Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 18 August 2017

Minyak oh minyak

Bismillahirrahmanirrahim

18 Ogos 2017 / 25 Zulkaedah 1438

Kereta dihidupkan. Proton saga manual lama ehsan syarikat beri pinjam untuk kegunaan sendiri. Kelihatan ikon tangki minyak itu bernyala padam bernyala padam. Dari semalam sebenarnya.

Destinasi tengahari, hantar dua orang murid, ke kedai beli gula perang dan kedai bunga beli zip (ini kerja ibu yatilah, ummi belum lagi). Singgah ke stesen minyak sebelum ke kedai bunga.

Harga tertera di tangki minyak diamati. 2.15 seliter. Mula mencongak dalam kepala. Nak isi 10 liter? RM 21.50. Peluh dingin panas mengalir di dahi dan di hati. Nak isi 5 liter? Baru sepuluh ringgit lebih kan. Tapi kemana saja sampai 5 liter itu? Esok lusa kelak bakal kering juga tangki itu.

Oklah. "Dik, pam 4, 10 liter!". RM20.15 tepat diletak atas kaunter. Sambil menangis dalam hati mengingatkan baki wang dalam beg dompet.

Sekian cerita minyak hari ini.

No comments: