Bismillahirrahmanirrahim.
12 September 2017 / 21 Zulhijjah 1438H
Puteri manis kami
telah mencecah usia 6 bulan. Ya, umur di mana kebanyakan bayi-bayi lain mula
diperkenalkan solid food.
Khadijah memulakan
sejarah 6 bulannya dengan DEMAM. Sebelum cuti raya haji lepas, semasa
menghantarnya ke pengasuh ummi ada terasa seaakan panas badannya. Tetapi, “mungkin
hanya perasaan ummi saja”. Dan ummi ke pejabat seperti biasa, mengadap ‘deadline’.
Selesai kerja ummi tengahari, dapat whatsapp dari pengasuh mengatakan Khadijah demam.
Rasa tak sedap hati, terus ummi berkemas, selesaikan apa yang patut, dan balik
ambil Khadijah.
Bermula episod
menjaga Khadijah yang demam agak tinggi melepasi 38 darjah Celsius. Ummi kerapkan
mandi, pakaikan topi dan stoking basah, kerapkan menyusu. Ummi minum air
kelapa, dan ada juga beri sikit pada Khadijah. Terkebil-kebil anak solehah
merasa air kelapa. Hehe. Ummi banyakkan ‘skin-to-skin’, yang penting doa dan
ruqyah, segala kesembuhan hanya dariNya.
Dua hari, bermula
rabu 30 Ogos 17 hinggalah ke lewat malam 31 Ogos. Kami gerak ke kampung pagi 10
Zulhijjah (dengan niat sempat solat sunat raya di Jementah, tapi takdirnya tak
sempat). Sampai kampung lebih kurang jam 9.
Terjenguk-jenguk juga
ummi ni akan gigi si kecil, kot-kot mahu tumbuh, tapi belum ada. Alhamdulillah
Allah izinkan Khadijah sembuh. Sepanjang dua hari, biasalah anak ummi memang
memerap sepenuhnya dengan ummi, peluk tiada mahu lepas. Sambung pula cuti
panjang lepas tu.
Khadijah makin bijak
meneroka anggota tubuhnya, menggapai-gapaikan tangan mahukan sesuatu, atau mahu
ummi ambil beliau. Mula memegang dan mengorientasi objek menggunakan tangan dan
jari. Kadangkala ramah mulut beliau ‘berbicara’. Suka main janggut ayah, (main=
tarik) rambut ummi atau abang-abangnya. Pandai memusing badannya, mahu atau
tidak mahu dengan seseorang. Senang tersenyum dan tertawa.
Belum mahu duduk,
tapi suka berguling-guling. Yang paling seronok tengok jika ummi ada di sesuatu
tempat beliau nampak, Khadijah akan berguling sehingga tiba ke ummi, dan buat
aksi meruntun jiwa minta ummi ambil beliau.
Sangat suka menggosok
mata, telinga dan belakang kepala sewaktu mengantuk mahu tidur.
Untuk Khadijah, ummi
tidak pakaikan langsung sarung tangan sejak lahir, ummi pastikan kukunya
sentiasa pendek (ada juga terlepas calar balar itu), semenjak 2/3 bulan ummi
dah tak bedung dirumah (masih bedung di rumah pengasuh), ummi kurangkan
pemakaian stoking di siang hari dan juga barut. Saja ummi nak ‘stimulate senses’
Khadijah awal. Ummi insyaAllah nak lambatkan pengenalan makanan pepejal pada
beliau (ummi pemalas ye kata orang hehe), mungkin mula pada setahun lebih, macam abang aliff dulu. InsyaAllah,
dengan doa Allah cukupkan susu ummi sehingga beliau 2 tahun. Buat masa ini
Alhamdulillah Khadijah masih susu badan sepenuhnya, walaupun ummi rasa banyak
bezanya dengan abang-abang dahulu, namun, doa ummi, cukup untuk Khadijah. Buat masa
ini, Khadijah hanya minum 8 auns sehari di rumah pengasuh. Di umur ini, Amir
minum 25 auns sehari, Aliff minum 10 auns (tetapi ‘balas dendam’ di rumah).
InsyaAllah berat Khadijah adalah 6kg lebih menghampiri 7kg di kala ini. Sewaktu
memerap dengan ummi, banyak juga Khadijah menyusu Alhamdulillah. Kadangkala
hingga 3 / 4 kali juga trip menyusu waktu malam. Bangun awal-awal pagi,
tersenyum-senyum pada ummi tunjukkan gusi. Cukup tidur dan kenyang perutnya, Khadijah
amat pemurah dengan senyuman.
Abang-abangnya juga
insyaAllah boleh juga diharap bermain dengan Khadijah tika ummi ada
perkara-perkara penting untuk diselesaikan. Moga kelak jadi ‘bodyguard’ Khadijah
setelah ayah.
Doa ummi, Allah
jualah yang menjaga kehormatan kalian bertiga, terhindar dari maksiat dan
segala niat dan perbuatan mazmumah insan, sehingga akhir hayat kalian. Ameen..

1 comment:
ummi jr. :)
Post a Comment