Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 9 November 2017

Rezeki dan Hidayah

Bismillahirrahmanirrahim.
09.11.2017 / 20 Safar 1439

Perkongsian kuliah – tentang Rezeki dan Hidayah

Ayah yang baik menyampaikan sedikit sebanyak isi kandungan kuliahnya. Tentang Hidayah, Rezeki.

Dua ini, kata ustaz, adalah ketetapan Allah yang muallaq (tergantung/berubah).

Sebab itu, jika ada saudara seagama kita, yang melengahkan tuntutan Allah dengan ayat, “Seru/Hidayah tak sampai lagi” itu, konteksnya tidak berapa tepat kerana hidayah itu sudah ada, cuma perlu diJEMPUT. Ingat tak akan buku “Mudahnya Menjemput Rezeki”? Tepat penggunaan istilah itu.

Jadi, seperti yang kita maklum, cara-cara untuk menjemput kedua itu. Usaha, Doa, Tawakal. Berusaha untuk berubah lebih baik. Berusaha untuk mendapat hidayah. Berdoa. Sungguh indah aturan Ilahi.

Tambah ummi, jadinya untuk kes orang yang mendapat hidayah secara drastik itu, sudah pasti insyaAllah ada insan mulia yang mendoakannya.


Jom kita. Berusaha dan Berdoa. Usah jemu. Usah putus asa. Mujahadah. Istiqamah. Allah kan ada. Itu tujuan akhir kita...Allah dan Rasul. Apa lagi lain-lain itu yang kita gusarkan, yang kita kejarkan, yang kita sibukkan??

P/S : Hari ini hari lahir ibu yati, sahabat syurga ummi insyaAllah..Semoga beliau beroleh kebaikan dunia dan akhirat, beroleh anak-anak soleh dan solehah, berbahagia hingga ke jannah bersama suami tercinta. Be strong kak! 

Pesanan dari Pencipta kita :-

“Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, seperti hujan yang tanam-tanamannya mengagumkan para petani; kemudian tanaman itu menjadi kering dan kamu lihat warnanya kuning kemudian menjadi hancur. Dan di akhirat (nanti) ada azab yang keras dan ampunan dari Allah serta keridhaan-Nya. Dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu” (QS. al-Hadîd [57]: 20).

InsyaAllah. Tanamkan dalam jiwa kita. 



2 comments:

humble.yat said...

Insya Allah..

sama sama kita terus usaha untuk menjemput hidayah dan rezeki..
nak maintain istiqamah yg sukar kak huhu
lemahnya iman ini T.T

All about a journal said...

insyaAllah yati...sama la akak pun...ameen...