Bismillahirrahmanirrahim.
08 November 2016 / 08 Safar 1438
Izinkan ummi campur aduk Bahasa untuk
entry ni.
Sebenarnya tujuan ummi tulis ni adalah
untuk tatapan diri sendiri, dan jika ada manfaat untuk orang lain,
Alhamdulillah. Ummi terlalu jauh dari sempurna untuk membicarakan hal ni, tapi
tujuan penulisan ini banyaknya untuk muhasabah dan peringatan untuk ummi dan ayah.
Ummi ayah masih mencari rentak mendidik
anak-anak. Banyak sangat kami perlu pelajari dan perbaiki. Ummi ayah ada juga
kadang-kadang ‘terguna’ cara dulu, termarah dan terpukul.
Astaghfirullahalazim. Bila tiba keadaan dan masa tu kan, nafsu dan amarah
mengatasi akal dan perasaan. Selalunya tidak lama lepas tu ummi akan segera
minta maaf semula, dan peluk cium amir dan aliff.
Apa yang ummi perhatikan, amir mula ‘mempraktikkan’
apa yang di rasainya. Amir nampak a bit grumpy, dan cepat marah. Dan apabila
nasihat ummi berbunyi, “ Amir sabarlah yer, Allah kan sayang orang yang sabar..”,
nasihat itu seolah-olah dihempukkan berkali-kali ke muka sendiri. Allahu…
Mungkin cara didikan dulu ‘berkesan’,
cara sebatan rotan dan tali pinggang, ikat pokok, tak boleh lawan cakap (bahaya
ni kadang-kadang ianya bukan kesalahan kita, dan menjadi dendam terpendam
lama), marahan demi marahan, bebelan demi bebelan. InsyaAllah jadi ‘orang’. Cuma
kitaran itu akan berterusan diturunkan. Mungkin anak itu baik di rumah, tetapi
aura negatif itu disalurkan kepada ‘membelasah’ kawan atau junior. Atau adik-adik
yang lain. Dengan alasan nak ‘mendidik’. Terdidikkah kita?
-REMINDER!-
Tetapi ini bukan alasan juga untuk kita
memanjakan anak-anak dengan ayat, “taknak dia rasa apa kita rasa dulu” dan “BAM”
bagi apa sahaja permintaan anak-anak tanpa batasan. I’m strongly oppose that.
Cuma kita perlukan ketegasan, dan A LOT
of kesabaran dalam menghadapi zaman membesarkan anak yang sementara ini (trust
me, it’ll be long gone before we realize it, and that time we’ll be going to
regret A LOT of things).
-END OF SHORT REMINDER-
Ummi nak berkongsi sedikit pengajaran
daripada al-Quran. Hari tu ummi ada pergi seminar ibrah 114 surah Al-Quran,
alhamdulillah rezeki Allah bagi. Bukan kata ummi dapat tumpu 100% sebab bawak
Amir n Aliff yang juga menagih perhatian, tapi Alhamdulillah, banyak juga ilmu
yang ummi sempat rakamkan.
Tentang SURAH ‘ABASA.
(Ini ummi kongsikan
sepertimana perkongsian Ustaz Syaari Ab Rahman semasa seminar berkenaan.)
Tidaklah sekeras maknanya, ‘Abasa membawa
makna berkerut dahi sebentar, sambil cuba fokus terhadap apa yang sedang
diperbuat.
Semasa turun ayat berkenaan, Rasul
kesayangan kita sedang cuba berdakwah kepada Abu Jahal, seorang tokoh terkemuka
Makkah. Datang seorang orang tua yang buta bertanyakan hal agama kepada Rasul. Dan
ayat diatas apa yang berlaku seterusnya. Tiada isu besar sebenarnya di sini,
dan wahyu Allah kepada RasulNya adalah dalam bentuk yang sebaiknya dan
selembutnya. Banyak ibrah surah ini untuk kita, insan yang lemah dan hina ini, jika
dilihat daripada pelbagai perspektif. Ummi senaraikan antaranya ;-
ü Surah ini antara peringatan untuk para pendakwah bahawa agama yang
kita dakwahkan ini adalah sangat bernilai dan mahal harganya. (Bukan kata
takyah berdakwah dok diam-diam kat rumah yer). Maknanya, adalah penting untuk
kita melayani orang yang datang bertanyakan hal agama kepada kita, sepenting
kita mencari orang untuk kita berdakwah, walaupun sebesar mana sekalipun beza
darjat kedua orang itu.
ü Surah ini bukti bahawa Rasulullah (apatah lagi kita) tidak tahu apa
sebenarnya yang ada dalam hati setiap orang. Allah jua yang Maha Mengetahui.
ü Ramai atau tidak orang yang mahu mendengar atau mengikuti ilmu atau perkara
baik yang kita cuba sampaikan adalah tidak penting. (Ini penting tau untuk
kemaslahatan hati kita).
ü Surah ini mengangkat martabat dan menghargai akan Orang Kelainan
Upaya. Dalam kisah ini, sebenarnya orang tua yang buta tersebut tidaklah dapat
mengetahui reaksi Rasul yang sedemikian, atau bagaimana pun, tapi Allah tahu
dan menyampaikan kepada Rasul apa yang sepatutnya.
ü Kita, sebagaimana juga apa yang diperintahkan kepada Rasul, bertugas
menyampaikan mesej dakwah kebaikan kepada semua, tetapi tidak boleh memaksa
orang lain untuk mengikutinya. Itu hak mutlak Ilahi.
ü Usah kita mencederakan emosi orang lain, siapa pun dia.
Jika kita ingat peristiwa bagaimana
Rasulullah tenang dan tidak marah sewaktu seorang Arab Badwi yang masuk dan
membuang air kecil di dalam masjid, di kala Umar RA sudah menghunus keluar
pedangnya, adalah hasil didikan Surah ‘Abasa. Subhanallah.
Jadi ummi percaya, ini juga cara terbaik
mendidik bakal-bakal khalifah Islam. Hormati perasaannya, jaga emosinya, hargai
keberadaannya. Tegas untuk perkara yang hak dan batil, tetapi berhikmah cara
tegurannya.
(alamak, easier to write than to be done,
right?)
But at least ummi harap untuk baca
tulisan ini pabila ummi terlupa.
Ummi mendoakan Syaikh Amir Hamzah akan
iman dan sabarnya seperti mana Saidina Abu Bakar As-Siddiq.
Ummi mendoakan Syaikh Aliff Hakim akan
iman dan tegasnya seperti mana Saidina Umar Al-Khattab (Al-farouq).
Ummi mendoakan Khalifah seterusnya ini
juga pemurah dan tabahnya seperti Saidina Uthman Affan, kuat dan ilmunya
seperti Ali Karamallahuwajhah. Atau kental dan indah iman dan akhlaknya seperti
Fatimah Az-Zahra, Khadijah RA dan Maryam (para wanita penghuni syurga.)
Dan doakan ummi ayah juga termasuk dalam
golongan berilmu, sabar dan istiqamah. Golongan orang-orang yang ditunjukkan (ditetapkan
hati dan kaki) ke jalan yang lurus, dan orang-orang yang diberkati. Ameen…
P/S
: Ustaz kata berdoa dengan rasa takut dan tamak ye..
Allahualam. Yang baik daripada Allah, yang tak baik pun daripadaNya, disandarkan kepada kekhilafan dan kelemahan ummi. Ilalliqa'.
![]() |
| Peringatan ini sangat bermakna buat ummi. |

3 comments:
Sempat scroll
Kang nk terjah
Letak kat link depn blog i
Wawaaahhhh jom kite berblog 😍😍
😘😍😍😍 ummi ade bakat menulis terpendam 💅💅
terpendam terkelam haha...
Post a Comment