25 Disember 2018
Sempat ummi meluangkan sebentar masa bersama bapak (ayah mertua ummi) yang sedang menoreh getah. Cara bapak menoreh getah itu santai, bila ummi menunjukkan minat bapak pun bercerita tentang menoreh getah.
Kata bapak, "menoreh ni ada seni (sambil buat demo), tak boleh kuat sangat nanti makan dalam dan tak banyak kali boleh toreh, tak boleh perlahan sangat, nanti tak keluar pulak getah. Kalau kita toreh betul, boleh tahan hingga 25 tahun pokok getah itu. Makin sampai ke dalam makin banyak getahnya. Pisau macam mana canggih pun, tetap kena ada ilmu menoreh, bapak dah banyak nampak orang toreh tak betul. Kalau pokok 'luka' dah tak boleh toreh getah."
Ya, amir ada kapak pokok getah atuk, nampak lukanya seakan kolam kecil, dan pokok itu sudah tidak boleh ditoreh.
Cerita bapak lagi "kalau kita biasa menoreh, jadi senang. Dalam dua jam bapak boleh habiskan dekat 4 / 5 ekar kebun getah. Semasa menoreh tu bapak dah sampai jepun, amerika.. makkah pun dah sampai.. BERANGAN!!!" Haha yang ini umi gelak kuat.. "Pernah haritu, ada ular lalu tepi bapak (ular tedung selar hitam 😭😭).. eh kau ular, ha dah pergi jalan aku tak kacau kau.. elok je dia pergi ular tu. Selalu binatang2 ni tak kacau kita tak kacau dia.. kita ni nak carik rezeki.."
"Satu cawan getah ni dapatla 50 sen.. kalau musim hujan, air masuk tolak getah tu ke atas.. jadi tak banyak dapat.."
Begitulah secara ringkas tutorial getah umi dapat sebelum makan tengahari..
No comments:
Post a Comment