mungkin masa amir dulu ummi tak buat blog lagi, jadi ada juga yang terlupa. Kali ini ummi cuba coretkan sekadar termampu..
Baru ni, ummi ada menghidapi (ke menghadapi? hee) selsema tak kronik. Dan sedikit batuk. Tapi air hidung yang sedikit tu, tak abis-abis berantai dah masuk seminggu. Walaupun sedikit, tapi sebab lama, dia dah agak bertukar warna dan bau. Sentiasa ja ummi kena pergi buang. Nak makan ubat rasa macam sedikit sangat masalahnya..tak seronok nak makan ubat.
Jadi ummi beli sunquick, buat air oren..Banyak makan buah epal..air limau..itu je.
Tetapi dengan izin Allah, ada lain pula yang terjadi. Ummi diserang sakit perut yang teramat.
Yang ummi pasti, sakit perut di bahagian atas, bukan bawah, bukan rasa 'cramp', tiada apa2 discharge. Baby pun elok ja gerak2, tak mengeras. So ummi positif yang baby ok.
Nak kata keracunan makanan, yang 'cerry berry' tak kronik, hanya sekali. Rasa loya tapi tak muntah.
Nak kata gastrik, baru lepas makan.
Berpeluh2 ummi tahan sakit yang datang berkala, sementara nak sampai ke hospital azzahra. Rasanya adalah dalam 2 jam tempohnya..
Sampai azzahra..duduk, bertenang..dan tak tahulah macam mana, sakit berkala tu dah tak ada. Dari dulu kan memang macam tu, bila sakit, asal sampai hospital/klinik je, ada kebarangkalian baik (tak la setiap kali).
Tapi ayah cakap kat nurse yang ummi pregnant (masa daftar ummi tak cakap apa2)..terus dia panggil masuk bilik yang ada ultrasound. Ambil bp, agak rendah. Doktor yang datang diagnose (tak buat pun ultrasound) tanya2, so kesimpulan dia, gastrik. Kalau banyak makan benda-benda masam, limau, etc pun boleh sebabkan gastrik.
Sebelum tu pun, lunch ummi minum air oren, mungkinla..
Ini kali kedua sepanjang hidup ummi di diagnose dengan gastrik. Sangat sakit rasanya..sebab pertama kali kena diwaktu baru 3 hari melahirkan amir, kali kedua di waktu pregnant 5 bulan.
Kemudian doktor saja suruh test air kencing. (masa ni kira, ummi potong line la, nombor 1172 kot, sekarang baru 1150 lebih kurang).
Lepas kencing, tunggu balik kat luar..ingat mungkin kena tunggu la balik nombor tadi tu.
Tapi tiba-tiba doktor panggil masuk bilik ultrasound yang canggih sikit dari tadi. Dia nak scan katanya.
Aik ummi pelik juga. Tapi ikutkan ajelah.
Mengikut kata doktor, urine ummi kotor. Itu yang dia nak tengok juga baby kat dalam ni. Ukur semua, tengok heart beat ok, tengok baby pun gerak, alhamdulillah takde apa2. Lagipun appointment prenatal ummi adalah minggu depan lepas cuti raya cina, so nampak doktor tu agak lega.
So, kesimpulannya dia kata angin dan gastrik, dia bagi ubat angin dan buscopan (tidak digalakkan untuk ibu mengandung, hanya makan pabila diserang sakit sangat seperti ummi tadi tu..).
Jadi kita tunggu lah check up ummi minggu depan, dan doanya semuanya ok tiada masalah. Setakat ni baby memang sangat aktif bergerak dalam rahim ummi ni, kadang2 boleh rasa jelas degupan jantungnya, kadang2 rasa dia sedu..hee..alhamdulillah.
Sebagai penutup, ni gambar amir terbaru, umur : 2 tahun sebulan..
![]() |
| Mirrored image of amir hamzah.. |
![]() |
| Renungan mengoda amir..ada sapa2 nak apply? hee.. |
Note : amir dah sama ada makin kurus, atau tinggi dan tak bertambah berat badan..lain dah rupa dengan dulu..^_^


3 comments:
eerkkk...i pun ada sakit perut yg teramat sgt..2 ke 3 kali jugak dlm tempoh pegnant ni...tp tak pernah pulak pegi check kat sepital..selasa kelmarin check up bulanan..tp baby sume ok..ptg tu sakit perut lagi...tapi mcm biasa la ingatkan pasal angin saja..so tak amik ape2 ubat, tak pegi jumpa doktor..i main guling2 je dgn eryna..agak2 la sampai lupa sakit perut tu..hahahaha...boleh ke mcm tu..
hahah..wah mantap u..i jenis cepat cemas cani la...takut sebab tengah preggykan..huu..u takpa..doktor dah..hahah..
i bukan medical doctor...kalo doktor sekali pun...bila dah sakit kene p spital jugak..
Post a Comment