Sekarang ni musim selsema batuk kan? Samalah amir pun.
Awal bulan Oktober amir selsema, tapi dalam seminggu tu alhamdulillah dia baik sendiri.
Beberapa hari lepas tu amir kena lagi selsema dan batuk. Dengar kahak yang menggelegak dalam dada dia.
Dan pada hari khamis 20 Oktober tu, malam masa ummi dan ayah pergi KLIA tolong ambil kawan ayah balik dari Kota Kinabalu, ummi perasan yang telinga amir dah keluar nanah.
Lama dah sebenarnya amir tak kena macam ni, yang akhir pada bulan Ogos tu. Masa tu seminggu ummi cuti temankan amir.
Kali ini, setelah berbincang-bincang, keputusan kami tak ambil ubat. Sebab kali terakhir pun, doktor dah bagi antibiotik yang agak kuat. Kali ini? Belum pun amir setahun, dah macam-macam ubat kena makan. Kesian jugak kat dia.
Kali terakhir amir kena, ummi ayah bawa amir jumpa pelbagai doktor, dan ini kesimpulannya :-
1. Doktor klinik pakar kanak-kanak : Dah bagi antibiotik yang 'up' sikit, sebab makan antibiotik lama tu masih telinga keluar nanah lepas dah baik. Kata doktor ni, baik pergi ke pakar ENT.
2. Doktor klinik An-Nur : Pun bagi ubat-ubatan, nasihatnya suruh ambil suntikan tambahan untuk lindung amir. Tapi bila tanya mama/doktor lain, kata tak payah. (Complete dos almost RM 600.oo)
3. Doktor pakar kanak-kanak dan ENT di Hospital Pakar Ampang Puteri : Doktor ini lagi best, dia suruh ummi berhenti kerja. Katanya penyakit seperti ini hanya berlaku pada baby yang di jaga orang lain.
Itu yang dekat dua minggu ummi cuti/ bawa amir ke office tu.
Ummi ikhtiarkan madu je kali ini, dengan doa yang tak putus-putus agar Allah sembuhkan amir.
Setakat ini perkembangan amir masih normal; main, makan, gelak, dan sebagainya. Tiada lagi rengekan atau kerengsaan ditunjukkan. Kalau amir berubah mood ja, insyaAllah ummi dan ayah segera ke hospital ye nak.
| Psstt..sila abaikan pemandangan belakang... |
| Amir suka sangat gigit tangan ayah |
| Amir dalam bakul...happy yeah!~ |
Ya Allah sembuhkan amir Ya Allah...Kasihanilah dia... Ameen....
No comments:
Post a Comment