Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 31 December 2013

Tudung Labuh & Jubah

Bismillahirrahmanirrahim.

Tajuk entry yang straightforward.

Ummi mula berjinak-jinak menutup aurat masa darjah 6. Lepas ma abah hantar ke summer camp islamic. Masa tu baru belajar sebenar-benarnya aurat wanita. Mula pakai lengan panjang dan tudung bila keluar main petang.

"wei aza hang pasaipa pakai lagu ni?" jerit kawan-kawan.
"saja.." jawab ummi.

Masuk Tingkatan satu, ummi berjinak-jinak dengan stokin.

"P pasar malam pun pakai stokin?" kata abah
Ummi hanya sengih macam kerang wangi hehe...

Dalam hati ini memang ummi nak sangat sekolah agama ke, tapi mungkin bukan rezeki ummi pada masa tu (dan hingga sekarang), ummi hanya sekolah sekular sampai tingkatan lima, masuk matrik dan USM.

Masa di matrik ummi berjinak pula dengan tudung labuh. Sehingga di USM.

Di USM, tahun akhir ummi ada ambil subjek arab 101 (basic). Untuk melayakkan ambil subjek ni, ummi mesti membuktikan yang ummi tidak pernah mengambil sebarang subjek arab semasa sekolah, kerana subjek ini adalah terlalu basic (dan ustaz pula tengok ummi tudung labuh, lagilah kena kemukakan bukti sijil PMR dan SPM). Dan Alhamdulillah kerana minat ummi, berjaya skor A untuk subjek Arab basic ini.

Masuk alam kerja, ummi akui bila kita berjauhan dengan sahabat-sahabat yang baik, maka dugaan tu makin besar. (tiada cerita lanjut untuk bab ni hehe)

Tapi baru-baru ni, alhamdulillah Allah sayangkan kita semua, Allah lorongkan ummi kembali dapat berusrah atau dipanggil bulatan gembira, secara 'whats app'. MasyaAllah kerdil rasa diri dikelilingi oleh pelbagai sahabat-sahabat hebat yang berlainan latar belakang dan kerjaya. Ada cikgu, ustazah, doktor, doktor haiwan, pakar mata, pegawai-pegawai kerajaan, surirumah dan pelbagai lagi. Pendek kata usrah ini seolah-olah melengkapi satu sama lain.

Maka sahabat ummi, ummu muhammad telah menolong ummi kembali ke zaman lama ummi berjubah dan bertudung labuh. Semuanya berlaku dalam sekelip mata. Atas sokongan padu ayah yang suka melihat ummi berpakaian begitu, maka ummi dengan gembira hatinya meneruskan imej ummi ini.


Ummi ceritakan juga di sini, walaupun berat rasa hati, supaya sentiasa jadi panduan untuk diri dan sahabat yang lain.

Terus terang ummi mengaku, pada mulanya, ada sedikit rasa berat di hati ini. Ummi memang ada sedikit tudung labuh yang ummi buat sewaktu di universiti dulu. Tetapi teragak-agak nak pakai. Apa nanti kata orang lain, tambahan pula di tempat kerja yang takla berapa islamic friendly sangat. Ada ja rakan-rakan sekerja yang bergaya dan tidak bertudung. 'Aisy, malu juga berjalan dengan mereka' ujar hati ummi.

Tetapi, ummi kemudian beristighfar...astagfirullahalazim. Sebagaimana orang berbangga dengan fesyen terkini, tidak bertudung dan sebagainya, bukankah ummi juga patut lebih berbangga dengan jubah gelap dan tudung labuh ummi yang terang-terang menjadi suruhan Allah, Pencipta Kita? Bukankah ummi patut berjalan dengan penuh lagi keyakinan, dengan diri dibaluti sepenuhnya? Bukankah pabila ummi boleh solat dengan apa yang ummi pakai, membuatkan hati ini lebih yakin mematuhi arahan dari al-Quran tentang menutup aurat? Adakah ummi lebih mementingkan pandangan manusia, berbanding pandangan Pencipta ummi? Mengapakah ummi boleh berfikir sehingga sedemikian rupa?

Rupa-rupanya masyarakat kita dan kita telah dididik dan diterapkan bahawa berjubah bertudung labuh itu 'kuno', 'old-fashion', 'ekstrim', 'alim - macam bagus', 'tak fit dikalangan masyarakat/function', 'pelik','pembangkang' (opps) DAN berfesyen semasa malah tidak bertudung itulah yang 'biasa'. Allah...(belum cerita bab niqab lagi kan?)

Seumpama menampar diri sendiri berkali-kali. Ummi mula meraih rasa selesa dan bahagia kembali berpakaian labuh dan tudung labuh. Walaupun akan melangkah masuk ke bangunan-bangunan kerajaan dengan disoroti pandangan-pandangan pelik dan sinis, itu tidakkan dapat memadam bahagia di hati ummi.
Tambahan pula ayah memuji ummi cantik sebegini, sudah semestinyalah ummi akan cuba yang terbaik menjadi cantik di mata ayah, suami ummi, kan?

Buat sekian lama, dialog di kepala ummi ini betul-betul memberi kesan kepada jiwa dan diri ummi. Dan ummi terpanggil untuk menulis, agar dikala lupa boleh ummi peringati kembali, dan semoga bermanfaat jua buat insan-insan yang membaca blog ini (ayat macam blogger famous gitu).


Memang tak dinafikan, ada juga rasa risau. Yelah bila berpakaian begini, seharusnya selari dengan ilmu dan amal ibadahnya. Padahal terus terang cakap ilmu amal semua memangla cetek je. Orang siap panggil kita ustazah lagi kan hehe.. Tapi tetapkan hati juga, mungkin dengan asbab ini, Allah akan sentiasa lorongkan jalan-jalan ilmu dan ibadah kepadanya. Agar kita sentiasa berada di jalanNya, Siratol Mustaqim.

Alhamdulillah syukur atas segala kurniaNya yang tak bertepi. Semoga kami menjadi hamba-hambaMu yang soleh dan bersyukur.

Ameen..

P/S : Apa lagi yang kita kejarkan di dunia yang sementara dan penuh tipu daya ini yer? Bak kata Ali dalam cerita 'Ustaz, mu tunggu aku datang' :- Segala di dunia ini belum boleh dipanggil masalah lagi, masalah sebenar (dan besar) bermula sebaik sahaja kita dimasukkan ke dalam kubur nanti... Sungguh, betulkan?





8 comments:

Anak said...

subhanallah. nanges baca ni T__T

@LeenShamsh said...

T__T..perjalann hidup ini mmg ade pasg surutnye..mudah2an kite kembali dlmkeadaan Allah plg redho ye za :)

@LeenShamsh said...
This comment has been removed by the author.
Umie a'iesya said...

aza!!!!!!!!!!!!

All about a journal said...

subhanallah...yani, so glad to see you here...alhamdulillah..

All about a journal said...

leen..tu betul...pengakhiran la yg tentukan kita ke mana...ameen....T.T

All about a journal said...

hee...YONG!!!!!!!~

ramlah said...

Assalamualaikum..

saya nak tumpang tanye..bile baca awak ade join usrah online tu macam bset je... macam mane ye kalau saya pon join benda2 macam ni?