Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Friday, 18 March 2011

Semoga kita tabah

Semoga kita tabah melayari jalan cerita sebuah kehidupan..
semoga sentiasa sebuah kekuatan menemani jiwa di kala resah
memujuk hati di kala gelisah...
Pasti setiap kisah yang dilakar Ilahi mempunyai erti tersendiri...
Di kala diri tertanya mengapa dan mengapa..
Sebuah realiti itu menjadi kabur di pandangan mata..
Kadang2 sinaran pengajaran itu menjadi sia-sia..
Terbentuklah perasaan yang tidak sempurna..

Lama waktu berlari melewati
Ketika sebab musabab yang dicari
Ketika situasi melukai nurani..
Baru kita tersentak menyedari yang terjadi
Rupanya
Mencari dengan nisbah akal dan iman
Kiranya lebih mendamaikan dari memenangkan perasaan
Yang sentiasa berpetunjukkan nafsu
Tiada belas..tiada kata..tiada apa..
Hanya cuma mengulit sayu…
Hanya cuma melirih sendu..

Atas perbatasan ini..
Walau ku tidak mencoretkan sesuatu yang mempesona
Yang bebas dari kisah kelam pincang irama
Namun hati ini ingin berkarya…
Selama mana sentuhannya ada..
Sepertinya kadangkala jiwa terkesima
Sepertinya kadangkala hati ini mencelah
Semoga kita tabah…dan istiqamah..

Dari diri yang kadangkala jauh dari berjaya menjadi sempurna…

No comments: