Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 27 March 2013

Mama dan Abah pergi umrah

Bismillahirrahmanirrahim..

Kali ini saya menulis sebagai seorang anak.

Anak ke2 dari lima adik beradik..gelaran angah di rumah.

Pada 16 March 2013 yang lalu, ma abah dan umar sampai di KLIA, dan berlepas menunaikan umrah pada 17 March 2013 jam 2.40pagi.

Setia saya (dan baby), suami dan amir hamzah menunggu hingga mereka masuk ke ruang perlepasan.

Selepas itu, ada banyak rasa gembira kerana akhirnya ma dan abah bakal menjejak kaki ke rumah Allah, dan umar (adik lelaki tunggal) juga berpeluang mengerjakan umrah di usia yang muda. Ada sedikit rasa sedih, ada sedikit rasa kehilangan, kerana buat pertama kalinya ma abah berada di satu tempat yang jauh. Ini juga merupakan kali pertama abah menaiki kapal terbang..

Sehingga hari ini, rindu di hati rasa sedikit terubat melihat gambar-gambar ini :-

makan aiskerim 3 riyal selepas solat

sangat cantik ma bertudung dan jubah putih, dan sangat hensem abah dan umar..

Petang Jumaat akan datang ni, insyaAllah mereka akan sampai ke tanah air. Semoga semua urusan dipermudahkanNya...ameenn...

P/S : Tak sabar nak tengok abah yang tak pernah membotakkan/memendekkan rambut seperti dalam gambar ni.. hehe...

~Angah sentiasa berdoa agar semua urusan ibadah kalian dipermudahkan, diterima Allah SWT dan semoga berpeluang pula mengerjakan Haji dalam masa yang terdekat, ameenn..~

No comments: