Hampir dua bulan lebih ummi tak update. Dah masuk minggu kedua ummi mula berkerja. Berat benar rasa hati ini..Kita cerita pasal amir dan aliff yer..
Aliff Hakim lahir pada 17 Jun 2013. Tokma dan Tokbah datang jaga kita dalam seminggu, tokmak jaga kita 3 hari. Selebihnya ummi belajar berpantang sendiri dengan aliff. Dalam tempoh masa 17 jun hingga 30 jun, ada juga ummi coret-coret sikit di diari tentang aktiviti aliff. Bermulanya 01 Julai 2013, diari ummi sunyi sepi. Blog apatah lagi.
Ini kerana ummi bertekad untuk menjaga kedua-dua anak ummi sendiri mulai Julai hingga akhir Ogos 2013. Sebelum tu amir masih di hantar ke pengasuh. Pada mulanya rasa ragu-ragu juga dengan keupayaan sendiri sebab tengah berpantang. Tapi bila fikir-fikir balik, ada ja sahabat2 yang sendirian di luar negara membuat semuanya sendiri, ummi kira sangat beruntung la masih di Malaysia ada keluarga2 dekat, boleh dirujuk, dan kalau ada kes kecemasan pun insyaAllah keluarga boleh la sampai menjenguk.
Jadi kuatkan semangat dan 01 Ogos bermulalah episod surirumah.
Memang mencabar. Si adik alhamdulillah Ok tidurnya waktu malam, tapi siang dia agak sensitif, mudah terjaga dan menangis. Si abang biasala dengan aktiviti seperti menjerit, dan ketuk-ketuk benda untuk memeriahkan rumah, maka terjagalah si adik. Hee pengalaman indah yang kadangkala membuatkan kesabaran di paras hidung. Tambah pula jika dua2 pun menangis dan menjerit.
Tapi ummi tak serik. Jika diizinkan Allah ummi sentiasa berdoa agar dapat menjaga anak-anak ummi 24/7 dengan tangan ummi sendiri. Sabar yer sayang-sayangku. InsyaAllah.
Amir Hamzah
- Alhamdulillah abang amir ni anak yang baik dan soleh, mendengar kata ummi dan ayah.
- Baru pandai berselawat dan surah al ikhlas (rasa ketinggalan sangat dengan sahabat-sahabat ummi, takpe tingkatkan usaha)
- Alhamdulillah sayang adik dia dan tidak menunjukkan rasa jeles. Dengan redhanya dia menyerahkan nenen ummi kepada adik dia 100%, amir hanya menangis sedih di awal-awal kelahiran aliff bila tidak dapat nenen macam biasa.
- Masih tengah menggilap kebolehan bercakap, selalu pujuk ummi, "takpe.." bila ummi kata sakit.
- Semakin pandai berimaginasi..
Aliff Hakim
- Alhamdulillah aliff anak soleh dan baik untuk ummi dan ayah. Aliff sentiasa bagi can ummi tidur malam, bangun sekali/dua untuk nenen.
- seawal 2 bulan aliff dah pandai mengiring, sebab nak mencari nenen.
- Agak mengamuk bila dilatih botol (ummi yang latih lambat, maklong dah pesan awal dah). Tapi alhamdulillah dah nak masuk dua minggu di rumah pengasuh, aliff semakin ok.
- Dah pandai bersembang, tersenyum, ketawa, dan sama macam abang dulu, suka dengan kipas syiling.
Setakat ni dulu ummi menulis. Alhamdulillah atas segala kurniaNya. Sentiasa ingatkan diri yang dunia ni hanya sementara, segala amanah yang diberi adalah pinjamanNya, dan ajal bakal menjemput bila-bila.
Syukur dengan kehadiran suami yang penyayang, sentiasa membantu bila diperlukan, dan untung ummi selalu ayah masak untuk makan di rumah..=)
Banyak ummi perlu belajar lagi tentang agama, tentang pemakanan sihat. "We are what we eat" kan?
Semoga Allah tunjukkan kita jalan yang benar..Ameenn...
| Aliff dua bulan |
| Abang sayang adik.. |
| Bersungguh-sungguh membaiki kereta |
No comments:
Post a Comment