Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 8 December 2016

Update Amir Hamzah @ almost 6 years

                                                                   08 Disember 2016 / 08 RabiulAwwal 1438H
Bismillahirrahmanirrahim.

Banyak juga kisah Amir yang ummi tak nukilkan lagi. Bila baca-baca balik blog sendiri, rupanya Amir dah pernah kena HFMD. Itu pun ummi dah tak ingat. Beberapa cerita yang penting bagi ummi untuk dinukilkan di sini. 


Amir Berkhatan (10.12.2016 / 10 RabiulAwwal 1438)

InsyaAllah mengikut perancangan dan tarikh yang ditempah, amir bakal dikhatankan (masuk jawi) pada tarikh di atas. Asbab Amir pernah tengok episod Upin Ipin tentang berkhatan, natijahnya amir sangat ‘excited’ untuk berkhatan. "“Bila hari sabtu ni ummi”?". Hakikatnya ummi rasa tak seindah cerita. Tapi kita raikan. Ummi pun sebenarnya nervous juga sebab tak pernah ada pengalaman dengan berkhatan, masa adik lelaki ummi dulu pun ummi takde recall sebarang memori. Mungkin ummi di asrama ketika itu. Jadi ummi kumpul sedikit sebanyak ilmu berkisar tentang berkhatan dan penjagaannya, di mana lagi, en google la. Blogwalking pengalaman-pengalaman mak-mak lain di luar sana. Agak tak ramai juga yang khatankan di kala usia amir (5 tahun). Sama ada yang kecil betul, atau sudah darjah. Ummi pada perancangan asal ingat nak sekalikan amir dan aliff. Tapi selepas fikir masak-masak, mendapatkan nasihat2, ummi tangguhkan dulu. Takut diri tak berdaya nak hadapi situasinya nanti. Lagipun klinik tempat amir hendak berkhatan itu tidak mengambil kanak2 4 tahun ke bawah. Takut trauma katanya. Semoga dipermudahkan urusanmu wahai anak soleh ummi. 

“"Ayah, lepas khatan nanti amir boleh jadi imam kat masjid kan?” "

Ameen ya Rabb….


Amir yang Tabah - Impetigo (Awal Ramadhan 1438 / Jun 16 hingga Awal Syawwal 1438 / July 16)

Amir Hamzah permata hati kami diuji lagi. Kali ni dengan adik beradik lain mak lain bapak eczema dan shingles yang pernah ‘menziarahi’ amir suatu ketika dulu, nama dia Impetigo. (Alamak ummi rasa ummi belum lagi cerita kisah shingles / kayap ni!. Ya confirm belum lagi). 

Impetigo ni jika dilihat terjemahannya mungkin paling hampir adalah kudis api. 
Jadi ummi ambillah tahu sedikit sebanyak tentang penyakit ini. Kesimpulannya, ia adalah disebabkan dua jenis bakteria, staphylococcus dan streptococcus. Secara amnya bakteria ini memang ada dalam persekitaran kita, tetapi atas sebab-sebab tertentu ianya boleh menyebabkan keadaan yang serius kepada (umumnya) kanak-kanak, iaitu penjagaan kebersihan yang kurang, atau jangkitan sekunder (pernah terkena jangkitan seperti eczema, shingles, dan seangkatan dengannya). Amir dikategorikan sebagai immunocompromised, mungkin sebab pengambilan pelalian yang penuh semasa kecilnya, oleh itu beliau ‘senang’ mendapat jangkitan sebegini. Sistem imunisasi semulajadi badannya masih belum ampuh. InsyaAllah kita ikhtiarkan ya nak.. Yang uniknya, amir dah kena semua penyakit hebat-hebat ni, tapi masih belum kena demam campak atau cacar yang begitu popular zaman kanak-kanak. Penyakit yang amir kena, kalau cerita kat orang biasa pun susah nak faham. Ummi doakan cukuplah setakat itu sahaja penyakit-penyakit kulit yang kena kat amir. Semoga amir kuat dan sihat walafiat sahaja sehingga bila-bila.

Impetigo kali ini, sakit amir boleh kata di permukaan. ketika mandi dan sapu ubat. Selain itu amir aktif seperti biasa. Selera makan pun ‘maintain’. Tapi tahan mata sajalah tengok (blister) gelembung yang mula berisi air, kemudian pecah menjadi luka dan kering itu (bila kering, kuping itu seakan kekuningan "‘golden crust"’), merebak ke seluruh badannya. Bermula di belakang leher, ummi fikir tanda macam merah-merah itu adalah ruam biasa. Lama kelamaan ianya menjadi gelembung air, dan merebak ke bahagian belakang, diikuti leher, lengan, perut, peha dan kaki. Sedikit di muka. 


Waktu awal-awal kena
 Mulanya ummi ikhtiarkan kunyit, bawang putih. Tapi nampaknya sungguh ‘kuat dan cepat’ bakteria ini menjalankan tugas. Ummi ikhtiar dengan homeopati. Masa ni, luka telah merebak ke kaki, dan macam kes shingles haritu, doctor pun melahirkan rasa kehairanan melihat kes amir. Yang pertamanya sebab, amir takde pun main pasir, tanah atau benda kotor yang selalunya menjadi punca penyakit ini. Yang keduanya, melihat corak merebaknya luka yang begitu agresif. Menurut fakta, impetigo selalunya menyerang setempat. Rezeki amir kena seluruh badan kecuali bahagian tapak tangan dan tapak kaki. Dekat RM 200+ jugalah untuk ubat amir.

Tindakan terakhir ummi adalah memberitahu keluarga ummi (yang majoritinya kakitangan KKM). Ummi terpaksa beritahu sebab sudah tak berapa hari lagi raya, dan akan berjumpa juga dengan semua. Jadi ummi bagi hint. Kelam kabut semua suruh ke hospital. Ummi turutkan juga. Sebab hati ini juga gundah gulana melihat keadaan amir. 

Antara yang ummi mujahadah untuk 'proses' setiap hari. Allah juga sumber kekuatan. 

Mulanya ke klinik tangling, tempat kakak ummi bertugas. Senang potong Q hehe. Doktor india perempuan yang melihat amir begitu ‘hebat’ komennya. Kesimpulannya dia salahkan ubat homeopati tersebut, dan menjangkakan perkara yang dahsyat2 seperti akan ditahan wad (tidak dapat la kami beraya di mana-mana). Kes amir segera dirujuk ke pakar di HKL. 
Kami terus bergegas ke HKL, berjumpa dengan doctor pakar Cina lelaki yang nampak baik dan professional. Sebab, ketika amir dibawa diagnos di hospital ini, luka di belakang bahagian badan (tempat mula-mula kena) telahpun hampir kering dan nampak kulit makin cantik. Cuma luka baru di bahagian pinggang ke bawah, depan badan dan tangan masih kelihatan ‘scary’. Doktor pakar tersebut melihat dengan teliti luka-luka amir, mengambil gambar dengan dslr, membuat sedikit test dengan tangannya, dan membuat kesimpulan. 

Kesimpulan doctor itu hampir sama dengan kajian ummi. (Sempat ummi buat lawak dengan ayah mengatakan pengetahuan ‘google’ ummi yang kebanyakan orang ‘alergik’ sangat itu, hampir menyamai kesimpulan doctor pakar HKL tersebut). Ummi bukan baca satu atau dua sumber sahaja mengenai ini, ummi pun dah ‘lost count’ pelbagai sumber ummi baca, pengalaman orang yang pernah kena (dan juga mendapatkan rawatan), dan lain-lain. Ummi sayang amir hamzah, tak mungkin ummi nak ‘compromise’ anak ummi dengan taklid membuta tuli. Cuma segalanya tetap berjalan seperti takdir Allah. Baik, kesimpulan doctor tadi :-

- Memang dia sahkan amir kena Impetigo atau kudis api.
- Kes amir memang rare sebab mengikut ilmu kedoktoran, Impetigo selalu serangannya setempat. Ini mungkin ada kaitan dengan immune system amir. Doctor ada sebut juga pasal immunocompromised yang mana sepanjang beliau menjadi doctor dan pakar, hanya berjumpa kurang dari lima kes.
- Penyakit amir ini adalah sangat surface, tidak effect secara dalaman (boleh tarik nafas lega yang ini, kerana nauzubillah jika ada kaitan dalaman, kesannya adalah agak ‘severe’). Kerana, amir aktif seperti biasa (tidak melepek) dan selera makan amir juga adalah normal (makan banyak anak2 ummi ni alhamdulillah). Ini adalah hasil ujian tangan beliau sebentar tadi (melihat reflex kulit amir, telahan ummi). 
- Doktor hanya bagi ubat antibiotic dan ubat mandi. 
- Datang follow up lagi sebulan. Jikalau amir masih tidak sembuh atau ada apa2 tanda lain yang suspicious, doctor mungkin akan membuat ujian immune terhadap amir. 

Ummi terus menghabiskan ubat antibiotic (alhamdulillah amir memang OK dengan segala ubat-ubatan dan pil2 - amir boleh kunyah halia dengan bersahaja ok), dan mandi. Dan dengan izin Allah, proses penyembuhan amir seperti biasa. Dapat juga kami beraya seperti biasa cuma jaga amir tidak mendekati orang lain. 

Tempoh amir kena sehingga betul-betul kering = hampir sebulan. Allah saja yang tahu. Dan ummi ditakdirkan hamil ketika ujian ini berlangsung. Kehamilan kali ini adalah antara paling banyak ujian, kepahitan dan air mata. Kerana seiring dan tidak lama lepas itu juga ayah diuji dengan penyakit batu karang yang menyakitkan. Ummi banyak berperang dengan kepenatan dan ujian fizikal, mental dan emosi sepanjang kehamilan ketiga ini. Ummi yakin, ini permulaan yang hebat untuk khalifah kecil yang bakal keluar, untuk menjadi orang hebat juga. Lagipun, apa yang ummi alami ini mungkin hanya sekelumit cuma berbanding insan lain yang lebih hebat iman dan ujiannya. 

Ada satu perkara yang ummi tidak berani sebutkan ketika itu. Tentang Aliff. Aliff bermain seperti biasa dengan abangnya. Pegang-pegang, peluk semua. Allah ja tahu betapa ummi berdoa Allah lindungi Aliff. Even doctor pakar tadi pun cakap amir kena kuarantin. Tetapi dengan izin Allah, aliff terpelihara. Aliff setakat artikel ini dinukilkan, dengan izin Allah harapnya berkekalan, yang paling teruk adalah demam (tidak pernah lebih 39 degree) dan batuk (muntah kerana tidak tahu keluarkan kahak). Doa ummi biar berkekalan kuat sampai bila-bila. Kehendak Allah apa pun boleh berlaku kan. Kita hanya berusaha dan berdoa. 


Amir bakal ke darjah 1 @ tahun 2017

Ya, ikutkan pada 1 Januari 2017 ini, amir baru sahaja melangkah ke usia 6 tahun. Namun begitu, ketetapan Kementerian Pendidikan mengatakan bahawa, anak-anak yang lahir 1 Januari akan masuk ke persekolahan awal setahun. 

Ummi ayah sebenarnya berbelah bahagi untuk amir. Bercampur baur perasaan kami sebab tahu reality sekolah bagaimana di zaman ini. Boleh kata kami tak cukup kuat untuk menongkah arus bab ini kerana melibatkan banyak pihak, dan kami juga belum bersedia fizikal dan mental untuk homeschooling. 

Jadi amir mungkin akan ke TiSAS pada waktu pagi, dan sekolah waktu petang. Tengok keadaan amir bagaimana. Ummi ayah tiada sebarang tekanan untuk amir score akademik, ummi ayah nak amir cintakan ilmu, bukan kerana terpaksa. Pabila cinta ilmu itu dipupuk, ummi yakin amir will be outstanding beyond acknowledgement. 

Perjalanan amir ke sekolah memakan masa 20 minit tanpa trafik. Memandangkan amir sekolah petang, waktu balik pukul 6.40 pm, ummi rasa ummi atau ayah yang ambil amir memang kena solat maghrib di perjalanan, kerana pada waktu itu jalan masuk ke kawasan rumah kita adalah sangat ‘jammed’ (laluan balik orang kerja Putrajaya). Panjang barisan kereta untuk masuk, tidak kira lagi orang-orang berhemah yang suka sangat potong barisan. Ummi yang kira sangat penyabar di jalan raya ni, (tak kisah orang nak hon, atau jam, atau cilok dsb) pun boleh rasa nipisnya sabar dikala kita beratur super panjang (boleh kata kena tunggu lebih 10 lampu hijau) untuk teruskan perjalanan, tetapi kereta bersilih ganti potong barisan tanpa rasa bersalah. Memang berejam habis di simpang itu. (okay ni macam dah lari tajuk sangat). 

Ummi ayah tak Nampak lagi macam mana rentak tahun depan ni. Dikala ummi kena berpantang 44 hari, ayah kena uruskan sekolah dan amir seorang diri. Silap haribulan 2-3 minggu berpantang ummi dah kena drive. Allahualam. 

Moga sekolah kita mampu bertahan untuk tahun ketiga dan terus maju untuk menggembirakan dan memberi kebaikan kepada pelbagai pihak di tahun tahun seterusnya. Moga tindakan ummi untuk berhenti kerja nanti, terlaksana, dan adalah tindakan yang tepat selari dengan agama. Moga Allah lapangkan rezeki, nikmat kesihatan, nikmat menuntut ilmu dan makin bertambah-tambah keimanan dan ketaqwaan kami sekeluarga menghadapi mehnah dan tribulasi alam kehidupan sementara ini. Moga Allah hindarkan penyakit cinta dunia dalam hati-hati kami. Moga Allah kuatkan fizikal dan rohani kami menempuh ujian dunia dan terutamanya ujian nafsu-nafsu kami sendiri. Moga Allah gantikan apa yang kami teringin di dunia tetapi tidak dapat, dengan yang jauh berlipat ganda indah, di sana nanti (seperti kereta canggih dan mewah untuk ayah, rumah indah penuh buku dan dapur cantik super, di tengah taman dan ada swimming pool untuk ummi, aiskrim dan buah pelbagai warna untuk amir, dan roti dan biskut pelbagai jenis untuk aliff eheh – aik nampak tak ummi punya paling dahsyat dan paling impossible kat dunia ni kan) . Okay, kan ustaz kata kena berdoa dengan takut dan harap dan tamak.

Ummi terus doakan Allah berkati Shaikh Amir Hamzah al-Hafiz (tak kira cepat atau lambat), dengan doa ingatan dan al-fatihah ummi buat amir, walaupun kadangkala cepat juga ummi marah-marah amir, namun itu adalah kerana  ummi yang alpa betapa besarnya nikmat seorang Amir Hamzah untuk seorang ummi yang kerdil ini. Astaghfirullahala’'zim. Moga Allah ampunkan dosa-dosa ummi, dan sentiasa mengiringi dan mengawasi setiap langkah gerak Amir Hamzah di dunia fana ini. 


Sekian. 

P/S : Maaf jika gambar mengganggu jiwa.

No comments: