Bismillahirrahmanirrahim.
12.02.2017 / 14 JamadilAwwal 1438
Alhamdulillah minggu pertama di TiSAS
berjalan lancar. Allah rezekikan guru-guru baru setelah beberapa bulan mencari.
Kesemuanya bermula awal Januari. Ummi pun bercuti seminggu pertama itu untuk
‘standby’.
Rentetan ujian berikutnya melanda
keluarga kecil kita hampir dua minggu ini. Awal Januari 2017 Amir memulakan
persekolahan di sekolah rendah. Keputusan yang sukar untuk kami yang rasa
cenderung ke arah ‘Homeschooling’. Ummi cuba bersedia mental fizikal bila ummi
direzekikan berhenti kerja nanti. Faktor keluarga juga mungkin salah satu
penyebab.
Hari pertama persekolahan, takdirnya
Amir diserang cirit birit dan pakej muntah. Jadi hari pertama amir pergi
sekejap, dan ummi bawa amir balik selepas muntah dan cirit di sekolah. Hari
ke-3 baru amir sihat dan seharian ummi teman di sekolah. Kami tekankan amir
bersolat Zohor dan Asar di sekolah, itu yang kami tanya tiap2 hari. So far, ada
sehari dalam seminggu yang cikgu tak benarkan amir keluar asar. Itu bab solat.
Bab makan pula insyaAllah tiap-tiap hari dibekalkan amir, dan alhamdulillah
takat ni ok rutin sekolah dia, dah pandai cuci bekal sendiri pun anak ummi.
07 Januari 2017 – Awal persekolahan.
Antara tarikh paling penting dalam
sejarah hidup kami sekeluarga. Bukan tarikhnya, tetapi peristiwanya. Ummi dan
aliff masuk emergency Hospital Serdang ‘berjemaah’. Rupanya kami pula yang
menyambung rentetan cirit birit dan muntah amir. Aliff demam dan cirit birit.
Ummi sikit naik suhu, cirit birit dan muntah. Ummi muntah apa yang masuk. Minum
air madu, keluar balik air madu rasa sama. Makan epal, keluar balik epal rasa
sama. Masa tu, ummi risaukan baby dalam kandungan sebab air pun tak boleh nak
masuk. Dehydration sangat merbahaya untuk ibu mengandung. Jadi dengan berat
hati kami sekeluarga ke Hospital Serdang, dan terus masuk yellow zone. Masa tu,
amir terpaksa tunggu di luar, sebab ayah jaga aliff, dan ummi pun terlantar.
Ayah telefon Maman Emi bergegas dari shah alam untuk ambil amir bawa ke rumah
mokde laili. Itu je cara yang Allah ilhamkan kat ayah masa tu. (Survival anak
perantau).
BP ummi dan aliff sangat tinggi masa
tu. Ummi masuk 2 beg air. Ada juga diorang buat ECG. Yang paling kasihankan
aliff. Ini pertama kali dia encounter medical. Beberapa kali ubat demam
dimasukkan, dan juga 2 beg air. Sehingga subuh pagi berikutnya aliff duduk
dalam wad pemerhatian sebab BP yang tinggi. Sehingga ayah tak sampai hati
tengok banyak kali kena cucuk, dan mengambil keputusan untuk keluarkan aliff
atas risiko sendiri. Sebab aliff sudah boleh makan dan minum tanpa keluar
balik. Aliff Cuma muntah teruk sekali lepas ubat demam masuk, ummi rasa badan
dia terkejut sebab tak pernah. Aliff bercakap dan bergurau dengan normal. Cuma
drip di tangannya membataskan pergerakannya.
Sepanjang peristiwa ini berlaku, ummi
rasa sangat bersyukur ayah dikurniakan kesihatan yang baik untuk menghadapi dua
ahli keluarga sekaligus jatuh sakit. Di kala ummi hampir 32 minggu kehamilan.
Tanpa sesiapa yang membantu. Dan Alhamdulillah kejadian ini tidak berlarutan.
Dan tindakan kami keluarkan aliff insyaAllah tepat, sebab selepas itu aliff
surut demam dan kembali seperti sediakala dirumah, dengan cerianya. Syukur. Dan
ummi cuma mengalami after effect lebih kurang seminggu lepas tu, mengalami
semula gejala mabuk seperti awal kehamilan, muntah-muntah dan tak lalu makan.
Hujung bulan Januari baru ummi kembali normal.
Kehamilan Ummi.
Masuk minggu ke 33 kehamilan, tiba-tiba
ummi di serang water retention (edema). Kaki ummi bengkak membelon. Sehingga
ada ketika yang ummi solat atas kerusi, sebab bila ummi duduk tahiyat awal dan
akhir, kaki ummi seolah-olah rasa boleh ‘meletup’. Keadaan ini berlarutan
hampir 2 minggu lamanya. Dan check up di KK pada minggu ke 33 juga mencatatkan
‘kencing kotor’, kehadiran protein tinggi dalam urin. Check-up minggu ke 34
doktor membawa isu air ketuban sedikit kurang dan badan baby lebih kurang dua
minggu kecil dari minggu sepatutnya.
Tapi insyaAllah awal Februari ini, kaki
ummi dah kembali normal, ada sikit-sikit bengkak bila kaki lama ‘tergantung’.
Dan InsyaAllah kita tengok pula hasil check up seterusnya pada hujung minggu ni
(36 minggu).
Kerja ummi
Ditakdirkan, di celah-celah isu
kesihatan dan sebagainya, kerja ummi banyak sangat dikala hujung jan dan feb
ini. Berturut-turut deadline tender. Ummi encounter a few sleepless night to
settle the deadlines. Ada yang balik subuh. Ada yang balik 3-4 pagi. Kesian
baby. Ummi doakan anak ummi sihat dan kuat di dalam. Untuk minggu depan saja
ummi ada 3 deadlines. Ada juga kadang-kadang rasa nak rehat awal, bila geramkan
bos tu kan, tengah-tengah deadline. Tinggal je semua kerja. Hehe. Tapi ummi doa
baby keluar sihat dan normal, pada masa yang ditetapkan. Tak awal tak lambat.
Dan doa dapat berpantang sendiri dengan baik.
Ada sekali pengalaman ummi mengharung
banjir. Alhamdulillah kereta manual (proton saga lama). Ketika menghantar anak
TiSAS pulang ke rumah. Allah saja yang tahu betapa gemuruhnya ummi menempuh
banjir ketika itu. Masuk gear 2 (gear rendah), ‘ram’ kereta sekerapnya masa
lalu banjir, jangan berhenti, tutup air-cond (ini ummi tak buat, satgi lemas
pula) dan doalah kereta tak mati enjin. Itu saja antara tips yang ummi ingat
masa tu, disamping zikir tanpa henti. Jantung seolah-olah berhenti sehingga
habis jalan banjir yang diredah. Ini pengalaman kedua dan terpanjang ummi. Masa
pertama kali, ummi berhenti tepi dan menangis. Kali ni tak sebab ada bawa guru
jadi peneman. Semua cuak ja di belakang. “saya nampak teacher cool je..” Walhal
jantung tengah berhenti kat dalam dan muka pucat tak berdarah di balik niqab.
Haha.
Aliff Hakim
Anak soleh kami ini ummi nampak ada
perubahan seiring pertambahan umur. (Masih belum lagi bercerai pampers). Dulu
aliff hakim tidak boleh ditegur, aliff akan memberikan ekspresi yang ekstrem.
Kini aliff lebih ‘cool’. Tika ditegur, aliff akan berkata “minta maaf ummi,
janji tak buat lagi (skrip abg amir)” walaupun masih meneruskan perbuatan yang
ditegur itu hehe. Ataupun, ‘OK’. Aliff lebih kental hati dan jiwanya dan kurang
sensitif berbanding amir. Aliff boleh bermain sendiri, dan fasih kata-katanya
seawal 3 tahun. Ummi dan ayah perlu berhati-hati dalam cara approach, agar tidak
‘trigger’ ekspresi yang ekstrem tersebut.
Namun begitu, aliff adalah sangat
comel, penghibur hati kami. Kata-kata spontan aliff kadangkala begitu mencuit
hati kami.
“Ummi dah letak kacang ke, aliff tak
‘dengar’ pun?’ dalam nasi yang ummi suapkan.
Aliff suka lagu yang ada lirik
‘munajatku, dalam syahdu, merindui maghfirahMu..’ tu, dia sukakan perkataan
syahdu tu. Dia kata ‘syaddu’. Satu ketika tu dia gabungkan semua perkataan
dengan syaddu tersebut.
“keretapi syaddu, kereta syaddu, kapal
terbang syaddu..”. Tergelak-gelak ummi ayah dengar.
“ummi, nak mehhoonn (H tu dengung ye)”.
Itu adalah timun. Haha. Sekarang dah betul cakap timun. Aliff memang suka
‘syaddah’kan perkataan yang ada huruf H di tengah.
“Aliff hakim bin nor aidee. Amir hamzah
bin nor aidee.” Kata dia pada suatu hari. Ummi pun tanya ayah nama apa? Segera
amir menjawab, “Nor Aidee!!”. Lepas tu aliff kata, “ eh samalah nama ayah, nor
aidee”. (Merujuk sama dengan nama dia dan amir. Haha).
Dan sehingga kini aliff masih sangat
sedap digomol. Dan dia malam-malam akan cuba minta “nak tidur kat tangan
ummi..”. Bila dah lena baru ayah angkat letak dekat abg amir. Tapi kalau
terjaga tengah2 malam kadang-kadang dia akan
menjerit nak tidur tangan ummi.
Amir Hamzah
Hari isnin lepas (6 Feb 17), petang,
kami terpaksa bawa amir ke hospital serdang untuk nebulizer. One thing about
amir, bila dia batuk, adalah sangat merisaukan. Sebab ada wheezing. Last amir
neb pada Nov 16, di mana ketika itu doctor sudah bagi surat untuk follow up di
KK berhampiran untuk start treatment asthma. Tapi ummi rasa tak sanggup untuk
itu. Ini kali kedua dalam masa terdekat. Petang kami ke hospital, kena neb.
Doctor kata dah clear, tapi ummi masih dengar bunyi yang merisaukan itu. Malam
kami pergi sekali lagi, jadi atas prosedur kerana datang lebih sekali dalam 24
jam, malam tu amir kena ambil darah, dan x-ray. Allahu. InsyaAllah lepas clear
dengan salbutamol dan prednisolone ni, ummi ayah akan usahakan homeopati untuk
amir hamzah.
Bab asthma ni, memang ummi terpaksa
juga bawa nebulizer, sebab ummi faham sangat rasanya. Masa kecil ummi juga
mengalami keadaan yang sama, sebab tu ummi yang decide bila perlu bawa amir ke
hospital. Selepas tiga kali ummi steam dengan wap air panas, dan makan
habbatussauda’, amir tidak berkurang, amir akan dibawa ke hospital. Sebab ianya
melibatkan pernafasan. It is a near death experience. Moga Allah sembuhkan dan
sihatkan amir dengan cara yang terbaik. Positifnya ummi berfikir, ini adalah
sedikit dibandingkan kesan jika kami tidak menjaga pemakanan amir. Cuma ummi
masih belum pasti apa trigger factor untuk asma amir.
Cerita anak soleh ummi, di kala ummi
hendak memotong kuku tangannya selepas mandi. Sambil tunggu amir pakai baju,
ummi potong kuku ummi dulu. Amir kata "kenapa ummi potong kuku?".
"Ummi potonglah sendiri sebab takde siapa nak potongkan".
"Takpelah amir kan ada, amir potongla kuku ummi sebab amirkan sayang
ummi." Allahu cairnya. "takpe nanti amir besar sikit amir potongkan
kuku ummi ya.."
Penutup
Terkadang ada terdetik perasaan
untungnya sesetengah orang yang keluarganya keliling pinggang. Terasa kami
begitu bersendirian menghadapi pancaroba kehidupan, kesihatan, perniagaan,
anak-anak. Tak pernah sekali pun tinggalkan anak-anak (luar waktu kerja) dengan mana-mana keluarga untuk apa-apa urusan. Namun ummi percaya semuanya ada hikmah tersendiri. Allah ada
perancanganNya untuk kami.
Dan untuk kehamilan ketiga ini,
keseluruhan tempoh kehamilan, sehingga kini, minggu ke-36, tidak terkira
airmata ummi yang tumpah atas pelbagai sebab dalam kehidupan. Walaupun ummi
sedar yang ummi perlu kekal ceria dan positif untuk kesihatan kandungan tetapi
banyak kali ummi tewas. Jadi, ummi doa kepada Allah yang Maha Kuasa, agar
kesemua kesedihan, stress, kerisauan ummi itu akan membentuk baby yang kuat dan
semua yang kontra dengan apa yang ummi hadapi. Ummi doakan anak ummi yang ummi
cinta kerana Allah ini keluar sihat, anak yang sangat penyabar dan ceria,
sentiasa ada jalan keluar untuk setiap permasalahan dalam hidupnya. InsyaAllah
khair semuanya.
Sungguh panjang cerita ummi kali ini.
Pengalaman-pengalaman yang ummi harap ada peluang untuk dikenang kembali di
masa depan sebagai sempadan, taudalan atau pengajaran. Ameen.
No comments:
Post a Comment