Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 14 December 2017

Sangkaan-sangkaan baik.

Bismillahirrahmanirrahim.

14/12/17 (25rabiulawwal1439)

Hehe tudia tajuk. Kita sembang santai je kali ni. Just pastikan semuanya di eja penuh. (ya mata ummi ni ada sikit, sikit jela, allergic ngan perkataan-perkataan yang dipendekkan sehingga menjejaskan kebolehan ummi speed reading). Haha. Ala-ala superman kene cucuk dengan kryptonite gitu.

Ok jom kita bercerita sementara teringat.

*Satu hari dalam perjalanan pulang dari kampung menuju ke rumah sendiri*
Aliff : ummi, kita nak pergi mana pulak ni?
Ummi : balik rumah kita laaa
Aliff : ooobukan nak balik kampung?
Ummi : kita kan baru je balik dari kampung, jomlah balik rumah kita pulak, esok kan sekolah, ummi kerja. (mengajak anak kembali ke reality yang ummi pun rasa berat hati hehe).
Aliff : oolepas tu, kita pergi syurga?
Ummi dan ayah : HAA? (bercampur baur perasaan tau, dahlah tengah drive gitu bila anak kecil cakap macam tu kita mulalah bayangkan macam-macam, tu kalau jadi apa2 anak-anak syurga ummi tu memang semuanya masuk syurga, ni ummi ayah ni keluar peluh dingin sejuk panas beku cair tau.).
Ummi : InsyaAllah aliff, kita semua nak pergi syurga, tapi ingatkan apa yang ummi pesan untuk masuk syurga?
Gitulah salah satu dialog anak soleh ni. Sebenarnya ummi perhatikan aliff ada beberapa kali juga tanya bila nak pergi syurga. Mungkin banyak sangat restriction kat dunia ni kan? Atau dah terkesan indahnya cerita syurga kan?

*Satu hari dalam perjalanan singkat ke Tadika menghantar amir dan aliff*
Amir : ummi, teacher I katakan, dia nak pergi work sama dengan ummi..
Ummi : oh iyeke?
Amir : A’ah. Dia kata tempat / kerja ummi best.
Ummi : ooo
Tetiba aliff menyampuk dengan bersungguh-sungguh.
Aliff : abis tu macam mana dengan teacher Y?
Amir : tak, teacher I je nak keje ngan ummi. Teacher Y adalah.
Aliff : (masih bersungguh lagi ye) Yela, kesianlah nanti teacher Y tinggal sorang-sorang, teacher I pergi keje ikut ummi?
Amir : (berfikir sebentar) Takpelah, amir dengan aliff kan ada? Boleh tolong teacher Y kat sekolah.

Bayangkanlah ummi yang mendengarnya ini. Haha. Bercampur baur, tapi memang rasa sangat kelakar.
Ummi : lawaklah amir ngan aliff ni. Pandai betul amir ngan aliff ni. Dah turun pergi skool, amir tengokkan aliff yer.

Anak-anak soleh solehah. Jangan sekali kali kita ingat mereka semata-mata kanak-kanak. Kadangkala pemikiran mereka, kita sendiri tidak terjangka. Dan sebenarnya dalam cerita di atas, teacher I tidaklah berkata sedemikian, mungkin beliau hanya berkata tempat keje ummi best, tetapi ditafsir oleh anak-anak sebagai, nak pergi kerja kat tempat ummi (sebab best kan?) hehe.. Oleh itu, sentiasa yakin dengan kebenaran kata anak-anak, Cuma, kita kena luaskan persepsi atau konteks dalam menilai cerita anak-anak. Kita kena analisis cerita anak kita dari setiap sudut kebarangkalian yang ada. Jika kita terus melompat menuju kesimpulan, mungkin banyak rentetan perkara negative atau yang tak sepatutnya, menimpa.

Contoh?

Ummi, tadi kan syed (bukan nama sebenar) pukul saya.

Ok kita bawak bertenang (selagi bukan di ruang kecemasan, mungkin boleh la kita cemas) dulu. Tengok kebarangkalian yang ada :-
1. Syed tidak sengaja pukul anak kita.
2. Ada orang lain yang tolak tangan syed sampai ke anak kita, maka nampak macam syed pukul anak kita.
3. Syed mungkin hanya bergurau agak kasar, anak kita tafsirkan sebagai pukul.
4. Kadang-kadang, mungkin orang lain yang pukul orang lain, anak kita ulang balik dialog itu, tetapi dia ubah kepada nama dia dan syed. Ini pun ada kemungkinan ya.

Apa jadi kalau kita terus kepada kesimpulan memang syed pukul anak kita dengan sengaja dan kuat??Kita akan terus fikir yang terdapatnya kes buli di sekolah anak kita. Gengsterisme. Violence.  Kita akan fikir yang teacher tidak menjaga elok-elok anak kita padahal kan, kita kena ingat, Allah nak bagi terjadi sesuatu perkara tu, dalam tempoh kelip mata pun boleh jadi ya.. Dan every kind of bad thought that we could pull off. Itu yang ummi kata banyak rentetan perkara negative yang akan menimpa. Meroyan kat facebook. Kat group whatsapp. Kat orang lain.

Hehe. Padahal kadang-kadang benda tu simple je. Why so serious? Satu dua parut, luka, lebam. Anak tu nak membesar jadi orang kan? Asalkan semuanya within our control, it’s okay.

Ok, ummi asalnya nak bercerita kan? Tapi ternyata ummi dan membebel berpisah tiada. Bebelan di papan kekunci memang ummi suka. Maaf ya.

Itu satu contoh mudah. Banyak lagi kejadian sebenar, yang bila kita cuba bersangka baik, insyaAllah semuanya akan ok. Count our blessings instead of our sufferings.

Contoh lagi ya. Ada satu kereta cilok kita dengan huru hara dan merbahaya.

Sangka baik : Isterinya nak bersalin, (anak pertama pulak tu, dah tunggu sepuluh tahun lagi),  pemandunya sakit perut tak tahan nak ke tandas, atau ada penyakit batu karang tak boleh tahan kencing, atau dia baru balik dari kerja 48jam tanpa tidur, atau dia nak pergi hantar deadline tender bernilai 2juta yang orang lain usahakan, atau memang kereta kita dalam kawasan blind spot (titik buta) dia, atau ada ahli keluarga emergency perlukan dia sesegera mungkin.

Banyakkan? Atau kita boleh terus maki hamun atau naik segala jari kat dia. Atau kejar dia balik untuk tunjukkan kemarahan kita.

Apa kita dapat?

Setiap orang ada struggle masing-masing, they do not deserve our bad words. Be nice. If you don’t have any nice words to say, then just stay silence.

*Kecuali yang memang terang-terang bukak cermin tingkap kereta buang sampah sarap. Ummi memang takde sebarang sangkaan baik untuk yang jenis ni.*

Heheh macam lari topik pulak. Tapi harapnya dapatlah apa yang ummi nak sampaikan. Baik untuk konteks anak-anak kecil, mahupun konteks dengan yang dewasa.


Okay, till we meet again. Moga bermanfaat dan dimanfaatkan. 

Ps : ummi memang banyak menulis tentang hal sebegini sebab, ummi sesak dada tengok karenah orang zaman sekarang. Ada sikit isu, tengoklah komen-komen kat bawah panjang berjela. Ada yang terus menghukum, ada yang berkata sesedap rasa. Yang hanya pandai berkata (menulis) tanpa merasa. Bayangkan generasi yang dibesarkan mereka. Ya Allah kasihanilah kami, selamatkanlah iman dan islam kami. Penuhi hati-hati kami dengan cinta dan gentar kepadaMu dan hanya kepadaMu. 

2 comments:

humble.yat said...

setuju sangat,, every person has their own struggle..
sakit mata juga tengok org sekarang, mudah melatah tanpa berfikir..
outspoken boleh tapi biar bertempat...

All about a journal said...

kan...sebab dah ada kemudahan keyboard, dan keistimewaan orang tak kenal, maka sewenang-wenangnya menulis tanpa berfikir...padahal setiap tulisan setiap ayat, ada malaikat kiri kanan mengawasi.
samalah akak pun.. ada apa2 salah mohon tegur ya...