Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Saturday, 1 October 2016

Realiti lelaki wanita Malaysia

Bismillahirrahmanirrahim.


Wah momentum menulis melonjak-lonjak pula. Sebab ummi dah tukar url, ummi rasa blog ni makin private, ummi rasa nak tulis apa yang ummi rasa tanpa sekatan.

Realiti lelaki wanita di Malaysia. Tipikalnya.

Cuba baca dialog di bawah :-

Situasi 1

A : Haa, sambal udang ni (si isteri) yang masak...
B : OOOOooooooo

A : Haa, sambal udang ni (si suami) yang masak..
B : Wahhh...dahsyatnye (si suami) pulak yang masak yer..hebat tu..rare tu..(dan pelbagai ucapan kekaguman yang lain)..

Situasi 2

A : Rumah ni, (si isteri) yang basuh toilet, yang sapu dan mop lantai semua..
B : OOOOooooooo

A : Rumah ni, (si suami) yang yang basuh toilet, yang sapu dan mop lantai semua..
B : Wahhh suami dia yang buat? Rajinnyer.. Eh bukan isteri dia surirumah ke...Awat pulak suaminya yang buat semua?

Nampak tak situasi tipikal masyarakat kita?

Ummi mengimpikan sebuah masyarakat yang terbalik, yang lebih islamik..Macam ni lah lebih kurang. Si A dan Si B yang telah insaf mendapat hidayah.

Situasi 1

A : Haa, sambal udang ni (si isteri) yang masak...
B : Wah yeke...kesian si isteri tak penat ke..dengan anak lagi..dengan kerja lagi..

Situasi 2

A : Rumah ni, (si suami) yang yang basuh toilet, yang sapu dan mop lantai semua..
B : Alhamdulillah suami perkasa yang tahu tanggungjawabnya. Faham isteri dia dah penat dengan banyak lagi benda lain, dia tolong ringankan beban..InsyaAllah kaum lelaki ni kuat, dia mampu buat kerja-kerja berat macam tu.

Hehehe...adakah ummi cuma bermimpi di siang hari?

Jom kita didik anak-anak lelaki ikut contoh Rasulullah SAW!~

Jom kita didik anak-anak perempuan ikut contoh Khadijah dan Fatimah !~


6 comments:

Xiet_Enigma said...

saya selalu ada pemikiran macam ini!

dan sayang nya, orang yang merendahkan martabat wanita, yang merasakan bila suami buat kerja rumah itu tanda wanita queen control atau malas, bila suami bantu urus anak itu tanda isteri tak cekap, etc, adalah wanita itu sendiri. lagi2 di kalangan makcik2.



All about a journal said...

Kan..selalunya dari kaum wanita sendiri. Dan ada juga, (banyak juga) lelaki (suami) yang ada mentaliti macam ni, bila isteri duduk rumah (tak kerja), so kenalah buat semua. huhu..

sad.

btw, really nice to see you here..^_^

humble.yat said...

Hehe alhamdulilah..selalu jumpa suami tlg isteri..tapi sy risau pula ada jenis isteri yg suka ambil kesempatan atas suami..jadi yg penting tlg menolong dan kerjasama,bahagikan tugas hihi walllahualam.

humble.yat said...

Hehe alhamdulilah..selalu jumpa suami tlg isteri..tapi sy risau pula ada jenis isteri yg suka ambil kesempatan atas suami..jadi yg penting tlg menolong dan kerjasama,bahagikan tugas hihi walllahualam.

@LeenShamsh said...

Sbb tu kami tkde diskriminasi mainan anak2 sebb walaupun heroes tetap belikan mainan masak2..nnt menantu boleh geng man mentue kohkohkoh (ketawe mengilai hahaha)

All about a journal said...

haha untunglaaaa~