Bismillahirrahmanirrahim.
21
Julai 2017 / 26 Syawal 1438H
Belum ada rasanya entry tentang
anakanda solehah kami, Khadijah Humaira’. Kiranya 24 Julai ini beliau berumur 5
bulan. Kita ketepikan dulu cerita dukalara, mari kita bermesra dengan si cilik
Khadijah Humaira’ ini.
Ya, ummi gelarkan si cilik kerana
beliau memecah rekod ‘kg’ abang-abang solehnya. Mungkin sesuai dengan
jantinanya, berikut adalah rekod anggaran beratnya :-
Lahir : 2.5 kg
(ya paling ringan)
1 bulan : 3.3 kg
2 bulan : 4.1 kg
3 bulan : 4.7 kg
4 bulan : 5.3 kg
5 bulan : 6.5 kg
Alahai nampak tak malu-malu kg tu
nak naik. Abang-abang dulu sebulan dekat 2kg masing-masing. Namun begitu, tetap
semangat dan comel di mata dan dukungan ummi. Banyak hikmahnya. Ditakdirkan
ayah diuji dengan sakit dan tidak boleh langsung membuat kerja-kerja berat,
makanya ummi buat semua dan kebanyakannya sambil menggendong Khadijah. Maka,
sekiranya Khadijah sesemangat abang-abangnya, nescaya patahriuk teruklah ummi.
Alhamdulillah sangat ada Cuddle Me
baby carrier ini yang ummi beli dengan harga mampu milik ummi, dan sangat
bermanfaat kepada ummi membawa Khadijah sekarang. Masa 4 bulan lebih kaki
Khadijah dah boleh diregangkan untuk postur yang betul dalam kendongan. Memang
nampak muka dia bahagia saja duduk dalam ‘poket kanggaroo’ kata ibu
pengasuhnya. Tapi dengan syarat hendaklah sentiasa bergerak dan berjalan.
Berdiri atau duduk static, Khadijah akan beri signal.
Hal ehwal Khadijah :
Seorang anak solehah yang
satu-satunya memberi peluang umminya tidur malam dengan aman. Nikmat Allah
bagi. Beliau hanya bangun menyusu lebih kurang sekali atau dua kali sahaja
sepanjang malam. Imbas kembali kenangan abang-abang beliau adalah pengempeng
(bergantungan pada nenen) tegar sepanjang malam. Sesuailah dengan sakit
belakang ummi yang boleh tahan juga dikala usia begini. Selama 2 bulan cuti
ummi, tidak begitu banyak perkara yang merisaukan hati ummi. Poo Khadijah juga
agak kurang, mungkin sebab menyusu pun agak kurang, dan sekarang di kala
menghampiri 5 bulan ini, trend poo beliau adalah seminggu sekali/dua dan
banyak.
Yang ummi ingat, semenjak hantar ibu
(pengasuh), tika itu khadijah 3 bulan, Khadijah mula menangis waktu malam,
lepas maghrib gitu. Ada beberapa minggu jugalah ummi ayah risaukan tangisan
Khadijah itu, tapi mungkin sebab pattern poo Khadijah, kami suspect ‘kembung’.
Namun elok pula Khadijah tiada tangisan lepas maghrib sewaktu cuti sabtu ahad.
Ada kebijaksanaan tersembunyi Khadijah yang tak terjangkau oleh kami rasanya.
Alhamdulillah setelah masuk 4 bulan, Khadijah kembali seperti biasa.
13.06.17, awal 4 bulan, adalah gelak
pertama beliau! Awal 4 bulan juga Khadijah nampaknya telah kenal orang. Ada
sesetengah orang yang dukung, beliau akan menangis sehingga ummi ambil kembali.
Termasuklah atuk beliau. Mungkin Khadijah lebih gemar yang sama jantina
nenek/tokma sahaja mendukungnya. Sebab abang-abang dulu pun lebih gemar atuk
(lelaki) sahaja. Semasa hantar ke rumah ibu (pengasuh) selepas cuti panjang
raya, Khadijah menangis sekuat hati. Aduhai anak, gugur rasa jiwa ummi ni nak
tinggalkan Khadijah. Lebih kurang beberapa hari juga beliau begitu. Dan
beberapa isnin, sebab dah seronok melekat dengan ummi sabtu ahad. Bertabahlah
anak dan ummi.
12.07.17, lebih kurang 4 bulan
setengah, Khadijah sudah meniarap! Dengan laju dan senangnya sebab ke’cilik’an
beliau. Khadijah senang tersenyum pabila diagah sesiapapun, asal jangan diambil
dari dukungan ummi. Ketika hantar ke pengasuh pun, beliau sudah pandai membuat
muka ala-ala sedih tengok ummi turun tangga. Yang kelakarnya, kerana sangat
mudah bagi beliau untuk meniarap, dikala malam ummi mahu ‘setting’ Khadijah
tidur, baru letak saja Khadijah sudah meniarap. Lepas itu beliau berbunyi
mencari susu tiada berjumpa. Haha. Jenuh tahan badan beliau dari meniarap
ketika mahu tidur.
Ummi cuba pastikan ummi tidak
membuat sebarang perbandingan antara anak-anak ummi, cuma kadangkala ummi akan
merujuk ‘milestone’ abang-abang, hanya untuk pastikan Khadijah ‘on track’. Sedangkan
masa awal 4 bulan Khadijah belum meniarap pun sudah ada bunyi, ‘ha, org lain 3
bulan dah meniarap.’ Tengok bila dah boleh meniarap, nampak mudah benar bagi
beliau.Tapi ummi tak kisah pun, asal Khadijah sihat. Cepat atau lambat
meniarap, berjalan, bercakap, bukanlah petunjuk yang Khadijah akan cemerlang
memperoleh ketaqwaan dan keimanan yang tinggi nanti (amboi ummi). Apa yang
penting kesihatan dan corak didikan ummi ayah, yang mana nanti akan ditanya
Allah. Itu yang ummi pahatkan dalam kepala. Cepat itu ini, pandai itu ini,
banyak A itu ini, bagi ummi adalah perkara kedua. Yang penting anak-anak ummi, ‘qurratu
a’yun’ bagi ummi adalah pabila anak-anak ummi mampu menarik seramai mungkin ke
syurga bersama-sama mereka. Ya, itu adalah sangat subjektif dan tiadalah dapat
diukur, tetapi itulah matlamatnya. Boleh banyak A, tinggi pula iman dan taqwa,
MasyaAllah itu bonus. Boleh banyak A, tetapi akhlak ke laut, apa gunanya? Tak boleh
A, tetapi tinggi iman dan akhlak, MasyaAllah, apa lagi yang ummi nak? Lebih kurang
begitulah senarionya.
Satu lagi, attachments. Semua anak-anak
ummi termasuk Khadijah, semasa bayi hingga lebih kurang 2 tahun adalah sangat ‘attached’
dengan ummi. Memerap kata orang. Nak berpeluk saja dengan ummi kalau boleh 24
jam sehari. Makanya, memang agak kelaut la urusan-urusan rumah yang lain. Dan,
bertabah sahajalah telinga mendengar orang berkata-kata, ‘ha..memang tak boleh
letak tu..tak boleh buat apa ummi dia..’ dan seumpamanya. Sebagai manusia
kadang-kadang adalah rasa suam-suam kepanasan dalam hati tu, tapi ummi tak
kisah. Biarlah ummi menikmati anak yang suka memerap ini, sebab, bukan lama pun
dua tahun. Lepas itu, mereka dah buat hal sendiri, dan masa berpeluk cium juga
semakin kurang dibanding waktu bayi. Dah pandai main sendiri, makan sendiri,
mandi sendiri. Sikit hari lagi, mereka keluar belajar, berkerja, berkeluarga,
ha, dah kita pula tinggal sendiri mengenang kembali memori-memori lama. Masa tu,
jika diturutkan bayi jangan dipegang-pegang sangat, lagi sikit la memori
bermanja dengan anak-anak itu. Baru nak menyesal itu menyesal ini. Ummi rasa
tak mahu begitu. Biarlah ummi peluk dukung cium puas-puas semasa kecil ni,
biarlah rumah huru hara sekalipun, biar ummi mencipta memori peribadi ummi
sendiri dengan anak-anak. Yang mana memang ummi tak sanggup mereka menangis
lama. Yang mana ummi jika diizinkan hendak sentiasa memeluk tubuh kecil mereka,
mencium puas-puas mereka, memegang tangan kaki comel mereka, merenung mata dan
wajah mereka, memerhati setiap perilaku dan perkembangan mereka. Cukuplah waktu
kerja ini ummi terpisah dengan anak-anak, bila berada dengan anak-anak doa ummi
dapat bergembira dengan mereka selagi boleh. Ummi rasa bahagia pabila anak-anak
menangis, sebaik sahaja ummi peluk mereka akan segera tenang dan berhenti
menangis. Ummi rasa bahagia dapat menyusukan anak-anak ummi sepenuhnya. Ummi rasa
bahagia bila tangan montel itu memegang erat ummi. Ummi rasa bahagia melihat
raut wajah kecil itu manis membalas senyuman ummi. Ummi rasa bahagia membacakan
ayat-ayat Allah kepada anak-anak ummi. Nikmat Allah beri. Apa lagi yang hendak
ummi dustakan.
Ok baiklah panjang pula ummi
berceloteh, kononnya entry buat Khadijah, tetapi ke lain pula perginya. Khadijah Humaira' ummi yang manis, semoga iman dan taqwamu menghampiri Khadijah Khuwailid wanita hebat isteri Rasulullah S.A.W, yang mana hingga Allah dan malaikat pun mengirimkan salam. AllahuAkbar. InsyaAllah doa ummi semuanya Allah permudahkan, dan kita semua Allah izinkan
bersama semula di Jannah…ameeen…


3 comments:
Assalamualaikum Khadijah Humaira...
Semoga menjadi permata solehah buat umi dan abi
Sekejap je dah lima bulan
kak, saya pun pakai cuddle me untuk adhwa sebab mampu milik..
bile cik leen nk satu khadijah humairah...asiah ke sorag sumayyah :D
waalaikumussalam acik yati..
alhamdulillah...didoakan yang sama untuk permata solehah dua orang tu..insyaAllah bakal mujahidah kental kelak..
cik leennn.....cepatla khadijah tak sabar nak pegang tangan sumayyah niiiiii
Post a Comment