Bismillahirrahmanirrahim..
Hee..memang takde kaitan pun HMF dan balik kampung.
Rabu malam khamis lepas, 27th March 2013, amir hamzah kena demam kuat. Ayah amik dia awal di tempat pengasuh, balik, bagi ubat punggung dan bila ummi balik tengok dua2 dah pengsan. Sebab ayah pun tak sihat hari tu, migrain dan muntah..Tapi takde orang kat opis maka ummi tak boleh nak balik awal. Terima kasih ayah..
Khamis tengok amir macam biasa..masih sambung dengan ubat demam.
Pagi Jumaat bila ayah siapkan dan hantar amir (ummi dah ke opis), ayah kata nampak macam amir kena demam campak. Ada bintik2 kat dada, punggung, kaki. Risau juga ummi.
Petang jumaat tu kebetulan ayah pergi tengok tok ma dan tok abah balik dari umrah di KLIA. Memang lambat balik petang tu, dan ummi dan ayah juga dah berbincang untuk balik ke kulim malam tu untuk menjenguk ma abah. Ummi balik dekat pukul 6 petang, parking kereta di luar sebab satu kereta ja boleh masuk kat kawasan perumahan tu..jalan kaki..balik rumah panaskan sup yang ummi masak semalam untuk orang-orang sakit di rumah, hee, dan bergegas ke atas tingkat 5 untuk ambil amir.
Bergegas? tak la gegas mana pun, pelan2 ja ummi naik sambil berhenti bila penat. (memang sekarang ni tugas ayah hantar dan ambil amir di tingkat 5 itu). Sampai ke atas, suruh amir turun sendiri ja pegang tangan sebab memang takde kederat nak dukung dia turun.
Tapi bila ummi tengok sendiri keadaan amir, risau benar rasa hati ini. Terus bulat tekad bawa amir terus ke klinik sendiri. Balik rumah dulu, ambil henbeg dan payung sebab nampak macam nak hujan. Jalan ke luar (taman) dengan amir..naik kancil dan ummi bawa ke klinik.
Klinik yang selalu amir pergi tu tutup pukul 7, sebab tu rasa tak sempat nak tunggu ayah balik.
Sampai klinik, amir dok buat nangis pula tak mau ditimbang, takmau jumpa doktor. Terpaksalah ummi dukung dia bawa masuk.
Bila doktor tengok2, amir disahkan HMF, hand mouth and foot disease. Dugaan Allah ni ummi fikir. Dapatlah ubat yang kesemuanya berjumlah RM200. Yang ummi rasa sedih tu bila nampak sendiri ada ulser dalam mulut dekat tekak amir.
Dan malam tu terus balik ke kulim. Alhamdulilah tok ma dan tok abah balik dengan selamat, walaupun ada lah demam batuk selsema sakit belakang semu, tapi urusan ibadah umrah mereka alhamdulillah dipermudahkan. Seronok betul dengar pengalaman mereka di tanah suci mekah.
Dan amir, sehingga hari ini ummi kerja bawa dia ke opis. Tak sampai hati nak hantar ke pengasuh takut ada lain berjangkit. Tapi yang syukurnya, sepanjang amir sakit ni, kurang ragamnya. Masih lalu makan, minum, susu dan bermain macam biasa.
Cuma semalam bila luka2 semua kering tu, dia rasa gatal sangat2 merengek minta garu...
Dan harini nampaknya, insyaAllah dan alhamdulillah tengok kulitnya makin bersih dan tinggal kuping2 luka..
Semoga Allah memberikan kesihatan yang terbaik untuk ma abah, dan untuk amir. Dan juga semoga baby dalam perut ummi ini sempurna hingga tiba masa melahirkan nanti (sekarang masuk 29minggu), keluar secara normal dan selamat semuanya...Ameen..
P/S : ummi pakai inai mekah. tak tahan tengok tokma berinai. hehe...tak sangka terang pula jadinya, mungkin kerana tengah mengandung..special sikit darah ummi.. ^_^
Ok hingga berjumpa lagi..ada rezeki ummi upload gambar..
No comments:
Post a Comment