Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Tuesday, 3 October 2017

Maaf

Bismillahirrahmanirrahim. 
03 September 2017 / 12 Muharram 1439H

MAAF.

Sebuah kata yang sarat makna.

Duhai Anakku, di setiap masa yang perlu, telanlah egomu, lontarkan ucapan maaf.

Ucapan itu mungkin kelihatan menyalahkan dirimu tetapi percayalah ianya untuk menaikkan darjatmu. Walau bukan di mata manusia.

Ucapkanlah Istigfar, Ucapkanlah maaf. Kalahkan egomu. Menangkan rasa kehambaanmu. Kerana hakikatnya, kita adalah hamba kepada Pencipta. Kita tiada apa tanpa izinNya. Mengapa mesti bertegang urat menegakkan kata.

Selagi yang dihina bukan Allah dan RasulNya, selagi sengketa bukan untuk menegakkan syariatNya, ucapkanlah maaf dan tinggalkan apa yang tiada sepakat kata.


Maka janganlah kamu mengatakan dirimu suci. Dialah yang paling mengetahui tentang orang yang bertakwa” (QS. An Najm:32)




No comments: