06 September 2016
4 Zulhijjah 1437
Entry ni rasa nak tulis santai. Campur-campur bahasa.
Hmm..bukan entry nak kupas pasal isu semasa. It's been done a lot. Tapi nak cakap pasal sikap kita terhadap isu semasa.
Ini pendapat pribadi ummi jela, takde kaitan dengan orang lain, ataupun ada sebarang akta hasutan. Cara ummi menghadapi isu semasa sehari-hari adalah, ianya tidak boleh masuk ke dalam hati atau jiwa. Apa saja lah, isu tudung ke, isu gender ke, vaksin ke, surirumah vs ibu berkerja ke..apa saja. Ummi just baca kalau nampak, dan lepas tu ummi let go. (Tak kuasa aihh nak sibuk pikiaq dia tu awat takmau pakai tudung, dia tu awat lagu tu awat lagu ni..hihi). Banyak lagi benda ummi nak fikirkan.
Facebook. Selalunya newsfeed ummi adalah dikalangan kawan-kawan yang positif, tiadalah menjadikan facebook sebagai tempat luahan hati perasaan (ummi ada sikit pantang orang macam ni), tiadalah selfie 24/7, tidak bercakap politik saja..Pendek kata mestilah sedap mata ummi membaca. Kalau tak? Senang je, ummi HIDE. Ya...facebook ada butang HIDE ya..sila gunakan dengan sebaiknya. Ummi takla tahap unfriend lagi.
Simple. You don't want to read anything negative about you, you don't write anything about your story. Once you tell everyone about your story, it means that you are ready to face the consequences. That's the media rules nowadays. "Treat others how you want to be treated". Golden rules. Setiap kata-kata, kritikan, perbuatan. test kat diri sendiri dulu, tahan dak agak-agak kalau dikata/dibuat benda yang sama. Kalau rasa sakit hati, tak payah cakap/buat kat orang lain. Ummi sokong kawan-kawan yang menulis untuk kebaikan (biarpun ada juga yang mengkritik, katanya macam tunjuk bagus, biarkan). Yang share cara kehidupan sihat, cara mendidik anak, cara memasak menjahit, ilmu kelahiran, ilmu breastfeeding, ilmu perubatan semua ummi raikan. Kita ambil apa yang baik, jangan pi kutuk pulak apa yang tak selari dengan pahaman kita..InsyaAllah hidup lebih aman.
Ummi cuma tak suka segelintir (kah?) yang suka menggunakan bahasa kesat walaupun untuk tujuan apa sekalipun. Ummi tak suka orang yang menjadikan facebook tempat luahan hati / diari terbuka. Ada benda tak puas hati, cakap direct senang. Tak boleh cakap direct, simpan. Tulis diari betul-betul. Bukan tempat yang semua orang boleh baca. It invites assumptions. Assumption is not really good for relationship. Bukankah Rasulullah ajar kita agar elakkan prasangka orang? Be clear. Or stay hidden.
Berkenaan dengan aplikasi semasa ini, ummi nak mengakui memang ummi ada kelemahan. Sebenarnya, ummi tidak berapa suka bercakap di telefon, ummi tak berapa suka dilihat / bersembang di whatsapp atau facebook. Kecuali apa yang ummi rasa nak komen. Ummi suka stay anonymous. Ini memang antara kelemahan terbesar ummi. Tokma pun selalu jugak merajuk dengan ummi, sebab ummi kalau ada perkara untuk dicakap sahaja yang ummi call. Adoi...bukan ummi tak ingat. Sentiasa ingat n doakan semua orang. Tetapi mungkin ini kot ciri-ciri 'introvert'. Bayangkan kalau kena jual beli promote itu ini, memang dah standby bendera putih ni, bukan sebab tak suka berniaga. Maafkan ummi atas kelemahan ummi ni. Ummi suka menulis macam ni. Tak libatkan sesiapa.
Apa yang ummi agak selalu fikirkan (ini selalu jugak ayah bising), kisah-kisah kehidupan anak-anak. Maklumlah ummi insyaAllah nak masuk tiga, dan ramai lagi anak-anak kat sekolah untuk dirisaukan. Isu zaman sekarang, yang banyak ummi simpulkan menjurus kepada isu seksual, amatlah mendebarkan. Kat maahad berlaku buli seksual sesama murid, kat tadika pun ada, anak seawal 8-9 tahun dah mengandung, 5 tahun dah dirogol..Allahu..senak perut ummi. Banyak ummi dah cakap sebelum ni, memang semuanya angkara INTERNET tanpa kawalan. Serious, it does you more harm than good, this internet. It affects whole level of years, from young to elder.
Sebagaimana ibu bapa yang ada anak-anak perempuan patut risau tentang keselamatan anak perempuannya, begitu juga ibu bapa anak lelaki patut risau tentang sikap dan akhlak anak lelaki mereka agar tidak tergolong dalam golongan yang mengambil kesempatan terhadap perempuan. Sebaliknya sentiasa menjadi pelindung keselamatan dan kehormatan kaum wanita di mana pun berada.
Cabaran ummi untuk membesarkan anak-anak lelaki yang memartabatkan kaum wanita sebagaimana Rasulullah S.A.W. Yang garang dan tegas di medan juang, tetapi penuh kelembutan dan kasih sayang dengan ummi, isteri dan wanita dalam peliharaannya. Yang kuat gagah mencari rezeki, menuntut ilmu, berdakwah, namun rajin meringankan tulang membuat kerja-kerja rumah. (Wah ideal sangat ni..nangis sat). Yang tak terjebak dalam sebarang bentuk lagha, terutamanya serombong asap, dan sebarang bentuk aktiviti tidak sihat (terutamanya yang berkaitan dengan sexuality sebelum berkahwin). Dua ini ummi kenalpasti sebagai perosak terbesar ummat sekarang. Dan ianya sangat mudah didapati, atau sentiasa datang sendiri tanpa di ingini. Ya Allah Ya Muhaimin..peliharalah generasi muda didikan kami sekarang daripada segala fitnah dan bencana sebegini. Ameen..
Ok cukup takat ni cerita isu semasa.
Ummi sekarang dah masuk minggu ke-14. Baby kat dalam pun dah terasa gerakannya, dan terasa juga mengeras. Tambah bila ummi dilanda kesedihan dan kerunsingan, maka baby pun turut menunjukkan keprihatinannya. Ummi lately ada dilanda semacam depression, yang membuatkan kesedihan yang agak lebih dari sepatutnya. Ummi tahu it is not healthy, but forgive me baby, you have to be with me to get through it. Semoga baby menjadi insan yang tabah, sabar dan kuat, out of this difficulties. Ummi doakan yang baik-baik untuk baby, so baby don't take it negatively ok? Ummi doakan baby ni, seorang yang sangat tabah dan sabar, yang sentiasa boleh cari jalan keluar atas apa jua permasalahan, sentiasa ceria dan tersenyum walaupun di 'buat' orang lain. No problem. Masalah-masalah biasa atau kecil (mainan diambil, karya dirosakkan, tiada kewangan, traffic jam - haha konon-konon ummi senaraikan masalah 'biasa'.), tidak pernah akan boleh buat anak ummi susah hati/marah/stress. Maksudnya, pabila marahnya, adalah for a very very strong reason (kerana Allah). Bukan sikit/kecik punya sebab. Ameen...
Kalau ikut ayah, kami mengimpikan (takpe berangan boleh, tapi kena usaha baru jadi realiti), anak-anak seperti para sahabat.
Amir Hamzah laksana Abu Bakar As-Siddiq, penuh kelembutan, tetapi sangat kuat berpegang kepada kebenaran, imannnya jika ditimbang adalah lebih berat daripada campuran iman-iman orang lain, hartanya cumalah Allah dan Rasulullah.
Aliff Hakim laksana Umar Al-Khattab. Al-Faruq, pemisah antara haq dan batil. Terkenal dalam ketegasannya dalam agama, tiada kompromi tiada main-main. Namun sahabat terdekat dan keluarganya juga yang tahu akan kelembutan hati dan kasih sayangnya.
Baby ketiga laksana Usman al-Affan, pakar ekonomi. Dan seperti yang ummi bayangkan tadi, kesabaran dan ketabahan yang tiada batasannya. Sentiasa ada cara penyelesaian setiap permasalahan.
Baby keempat (WAHHHH) laksana Ali Karamallahu wajhah. Kunci kepada gedung ilmu. Sangat-sangat arif dan bijaksana tetapi pada masa yang sama juga kuat fizikal dan mentalnya.
Baby perempuan ummi idamkan kuat dan cantik seperti puteri dan isteri Rasulullah S.A.W. Ibarat khadijah dan fatimah. Idola ummi yang long way to go to become even half of them. Ingat, disebalik seorang lelaki hebat sentiasa ada seorang wanita hebat juga.
Itulah sedikit sebanyak coretan ummi tentang isu semasa dan karakter anak-anak idaman.
Sehingga berjumpa lagi.

No comments:
Post a Comment