Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 12 August 2016

Kehamilan Ketiga



Alhamdulillah rezeki Allah kurniakan pada kami sekeluarga. Terasa keindahan dalam setiap aliran nikmatNya. Semoga kami termasuk dalam golongan hamba-hamba yang bersyukur.

31 March 2016  Tarikh hari pertama, kitaran haid terakhir ummi. Allah rezekikan adik amir dan aliff di bulan mulia Ramadhan.
Rezeki ini turun bersama ujian amir diserang kudis api (Impetigo). Ramadhan kali ini antara yang paling mencabar buat ummi ayah, kerana penyakit amir kali ini bukan calang-calang hebatnya. Beberapa minggu itu, tekun ummi ‘study’ tentang impetigo.

25 June 2016 bersamaan 20 Ramadhan 1437 Alhamdulillah UPT ummi menunjukkan dua line lagi, setelah tiga tahun. Ummi rasa tak sedap badan, test ini positif tiga hari sebelum ummi sepatutnya datang bulan.
Amir pula ketika ini, sudah lebih seminggu berperang dengan Impetigo. Ditakdirkan Allah, amir betul2 sembuh (Cuma tinggal parut-parut), lebih kurang sebulan tempohnya.

12 August 2016 bersamaan 9 Zulkaedah 1437 InsyaAllah baby berusia 10 minggu di dalam, sudah dipanggil ‘fetus’, lengkap semua anggota dan organ insyaAllah, tinggal tempoh membesar dan matang.

Tanda-Tanda?
- Ummi penat sangat di awal usia kandungan, masuk saja waktu isya’ tu terus solat dan terus tidur lepas tu.
- Ummi tidak boleh ‘bau dapur’, (minta maaf ayah), sedangkan sebelum tu ummi dah dapat momentum memasak setiap hari tu. Ummi pernah paksa diri siapkan makanan di dapur, ada tetamu dating, selesai hidang ummi masuk tandas dan keluar semua yang ada dalam perut. Ummi pernah masak nasi sambil tahan muntah, dan terus muntah selepas menenggek periuk atas dapur.
- Sentiasa rasa loya dan tak tahu nak makan apa.
- Antara yang boleh masuk takat ni, macam sup tulang, tomyam. Adalah satu masa teringin pulut pelam, dapat dan makan secara normal ja (tak berapa kuat la kiranya tak dapat pun takpa).  Nasi tak berapa (apatah lagi nasi ayam, macam masa mengandungkan abang aliff dulu), yang bersantan, kari, bergoreng semua macam tak boleh p. Buah-buahan ok. Sayur-sayuran, adui kembang tekak.
- Kurang rasa keinginan yang membuak-buak terhadap makanan manis seperti kek (tapi dah ada depan mata makan juga kan.isyk isyk). Masa Aliff dulu (zaman jahiliyah) ummi boleh teringin sangat ke kek red velvet, sanggup tempah sebiji, makan sorang-sorang, sikit-sikit setiap hari. Astaghfirullah kan..
- Berat memang turun di awal-awal minggu kehamilan ni sebab ummi tak lalu makan.
- Pengambilan kafein insyaAllah terkawal, pengambilan gula insyaAllah sedang kawal hehe..
- Ummi doa ummi kuat untuk istiqamah baca Quran dan bangun awal. Ameen.
Terima kasih ayah, seperti biasa banyak sangat membantu dan memahami ummi. Kecuali masa Allah uji ayah demam 4-5 hari dengan keadaan ummi macam ni, adakala rasa berat sangat-sangat yang terpikul di bahu ini. Maafkan ummi tidak dapat menjaga ayah dengan baik masa tu, rasa itu ja yang termampu dengan anak-anak, kerja dan sekolah.

Jom kita imbas pengalaman kehamilan pertama dan kedua ummi :-

Untuk mencari persamaan atau kelainankah? Hehe. Kata orang tua-tua, tengok peha baby kita, kalau ada satu garis, katanya adik lelaki nanti. Kalau dua garis, adik perempuan. Ummi tak sempat pula tengok aliff dulu satu garis ke dua garis. Hehe.

Ummi dah hapuskan harapan-harapan. Setiap anak, Allah dan tentukan masanya, jantinanya, rezekinya. Ummi redha dan mendoakan yang terbaik untuk semua anak-anak ummi, tidak kira apa pun jantinanya. 


Ameen..

No comments: