26 Ogos 2016
23 Zulkaedah 1437
Alhamdulillah Allah izinkan ummi memasuki minggu ke-12 kehamilan.
Masuk sahaja minggu ini ummi rasakan perasaan meloya dan tidak tahu hendak makan apa-apa itu semakin menjadi-jadi. Dan semestinyalah 'rakan karib' ummi, sakit belakang, kembali berziarah dengan kerapnya. Semalam, selesai sahaja kerja opis waktu pagi, ummi terlantar sahaja dirumah hingga ke petang. Sakit sangat belakang, dan rasa sangat-sangat tak selesa. Ayah juga Allah uji dengan demam, cirit dan muntah. Jadi, tiada sesiapa yang menjaga sesiapa.
Setiap makanan itu, walaupun rasa sedap di mulut, akan menjadi meloya di tekak dan saluran seterusnya. Ummi cuba setakat mampu untuk tidak muntah. Situasi ini makin teruk waktu petang ke atas, jadi jika hendak menjamah apa-apa untuk tenaga, waktu pagi dan tengahari.
Tapi, masih ummi bersyukur, kerana ada ibu-ibu yang diuji lebih teruk, dan ada yang terpaksa ditahan hospital untuk masuk air. Takat ni ummi masih ok minum air masak. Air-air keruh (seperti nescafe yang ummi dulu sehari tak dapat tak boleh itu), pun, jika ada ummi minum. Jika tiada ummi tidak pergi buat.
Masih sama seperti kehamilan abang-abang, awal kehamilan ini memang ummi tiadalah dapat menjenguk dapur tersebut. Jauh sudut hati ini ummi rasa sangat bersalah dengan anak-anak ummi, amir, aliff, baby dan ayah, kerana sering kena makan di luar pada waktu petang/malam. Alhamdulillah juga di sekolah mereka makan yang berkhasiat dan sihat insyaAllah. Ummi berdoa Allah segera angkat perasaan ini dari ummi. Ummi dah pernah cuba, tapi ummi tak dapat hendak menahan muntah ummi seperti biasa. Dan muntah itu adalah sangat menyakitkan T.T.
Awal kehamilan hari tu, ummi rasa yang boleh masuk adalah nasi lemak letak kari/gulai. Lepas itu ummi dah tak lalu masakan bersantan macam kari/gulai. Kemudian ummi rasa mungkin ok dengan sup yang ada rasa pedas. Kemudian ummi tak lalu langsung dengan sup-sup itu. Sekarang ni mungkin rasa ok dengan masakan yg ada masak merah. Kisah pagi tadi, dari semalam ummi dah mesej makcik (pembantu sekolah tu), nak bihun dengan ayam masak sweet sour. Sebab makcik ni masak ringkas-ringkas, tapi sedapla pada ummi, yang penting bahan-bahan masakan semua ummi pantau. Bila tiba bihun dan sweet sour tadi, wahhhh sedapnya (semalam ummi tak makan sangat, rasa sangat lapar)..
Suapan pertama dan kedua rasa sedap super.. tiba yang seterusnya dah rasa macam mula loya, namun ummi habiskan sepinggan. Dan lepas tu alhamdulillah ada ibu yati tolong habiskan (ummi ambil banyakla juga, konon lapar). Baby..baby..apa la dia buat dalam tu kan..hehe..
Antara lain yang juga sama adalah kering bibir. Ummi memang tidak pernah bibir merekah kering. Bila mengandungkan abang amir dulu baru merasa bibir merekah sampai berdarah. Dan waktu aliff. Dan baby ni. Dan satu lagi semasa berpuasa + menyusukan/mengandung.
Ummi kena bertabah menghadapi 'lower back pain' yang akan menemani ummi untuk tempoh yang akan lama, dan akan meningkat intensitinya pada semester akhir nanti. Ummi cuba beli gym ball, tengok moga ada sedikit kelegaan. Dan cuba juga senaman ringkas. Dan jaga solat semestinya. InsyaAllah khair.
InsyaAllah apa yang dilalui ini ummi 'embrace', coretan ini sekadar untuk kenangan ummi masa akan datang, jika ada yang terlupa. Doa ummi masuk semester kedua nanti, kekuatan fizikal kembali menjelma. Rumah dah macam hutan belantara. Dan ummi hendak kembali memasak. Moga Allah perkenankan.
Pemeriksaan baby awal minggu ini, alhamdulillah semua bacaan tekanan dan ujian darah, urin, berat, semuanya OK. Masa ultrasound scan dibuat, doktor pun macam terpesona sekejap tengok baby kat dalam bukan main aktif. "Macam ni tak payah tengok heartbeat" katanya.
Moga baby terus membesar, sihat dan sempurna didalam, dan Allah tolong kita semasa kelahiran normal, dan doanya dapatlah sedikit sebanyak macam apa yang ummi bayangkan. Apa yang ummi bayangkan?
Ummi dapat 'manage pain' dengan lebih baik dengan sedikit tip yang ummi dapat 'here and there', ummi taknak lagi gunting episiotomi, sebab ummi macam yakin baby boleh keluar tanpa koyak, bila baby keluar secara normal insyaAllah, doktor terus letak dekat ummi untuk 'bonding' dan 'skin to skin' dan nenen, lepas tu kalau dapat nak tali pusat baby dipotong lepas uri keluar sepenuhnya..moga-moga dapat dia darah tali pusat yang sangat berharga itu. Lepas tu ayah tahnik dan azan. Dan doa seterusnya Allah berikan nikmat pada ummi dan baby dapat menyusu badan selama 2 tahun penuh. Ameeen...
Setakat ini belum pasti lagi dekat mana nak bersalin. Moga Allah tunjuk jalan.
Ameen...
No comments:
Post a Comment