06 Dis 2016 / 06 RabiulAwwal 1438
Orang kata ‘Take a
break’. (ini memang betul-betul tulis journal/diary ok). Tak berapa ilmiah,
harap maaf. Tengok bahasa pun campur-campur ala rojak, hehe.
Rehat dari dunia
facebook dan whatsapp. Ummi tak pasti dengan masalah diri sendiri dalam
berinteraksi dengan orang2. Selalunya ummi buka facebook ummi nak cari
perkara-perkara ilmiah, ilmu parenting, ilmu kesihatan, ilmu agama (sila cari
ilmu agama di tempat yang lebih mantap yer seperti di kuliah agama di masjid). Ummi
tak berapa gemar membaca, atau like atau komen (kecuali jika ummi in the mood)
post2 biasa seharian. Yang negative apatah lagi. Adakah ummi kurang ilmu
bersosial, sedangkan kadangkala ianya perlu. Ummi tak berapa gemar berinteraksi
di applikasi whatsapp (kecuali dengan sahabat2 yang memang kenal ummi), dan tak
expect ummi akan membalas apa2 dengan kadar segera sebab ummi kadang2 memang
tak berapa tengok phone. Ummi macam ada fobia baca msg-msg dan terutama sekali
angkat call. Entah kenapa. (tak sesuai betul dengan nature perniagaan ummi
sekarang). Setiap kali nak angkat fon/ balas mesej, macam kena paksa diri.
Mungkin ada penyakit sebegini yang perlukan rawatan/terapi?
Towards year end,
banyak betul perkara-perkara yang memberati hati dan jiwa ummi. Urusan sekolah,
guru-guru, kerja, kewangan, anak2 dan urusan hati dan iman sendiri. Tahun ini
TiSAS tidak dapat mengadakan kem seperti biasa kerana perkara-perkara yang
sungguh complicated. Ummi sampai kata kat ayah, ‘I can force myself to do
almost everything with my current almost 7months pregnant state, but please, don’t
ask me to handle people.’ I really fail at handling people. People can be so
complicated and stressful, and it is not healthy for ummi right now. Okay ada
kena mengenakan dengan perenggan sebelum ini. Mungkin penyebabnya kerana ummi
belum betul-betul menjaga hubungan dengan Allah.
Antaranya sekolah kecil
kami. Tinggi sungguh mujahadah nak bagi clear dan kukuhkan niat dan matlamat
penubuhannya. Alhamdulillah clear enough for ayah. Ummi jela kadangkala hampir
tersungkur di pukul ribut taufan yang melanda. Lepas satu-satu konflik
menjelma. Habuan tarbiyyah kami di alam ini. Silalah bertabah dan hadapilah
kesemuanya dengan hati yang lapang.
Ummi mungkin boleh
berhenti kerja, dan duduk di sekolah full-time. Tapi yang ummi pasti, like I said
before, I can never be a good employer. I am too subtle (ni bukan puji ini
adalah kelemahan), and so far I am only good at receiving and implementing
task, not giving it. So rasanya nanti end up ummi yang buat semua kerja
walaupun membayar gaji. Contohnya, instead of asking helper to wipe dust, or do
cleaning, ummi prefer to do it myself. Berat sangat mulut ni aduh. So ummi kata
kat ayah, I just can be observant, admin, paperwork.
And urusan lain yang
terasa berat adalah hal kewangan. Menghadapi tahun demi tahun, kenaikan demi
kenaikan terasa sangat sukar untuk kami, walaupun hanya untuk maintain basic
needs. Tapi bab ni, ummi perlu tinggi mujahadah, yang rezeki, apa bentuk
sekalipun adalah daripada Allah, bukan makhluk. Kita mampu berusaha sebaiknya,
berdoa, bersedekah. Moga Allah lapangkan rezeki kita semua. Moga ummi ayah,
anak-anak dan semua, Allah izinkan bebas dari hutang, zahir dan batin, sebelum
kembali kepadaNya. Moga dikumpulkan di JannahNya. Ameen.
Semalam ummi pergi ke
Taklimat Awal Tahun prasekolah swasta anjuran PPD Petaling Perdana kat Shah
Alam. Ummi bercuti dan memandu sendiri sebab ayah basically kena jaga sekolah. Shah
alam tu kalau ikutkan Waze, setengah jam saja, tapi biasalah tolak campur
dengan kesesakan lalulintas, tol semua jadilah hampir sejam. Sampai lewat,
natijahnya tiada tempat duduk. Ummi cuba juga recce tempat duduk tapi semuanya
ada orang. Kesian juga pada diri sendiri yang dah nak masuk 7 bulan mengandung
ni berdiri di belakang. Mulanya ummi bertenggek di meja bankuet di belakang
(Alhamdulillah la kan ada juga meja). Tapi lama-lama tu ummi duduk je terus
atas tu, tanpa kisah apa org lain nak kata. Dan ada juga yang lebih lambat yang
buat macam tu juga hehe. Tapi biasalah, lama-lama tu rasa kaki tu makin nak
bengkak sebab tergantung gitu. Keluar sat jalan-jalan. Tapi basically ummi
boleh grab la apa yang PPD cuba sampaikan. Pada ummi penting, sebab kitorang
memang rasa sangat kekurangan ilmu-ilmu Tadika ini, dari segi pengurusan dan
authorities. Bukak Tadika it is not just about teach, love, inspire kids. It is
so much more than that. Inilah di antaranya. Ummi cuba untuk commit setiap
aktiviti PPD selagi ummi termampu insyaAllah.
Balik dari tu, ummi
singgah ke Jabatan PPD pula, beli buku RPH. Singgah isi minyak dan terus solat
zohor. Ke sekolah Amir pula (ya amir masuk darjah 1 insyaAllah tahun depan),
untuk tengok kelas dan tanya buku teks. Balik sekejap sebab dah rasa bau
kambing sangat ditakdirkan hari panas dan ummi banyak berjalan. Sambil rehatkan
kaki dan badan. Ke sekolah pula. Alhamdulillah ada juga sikit kudrat memasak dan
sidai baju waktu malam.
Sekadar coretan buat
kenangan. Yang hidup ini penuh ujian dan pancaroba dan kesempitan dan air mata.
Yang mana jika hidup ini ditakdirkan senang semuanya keliling pinggang mungkin
ummi dan ayah jadi lupa diri. Yang mana jika kita hendak apa yang kita hendak
itu terjadi, itu namanya nak mengambil sifat Ilahi. Bahaya tu.. Jadi redha
seadanya apa yang ada dan perlu dihadapi.
Sekian, perjalanan
memotivasikan diri dalam menggapai redha Ilahi.
2 comments:
Za bab angkat tepon tu fobia kite mcm same..taktau ape pasal...hanye yg da tempoh faham biz tadika punye sakit..i lagi pening sbb bulan12 kene buat kem utk baya gaji cikgu..org nmpak gah ade biz hakikatnye kite ni pening nk game 😭
Kak..samalah mcm sy..kdg ldg mls nk wasap...tp sy buat rule timing wasap.sy pun tak pandai nak arah org buat.sume nk buat sendiri.konon konon superwoman.sampi masa rupanya itu bukan satu kelebihan rupanya satu kekurangan iaitu memimpin.dan akhirnya perkara itu pun makan diri..sumelah.. huhu sedih sgt rasanya..fhm sgt kak sbb lebih kurg luahan hati sy..cuma sy xpandai luah kt blog huhu..
Post a Comment