Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 27 September 2017

Aliff Hakim @ 4tahun3bulan

Bismillahirrahmanirrahim.
27 Sept 2017 / 6 Muharram 1439H.


Aliff Hakim shaikh hebat ummi berusia 4 tahun ini. Lebih kurang 4 tahun 3 bulan tika artikel (amboi) ini ditulis.

Aliff seorang yang manis, menghiburkan dan kreatif. Masih ada lagi kadangkala bunyi ‘azan’ itu jika tersalah ‘tune’, tapi dah banyak sangat perkembangan positif. Jom ummi cuba sebaik mungkin coretkan apa yang teringat.

1.    Solat
Masih ikut ‘mood’, kadangkala beliau akan ikut solat dengan pakej baca kuat-kuat. Kadangkala beliau akan duduk saja di sejadah, atau mengusik abangnya. InsyaAllah anak-anak ummi Allah akan jadikan insan-insan yang rajin dan mencintai solat, hero-hero ummi tidak meninggalkan solat berjemaah di surau/masjid, seawal sebelum baligh. Ameen.

2.    Hafazan
Banyak juga surah ummi dengar dari aliff ni, masih dalam proses memperbaiki huruf ‘ro’, sepertimana abangnya. Semoga cepat huruf ini kembali ke fitrah lidah amir dan aliff, ameen..

3.    Sayur.
Menggunakan teknik ‘growth mind set’, sering ummi katakan dulu yang aliff belum mahu makan sayur. Belum mahu makan tomato. Sekarang Alhamdulillah, aliff hakim sudah makan sesetengah sayur dan tomato. Syukur. Amir dan Aliff sangat senang bila tiba bab makan. Apa saja yang ummi ayah masak, mereka akan makan dengan berselera. Masak 3 pot nasi untuk makan malam habis. Masak 4 pot juga habis!

4.    Kidal
Ya, aliff adalah kidal. Satu keunikan buat ummi dan ayah yang tidak kidal ini. Mungkin genetic sebelah ayah, ada beberapa adiknya yang kidal juga. InsyaAllah aliff dilatih makan tangan kanan, cuma penggunaan sudu tangan kanan nampak agak sukar bagi beliau.

5.    Lukis, Tulis dan Kreativiti
Aliff semakin gemar melukis dan menulis. Perkara ini diakui sendiri oleh guru kelas beliau. Kalau dulu aliff belum mahu duduk di kelas, lebih suka ke kelas orang lain, dan baring, buat aktiviti bebas, kini beliau semakin berminat dengan pen dan kertas. Malah cepat pula habis buku aktiviti di sekolah, sehingga terbuat kerja di buku kawan!
Beliau sangat kreatif! Mungkin juga kesan kidal tadi maka otak kanannya lebih aktif. Ummi kepilkan gambar lukisan aliff. Ada satu ketika Aliff beritahu ayahnya yang beliau sedang melukis spider. Tapi bila ayahnya tanya, kenapa banyak sangat kaki, terus Aliff tukar lukisan itu adalah ‘sun’.
Aliff gemar mencipta lagu sendiri, yang sememangnya mencuit hati kami sekeluarga.
Aliff juga suka membuat Bahasa sendiri, dan akan diterjemah beliau kepada abangnya, atau ummi. Kadangkala ada juga lagu buatan sendiri, Bahasa sendiri. Aliff sangat cepat dan petah bercakap.

6.    Habit
Aliff gemar mengupas/mengopek kulit di bahagian bibirnya waktu mengantuk sebelum tidur. Kadangkala sampai berdarah bibir beliau. Kiranya ummi ayah bila nampak tangannya mula di bibir, itu petanda beliau dah ngantuk. Tapi ummi rasa, sekarang, habit itu mula menghilang. Alhamdulillah.

7.    Observant
Ada beberapa peristiwa yang berlaku contohnya perbualan antara abang amir dan mokde. Ummi dengar perbualan itu, dan aliff juga ada di tempat kejadian. Tak berapa lama lepas tu, aliff boleh ulang kembali perbualan antara abang amir dan mokde itu, ceritakan kembali kepada ummi. Satu perkara yang tak berapa ummi jangka, sebab kelihatan wajahnya selamba saja waktu itu, tak nampak seperti sedang mendengar pun. Aliff pun sering mengulang kembali perbualan di sekolah, contohnya antara teacher dan rakan sebaya yang lain. Sepertinya pita rakaman. Itulah pentingnya menjaga percakapan dan perbuatan kita semasa kehadiran anak-anak. Mereka nampak seperti tidak memberi perhatian, namun realitinya adalah sebaliknya.

8.    Tersentuh hati..
Ada suatu ketika tu, Aliff bercerita tentang duit, dan beberapa perkara lain. Begini lebih kurang kata-katanya :-
“Ummi, nanti Aliff dah besar, aliff bagilah duit banyak kat ummi. Aliff drive kereta bawak ummi. Aliff mandikan ummi, pakai baju kat ummi. Aliff suap ummi makan. Bila ummi dah ‘ketua’ nanti. Ayah pun sama.”
Allahu ‘touching’ betul. Aliff nak buat balik apa yang ummi buat kat beliau sekarang. Ameen, nak.

9.    Pampers
Di awal tahun dulu ada ummi coretkan tentang aliff dan pampers. Bagaimana walaupun telah hampir masuk usia 4 tahun, aliff masih belum memberitahu sekiranya beliau ingin membuang air besar, apatah lagi kecil.
Sekitar bulan 4 atau 5 tahun ini, antara train dan tak sengaja, aliff terus bebas dari pampers. Ya, aliff sering melakukan kejutan sebegitu, secara tiba-tiba. Sehingga kini, walaupun kadangkala terbabas (pernah sekali terbabas besar, banyak kali yang kecil), namun Alhamdulillah Aliff telah ‘free pampers’. Jika ditanya cara kaedah, jujurnya ummi tiada jawapan yang pasti.

10.  Bonus. Perjanjian ‘burger’.
Haha. Ok maaf ummi tergelak dulu. Antara amir dan aliff ni ada satu cerita mengenai ‘burger’. Umumnya kami tidak memberi mereka makan burger, kerana ia dikategorikan sebagai ‘tak berapa sihat’. Tapi biasalah, mereka nampak ianya (memang) sedap. Begini ujar amir kepada aliff:-
“Nanti bila amir dah 13 tahun (tak pasti kenapa 13 tahun), amir belikan ‘burger’ untuk aliff. (Jadi) Aliff kena dengar cakap Amir, kalau tak Amir taknak beli ‘burger’ untuk Aliff.”
Sekian cerita ‘Burger’.



Gambar - Ada satu lukisan, Aliff lukis ummi, sedang membawa Khadijah, di bawah sinar ceria sang suria. Lihat gambar Aliff bereksperimen dengan sticker, baldi dan google. Beliau solat, dan mewarna.

InsyaAllah antara beberapa coretan untuk Aliff Hakim, moga ada rezeki beliau ternampak catatan ummi ini suatu hari nanti.

“Wahai Rabb kami, anugerahkanlah kepada kami istri-istri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa.” Al Furqan:74.

Semoga Aliff yang ummi redha seluruhnya ini, diredhai Allah dan disayangi RasulullahMemperjuangkan agama ini sepertinya Saidina Umar Al-Khattab, pemisah yang Haq dan Batil. Juga mewarisi keutuhan iman dan akhlak Al-Farouq. Ameen..


1 comment:

@LeenShamsh said...

R. officially abdullah punye da kembali kepada fitrah on 22.10.2017..alhadulillah wa tabarakkalh beb :)

kirim salam anak dare..makcik rinduu nk tgk da besso ni