Bismillahirrahmanirrahim. Assalammualaikum.
Rupanya taqdir Ilahi, sehari selepas entry 9 Disember 2020 itu, Alhamdulillah baby keempat ummi selamat dilahirkaan. Syukur sangat kepada Allah.
Nama : Ayman Husein (memang kuat nak nama husein / husna)
Kelahiran : 10/12/2020 ; 7.30pm ; SVD ; 3.2kg di HIAZ (Azzahra).
Sunnah : Nama, cukur botak, aqiqah (hari ke 7), dan khatan (hari ke 21). MasyaAllah. A lot of debate on executing some of the above, regarding cost mostly, but it’s just umi had a strong will to execute it all. Ummi worked so hard for about 5months during pregnancy, babysitting, just so to afford delivery and all the sunnah. Also Alhamdulillah for the iLestari (kwsp withdrawal) at that time. So, jalan terus..
Rekod anak keempat di HIAZ, umi dapat hadiah beg pink 😘.
Dan atas kekangan suasana Covid yang melanda (antara faktor utama la), kali ini memang umi pantang sepenuhnya sendiri tanpa lawatan sesiapa. Tokma tokbah bersama cikfarah dan keluarga melawat day trip pada 26 Disember merangkap pelawat ketiga. Yang pertama teacher Ina (teacher tisas merangkap adik ipar), beberapa minggu selepas bersalin. Kemudian sahabat2 umi, mama maya dan acik ina, Alhamdulillah.
Keempat, Atok dan nenek, pada 29 dan 30 Disember (tidur rumah maman emi dan bibik ina), sekali sekala melawat kami. Faham dengan ‘kelemasan’ di rumah kami ni, dimana hampir semua bertutup langsir, tiada penyaman udara (sebab rumah bawah, untuk penjagaan aurat kami).
Itu sahaja. Hari-hari biasa, ayah dah mula kerja hari ke8 umi berpantang, dengan anak3 dan semuanya sendiri. Rezeki juga umi dapat 5 hari berurut dengan CL Azrah yang best.
Hari ini dah hari ke 46. How time flies. Ummi dah sandang Ummi anak 4.
Sekian entry laju di pagi isnin.
Moga keampunan dan keberkatan dari Allah ya Qawiyy ya Rahman bersama kita semua. Ameennn.





1 comment:
Love you alwayzzz. Thanks to Allah for those wonderful kids we have. XD
Post a Comment