Amir ni kalau diperhatikan, boleh tahan jugak ragamnya..
Mula2 menangis malam2..kadang2 menangis tanpa diketahui sebabnya..
Kadang2 bila berjaga lama sangat, maka beliau akan menangis bila nak tido tu..tak nak puting, taknak nenen…ha bila dah penat sangat baru nak nenen..
Bila dia meragam itu, matanya adalah pejam ala2 separuh sedar…
Kesimpulan yang ummi dan ayah buat, amir ni nakkan perhatian ummi ayah, sebab siangnya dia Alhamdulillah adalah budak baik apabila bersama pengasuhnya…jadi takpela, layankan aje..
Cuma biasalah hati seorang ummi, bila tengok dia menangis, kadang2 rasa ‘helpless’..
kadang2 berdoa, ‘Ya Allah, jika amir ini menangis kerana sakit di mana2, maka pindahkan saja sakit itu padaku ya Allah..’
doa lagi..’ya Allah ya Mujib..sembuhkan dan sihatkan amir ya Allah…kasihanilah amir ya Allah..’
bergenang air mata…biasalah, hati seorang ummi…
Tapi, amir ada satu habit yang dia telah tunjukkan tak lama lepas dia lahir…iaitu senyum sebelum tidur.
Bila dia dah dekat nak lena, automatik amir akan senyum..
Di kala hati ummi tengah tak keruan…
Senyum itulah penawar hatiku…
Terima kasih ya Allah atas anugerah ini…Semoga aku tergolong dalam golongan hamba-hamba Mu yang bersyukur…
Inilah senyuman amir sebelum tidur…
1 comment:
betul tuh za..
mmg kalau boley tak nak anak sakit..huuuu
rasa kesian sgt kan...
Post a Comment