Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 20 November 2013

Cerita Seorang Sahabat

Bismillahirrahmanirrahim

Kali ini ummi nak buat satu entry istimewa untuk sahabat ummi.

Sahabat ini ummi kenal semasa di matrikulasi pulau pinang tahun 2002/2003. Masa ini belum rapat betul2 lagi tapi sahabat ini adalah seorang yang sangat ceria dan banyak cakap. Jadi mudah untuk sesiapa pun rapat dengannya.

Ditakdirkan Allah, kami sama2 mendapat universiti dan kos yang sama. Maka 3 tahun berikutnya kami bersama dan lebih akrab. Belajar sama (tapi dia pelajar cemerlang la, ummi tak berapa hee), bersilat sama, tinggal sama dan macam-macam lagi pengalaman bersama dengannya. Bila makin dekat ukhwah ni, banyak yang ummi belajar dengannya. Disebalik senyuman tawa ceria beliau, terselit pelbagai masalah hidup yang bukan calang-calang untuk di tanggung oleh jiwa seorang wanita. Apa yang dapat ummi bantu cumalah menguatkan semangatnya dengan janji Allah :-

Surah Al-Baqarah ayat 286
"Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menganggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (mereka berdoa dengan berkata): " wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami bersalah. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-yang yang bterdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya menikulnya. Dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum kafir"

Surah al-Ankabut ayat 2
Apakah manusia mengira, ia akan dibiarkan sahaja, mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?

Sungguh kuat semangat beliau menghadapi ujian-ujian Allah. Walaupun kadang-kadang beliau tewas juga dengan air mata tetapi beliau tetap tabah. 

Alhamdulillah ummi masih dan akan terus bersahabat dengan beliau sehingga bila2 dengan izin Allah.

Ummi nak bercerita kisah terbaru beliau. Sekarang sahabat ummi dah berkahwin dan diuji Ilahi dengan agak lambat memperoleh anak pertama. Lebih setahun usia perkahwinan akhirnya doanya dimakbulkan dengan berita kehamilan. Ummi antara orang yang paling gembira mendapat berita itu. Sekarang anak beliau sudah dua. Benarlah hanya Allah saja yang memegang rahsia kehamilan. Jika belum tiba masa, maka usahalah bagaimanapun, belajarlah psiologi anatomi tinggi langit pun, tak akan tiba. Jika memang telah ditetapkan, lasaklah bagaimanapun, tetap tertulis juga yang bayi comel itu akan melihat dunia.

Kedua anak beliau mujahidah yang sangat2 comel.

Sahabat ummi ni kecil saja orangnya dengan ketinggian 151cm dan berat 41kg. Dan comellah tentunya.

Namun begitu semangat beliau sangat kuat untuk memberikan susu ibu kepada anak-anaknya selagi boleh. Kenapa ummi berkata begitu? Sebab sekarang sahabat ummi ni menyambung PHd yang memerlukan beliau berjauhan dengan anak kecilnya yang lebih kurang aliff, dalam 4bulan, tinggal di Perak bersama ibunya dan beliau berjuang belajar di Kelantan. 

Baru ni, ummi ber'whats up' dengan sahabat ni. Walaupun tinggal di kelantan dan balik seminggu sekali, beliau tetap gigih mengepam untuk anaknya. Sahabat ummi ni mengadu penat usung beg naik bas kelantan-perak balik ke rumahnya. Jadi ummi pun bertanya, 'Cuba u kirim gambar beg-beg u tu'...



Tak dapat bayangkan sahabat ummi yang kecil molek tu mengusung beg-beg ni berjalan untuk naik bas dan sebagainya. 

Ada sikit rasa panas di mata ummi masa tu, dan sekarang semasa ummi tulis entri ini.

Kekuatan seorang ibu sesungguhnya kadangkala adalah sukar digambarkan dengan kata-kata.

Untuk kisah ini, hanya gambar mampu berbicara.

Semoga Allah sentiasa merahmati, melindungi, mengampuni, memberkatimu wahai sahabatku. Semoga anak-anakmu membesar menjadi anak-anak solehah mukminah yang bakal menjadi tulang belakang kepada seorang suami pejuang Islam yang bertaqwa.

Ameenn..


2 comments:

@LeenShamsh said...

Ameen!

Beratnye beg tu..kuatkan smangat! Pasti ade kebahagiaan setelah segale kepayahan!

All about a journal said...

tula UM..sahabat ni dah diinvite ke jlo junior hehe..