Cepat masa berlalu..pejam celik dah masuk bulan ke-6 anak comel ummi ni. Alhamdulillah..
Aliff Hakim @ 6 bulan
Berat : 9.4kg
Oh dikala ummi membawa aliff berjumpa doktor untuk pemeriksaan, doktor pun geram dengan ketembaman aliff. Alhamdulillah semuanya ok. Memangla 'obes' tapi, macam mana nak diet? hehe.. Ni kira tara aliff tak berapa lalu susu ebm di rumah pengasuh. Sehari 10auns saja. Tu pun kadang-kadang tak abis. Sedih ummi tengok. Tapi alhamdulillah beratnya yang dah melebihi carta, maka insyaAllah aliff sihat dan cukup khasiat.
Perkembangan aliff? Jom tengok gambar-gambar ni :-
There you go aliff hakim! walaupun aksi meniarap ini bukanlah selalu dapat dilihat, tetapi boleh je aliff buat dikala bertenang.. Sepupu aliff yang sebaya sudah pun menyelar..Tapi ummi sentiasa percaya setiap anak2 ummi ada kebolehan dan kebijaksanaan sendiri mengikut masa sendiri.
Wajah aliff hakim dikala sedih dan gembira. hehe.. Aliff dah pandai nak bermesra dengan ummi. Dia akan bunyi/panggil ummi 'abaa..ba...' bila di bawah atau di pangkuan ayah. Sambil menangis. Bila ummi ambil dan peluk aliff terus senyap. Gembira hati dia.
Ni abang mithali, amir hamzah cuba memujuk adiknya. Alhamdulillah amir abang yang penyayang. Bila adik menangis dia akan cepat-cepat panggil ummi atau ayah suruh pujuk adik dia. Amir akan hiburkan adik dia, sampai gelak bersungguh-sungguh (kalau bukan adik dia gelak mengekek, amir yang gelak mengekek). Ummi dan ayah pun kurang kebolehan tu.
Ni gambar istimewa di hari lahir ummi, 12.12.13 yang lalu. Ayah masakkan untuk ummi. Tengok sampai licin ummi makan. Amir pun suka. Alhamdulillah. Terima kasih abang!~
Ini pula adalah tudung baru ummi. Hehe sempat lagi upload kan. Ummu Muhammad tolong belikan, bersama jubah. Alhamdulillah lagi, gembira rasa hati ummi.
Banyak peristiwa-peristiwa, yang gembira dan sedih. Tapi mari kita tumpukan kepada yang gembira sahaja untuk mengekalkan aura positif dalam diri kita. Supaya 'negative vibes go away' kata orang kampung.
Sentiasa bersangka baik dengan Allah, yang mengaturkan segala kejadian dalam kehidupan kita. Cuma kita sentiasa berusaha ke arah yang lebih baik untuk akhirat dan untuk dunia.
Pada ummi juga, usaha ke arah menukar kepimpinan yang dikhuatiri segala keputusannya tidak lagi mementingkan pendapat dan kepentingan rakyat marhaen juga satu benda yang dituntut. Usaha untuk melihat pimpinan dipegang oleh pihak yang celik dan sedar agama juga sesuatu yang dituntut. Rasulullah juga berhijrah, perubahan, atas perintah Allah, dari Mekah ke Madinah, untuk suasana yang lebih baik dan kondusif untuk umat Islam amnya.
Panjang pula entry ummi kali ini dengan konteks yang bercampur baur.
Sehingga berjumpa lagi jika dipanjangkan umur. Semoga kita semua mengakhiri kehidupan dalam husnul khatimah. Semoga anak-anak ummi dan sahabat2 yang akan berada teguh di jalan Allah yang satu dan benar, memperjuangkan agama suci ini. Moga Al-Quran dan As-Sunnah sebati dalam jiwa-jiwa murni mereka. Moga kebijaksanaan dan kesihatan yang paling baik mengiringi langkah-langkah perjuangan mereka. Moga dikurniakan Ilahi, akan pasangan-pasangan yang sentiasa menjadi pembakar semangat untuk menghidupkan baitul muslim, disamping menuntut ilmu dan berjuang di jalanNya...
Ameen ya Rabbal alamin...
2 comments:
MashaAllah za bace entry u hibe rase..Allah kurniakan kite byk kurniaankan..lihatkan aliff yg MashaAllah..amir yg sgt abg..zauj y soleh..pakej bercinta fillah till jannah inshaAllah! Doakam kami juge!
Allah temukan kite.. Kurniaan yg hebat bersahabat ktn Allah..perasaan fillah ini mashaAllah hebat rasenye! Menusuk kalbu! 😍😍😍
MasyaAllah leen..ameen atas semua doa mu...
Tulah..Doa dikurniakan rezeki, Allah turunkan ukhwah yang hebat ini..
Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Post a Comment