Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 25 March 2011

Semangatku

Assalammualaikum...salam Jumaat...

Mari kita lihat apa menu untuk hari ini..bukan menu santapan jasmani..tetapi rohani...

...Bila Kau memandang segalanya dari Tuhanmu, 
yang menciptakan segalanya, 
yang menimpakan ujian, 
yang menjadikan sakit hatimu, 
yang membuatkan keinginanmu terhalang, 
serta menyusahkan hidupmu, 
pasti akan damailah hatimu kerana 
masakan Allah sengaja mentakdirkan segalanya untuk sesuatu yang sia2, 
bukan Allah tidak tahu deritanya hidupmu…
retaknya hatimu..
tapi mungkin itulah yang Dia inginkan kerana Dia tahu 
hati yang sebeginilah yang selalunya lebih lunak dan mudah untuk dekat dan akrab denganNya…

Ya Allah...jadikanlah hati ini hati yang mudah tersentuh keranaMu ya Allah...


No comments: