InsyaAllah entry pertama untuk anak kedua ummi, Aliff Hakim bin Nor Aidee sempena masuknya beliau ke empat bulan.
Pertama, nama Aliff Hakim. Aliff sebagai huruf hijaiyyah pertama dalam al-Quran. InsyaAllah semoga orangnya juga pertama dan kehadapan dalam semua aspek keagamaan yang pentingnya. Dalam barisan hadapan pejuang2 agama Allah insyaAllah..digandingkan dengan abgnya, hamzah. hehe..
Hakim ni sebab masa mengandung bila ummi baca quran saja, perkataan hakim tu asyik terngiang2 dalam kepala ummi. Terutamanya surah luqman. Ummi berharap anak ummi ni membesar sebagai orang yang bijaksana dan dikurniakan Allah hikmah kepadanya. Ameen.
InsyaAllah aliff pun anak soleh ummi. Waktu malam alhamdulillah aliff bagi peluang ummi berehat tidur, aliff cuma nak susu saja. Waktu siang ada sikit cabaran aliff menangis dengan pengasuhnya, waktu mandi, waktu pakai baju dan waktu minum susu ummi dari botol. Ummi yakin ada sebabnya aliff yang bijaksana buat begitu.
Berat Aliff :-
Lahir 2.8kg
Sebulan 4.9kg
Dua bulan 6.5kg
Tiga bulan 7.5kg
Saiz pampers adalah newborn terus ke M yer..huhu semangat anak ummi..
Perkembangan Bulanan Aliff:-
Bulan pertama : Agak cepat juga anak ummi ni mengiring sebab habit suka nenen kan. Alhamdulillah aliff lebih behave waktu malam, banding abg dia dulu.
Bulan kedua : Dah pandai bersembang, senyum dengan jayanya, makin banyak berjaga siang. Aliff ni dengan bijaksananya tak mahu botol susu semasa mula2 diperkenalkan. Cemas juga ummi ayah. Carilah beberapa botol dan puting lain, alhamdulillah aliff mahu botol mum. Walaupun dengan ayah, aliff mahu je tommee tippee tu. Start hantar kat ibu aishah. Ibu pun terkejut tengok aliff masa ni. Masa lahir kan 2.8kg je, kecik masa dia datang melawat. Sekali 2 bulan hantar, dah 6.5kg..hehehe..
Bulan ketiga : Definitely pandai bersembang haha (bahasa cute), senyum & ketawa. Pagi-pagi aliff akan bangun dengan mood yang baik, sembang-sembang, kadang-kadang sorang2. Suka mandi dengan ummi, cuma agak 'suka' pakai baju sambil menangis kuat2. hehe...
Setakat ini ummi perhatikan aliff agak kurang teruja dengan nenen, berbanding abang amir dulu. Waktu dan cara nenen adalah semasa hendak tidur, dan mesti dengan ummi mengiring atas tilam sekali. Atau di atas kereta yang bergerak. Selain itu, aliff adalah dengan bijaksananya tidak mahu, atau bermain2 (sedut-sedut bila aliran begitu laju, aliff tarik mulut dia..*abihla terpancut*). Ummi masih menanti saat aliff sangat suka dengan nenen tambah2 waktu aliran laju itu..
Namun begitu, jika diperhatikan perkembangan berat aliff, adalah alhamdulillah. Sama dengan abg amir dulu. Semangat.
Aliff dah pun masuk 4 bulan. (saiz pampers pun sikit lagi nak L nampak gaya ni).
Semoga anak ummi membesar dengan sihat dan sempurna. Dijauhi Allah dari penyakit2 berbahaya. Dikuatkan Allah akan fizikal dan mentalnya dalam menghadapi dunia sekarang yang penuh pancaroba ini.
Semoga aliff dan abang amir membesar menjadi anak soleh yang cinta Allah, cinta Rasul, cinta Quran & Hadis, cinta ummi ayah, cinta ummah, cinta masjid.
Sekian.
P.S : antara entry tertunggak dalam kepala adalah Pengalaman berpantang sendiri, Hadiah Giveaway, dan sedikit sebanyak pasal 'breastfeeding'. InsyaAllah.



5 comments:
Assalamualaikum Aliff! tak pernah jumpe lagi kan! Aza, !!!!
Assalamualaikum..selamat berkenalan..
salam yong!! tula padahal dekat ja i_i aza pon takpernah jupe iman lagi kan...
waalaikumussalam...salam perkenalan kembali... ^_^
Alhamdulillah. lama i tak menjenguk my blog dan other blogs... tapi bila sekali baca buat marathon sekaligus...
i am so looking forward to read more story from u sister :)
Post a Comment