Assalammualaikum..
Maafkan ummi terlambat post entry wajib ni. Dah nak masuk 10 bulan pun amir ni. Sebetulnya, terasa bahawa entry ini adalah panjang. Sempena masuknya ulangbulan ke-9 amir, Ummi nak ceritakan serba sedikit pengalaman ummi selama sembilan bulan membawa amir di dalam perut. Siapa tahu, ada rezeki mungkin amir boleh baca satu hari nanti..
29 November 2009 (12 Zulhijjah 1430)
Tarikh majlis keraian pernikahan ummi dan ayah pada hari sebelumnya (28 november 2011). Alhamdulillah pada hari pernikahan, yang dibuat di Masjid Al-jamiul Makmur, dengan sekali lafaz, sah ummi menjadi milik ayah, dunia dan akhirat insyaAllah.
20 Disember 2001 (03 Muharam 1431)
Majlis menyambut menantu di sebelah pihak keluarga ayah. Pun, Alhamdulillah berjalan dengan lancar.
-Selingan-
Kawan baik ummi, ummu wafiy pun bernikah seminggu lepas pernikahan ummi.
Januari 2010
Ummi masih datang bulan macam biasa. Biasalah mengharap seperti pasangan lain. Kebetulan ummu wafiy pun dah disahkan mengandung masa ni.
Februari 2010
Masih datang bulan macam biasa juga. Lambat beberapa hari. Takpe ummi ayah masih bersabar dan berusaha.
Mac 2010
Lambat sikit datang bulan. Tapi dah semangat buat pregnancy test. Sebab ummi rasa semua tanda-tanda tu. Loya, tak sedap badan. Memang ummi ingat dah lekat kali ni. Dekat 3 stripes habis untuk test. Tapi keputusannya masih negative.
Tapi datang bulan untuk kali ini, sakitnya luar biasa. Ummi terfikir, adakah rahim ini di’cuci’ untuk menyambut kehadiran baby? Allah jua yang mengetahui.
April 2010
Lambat juga datang bulan kali ini. Lambat dalam 3-4 hari, terus ummi tarik ayah sekali buat pregnancy test (hehe..).
ALHAMDULILLAH…rasa macam mimpi bila lihat jalur pertama dengan jelas, diikuti dengan jalur kedua. Segera ummi dan ayah bersujud syukur dengan rezeki, amanah pemberian Allah kali ini. Akan di jaga sebaik mungkin, itu azam kami.
Hari berikutnya, ummi buat lagi test..Syukur..masih lagi 2 jalur..(ha? Heheh…)
20 – 27 April 2010
Ummi ditakdirkan ada meeting di Berlin, Germany. Kebetulan masa ni ada rezeki sikit, lepaslah untuk tiket ayah ikut sekali. Kira ni honeymoon ummi dan ayah di Berlin, sebab meeting cuma 22 hingga 23 april sahaja.
Ummi pergi jumpa doctor, pastikan kesihatan ummi untuk berjalan jauh. Doktor Fazlina, dekat Pusat Rawatan Islam Az-zahrah, ada bagi ummi ubat kuat rahim (lupa dah namanya) untuk di makan sepanjang ummi travel.
Alhamdulillah, alahan ummi macam biasa, loya, muntah. Loya adalah pada setiap waktu, jadi selera makan memang turun mendadak.
Mei – Disember 2010
Tarikh jangka bersalin ummi, kalau ikut kiraan LMP (Last Menstrual Period) adalah pada 2 Januari 2011. Tapi kalau ikut scan ultrasound yang ummi buat tiap2 bulan, adalah pada 30 Disember 2010. Ummi tak kisah bila sekali pun, yang didoakan adalah anak ummi ni lahir sihat dan sempurna.
Sepanjang tempoh ini, ya, ummi dah merasai pengalaman dan cabaran mengandung.
Awalnya:-
- Loya setiap hari
- Kadang2 muntah di waktu petang
- Tak boleh masuk dapur (tak tahan bau kat dapur)
- Mood swing tu usah ceritalah (Alhamdulillah dapat ayah yang memahami dan sabar)
Pertengahannya:-
- Pertambahan berat yang agak susah dan tak stabil
- Semangat berkobar2 untuk breastfeed
- Setiap hari membaca perkembangan tentang baby dalam perut
- Pergi scan masa kandungan 7 bulan, dan Alhamdulillah doctor berkata “ Alhamdulillah saya nampak semua yang saya mahu nampak, dan saya tak nampak apa yang tak patut nampak.”
- Dan ummi ayah pun tahu bahawa dalam kandungan ini adalah seorang mujahid.
Masuk bulan September, Oktober dan Disember, debaran makin memuncak kerana ikutkan ilmu manusia yang cetek ini, kelahiran boleh berlaku seawal 7 bulan usia kandungan. Ummi pun dah tak berapa drive sangat lagi, sebab KID tu pun manual dan takde power stereng.
Makin akhir kandungan ni, sakit belakang pun bertambah. Ummi juga merasai Coccyx pain (tailbone pain), di mana kalau ummi duduk lama sikit, rasa sakit sangat2 di kawasan tailbone.
Sakit kaki pun bertambah, malam2 ayah itulah yang tolong urutkan. Masa urut tu rasa lega yang tak boleh cerita.
Masa mengandung ni, bibir ummi kering sangat...selalu je merekah-rekah..Tapi alhamdulillah lepas bersalin je dah ok..
Masa mengandung ni, bibir ummi kering sangat...selalu je merekah-rekah..Tapi alhamdulillah lepas bersalin je dah ok..
Kalau bercakap tentang mengidam, ummi punya selera takde yang pelik2. Seingat ummi, pertama kali ummi teringin adalah air soya panas yang dijual di pasar malam. Spesifik kan? Selain itu ada sikit nak big apple, durian, secret recipee, masakan tokma dan benda2 lain yang biasa. Alhamdulillah takdelah ayah pening nak mencari buah salak ke, daging rusa ke kan…
Ni gambar ummi pregnant. Perut ummi tak nampak pun sangat...mungkin anak pertama kan, perut tebal ka apa orang kata.
Ni gambar ummi pregnant. Perut ummi tak nampak pun sangat...mungkin anak pertama kan, perut tebal ka apa orang kata.
Sampai ke penghujung entry…
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Pada 01 Januari 2011, Amir lahir ke dunia..
Lahir sebagai tanda kasih sayang ummi dan ayah…
Lahir sebagai amanah terpikul atas bahu kami…
Lahir sebagai penyambung generasi Mujahid dan Mujahidah Islam, Biiznillah…
Pada tarikh ini, 01 Oktober 2011, genaplah Sembilan bulan pula Amir di luar perut ummi…di dunia yang fana ini…
Nanti ummi cerita lagi pengalaman ummi melahirkan Amir, ya…
Semoga Amir membesar sihat dan sempurna, bakal pemimpin ummah yang bertaqwa…ameennn….



2 comments:
i love this entry so much :)
so lovely.
Glad you love it...me too!
Post a Comment