Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Wednesday, 9 December 2020

UMMI @40TH WEEK 4TH BABY

09 Disember 2020

Rasanya ini yang pertama pecah rekod abg2 dan kakak. Jom imbas tarikh2 abang dan kakak.

 

Amir Hamzah :-

Due :  3 Jan 2011 (ikut kiraan tarikh LMP)

30hb Dis dah start contraction. Lahir pada 1 Jan 2011. Awal 2 hari.

 

Aliff Hakim :-

Due :  21 Jun 2013 (ikut kiraan tarikh LMP)

16hb Jun dah start contraction. Lahir pada 17 Jun 2013. Awal 5 hari.

 

Khadijah Humaira' (Dr risau possibility IUGR so induced awal) :-

Due :  07 Mac 2017 (ikut kiraan tarikh LMP)

24hb Feb dah induced and contraction. Lahir pada 24 Feb 2017. Awal 2 minggu.

 

Baby soleh ni :-

Due : 09 Dis 2020

Hingga hari ini (9 Dis 20) masih belum ada tanda yang pasti.

Sajala umi cerita buat tatapan masa hadapan. Kali ini katanya ummi GDM (on diet control only), ikut doktor semua tak boleh sehari pun lewat dari EDD. Jadi pada 8hb Dis semalam, ummi ayah pun pergilah ke Azzahra, untuk mendapatkan pandangan Dr Fazlina (doktor untuk ketiga-tiga anak sebelum ini).

Prosedur ultrasound macam biasa dibuat, Alhamdullillah kepala baby engaged, air ketuban cukup, anggaran baby 3.3kg macam tu. Kata doktor, baby umi ni tak besar, tapi tinggi orangnya hehe. Lepas tu doktor minta izin buat prosedur stretch and sweep servix tu. Umi ikutkan saja sebab kot mana pun kalau exceed tarikh still kena induce. Doa ummi biarlah normal takyah induce tapi Allah yang menentukan segala kan. Prosedur tu lebih kurang macam ni :-

 


Kata doktor servix ummi masih tebal dan tinggi (tiada tanda nak bersalin la ringkasnya). So antara lain prosedur ni macam induce manual tanpa ubat, harapannya akan mencetuskan kontraksi. Rasa a bit tak selesa tu biasalah, taklah sampai sakit sangat, tapi rasa jugalah sengal sehari tu. Following effects, there's blood and brown spot afterwards, and irregular & quite intense cramping, for me.

Selepas itu doktor review balik tarikh ummi, katanya (kiraan manual beliau) EDD umi ikutkan 11 Disember 2020. Jadinya doktor bagi lagi 2 hari untuk apa2 terjadi, dan serah diri pada malam 10 Disember untuk di'induce' pada 11 Disember tersebut. Risau juga bab bill tu, tapi insyaAllah Allah knows better.

Come the next day (today-9 Dis 2020), ummi rasa macam biasa dah. Adalah a bit Braxton Hicks yang biasa-biasa tu. Anak3 ke tadika hari ni, umi dan ayah berjalan. Like literally berjalan di The Atmosphere tu. Pusing kawasan, main dam ular besar atas lantai (kita sebagai buah damnya) dengan ayah, dan team ummi baby menang (oyea). Buat stretch sikit kat dinding (sebab takde orang kan). Singgah pusing-pusing kat 2co pula cuci mata. Balik rumah. Dan sebelum2 ni ada juga ikhtiar makan nenas, air kelapa and so on.

Hingga kini, masih berdoa untuk yang terbaik dari Allah ya Bari', ya Hafiz.

No comments: