Sekejap je terasa dah masuk bulan Oktober. Lagi 2 bulan Amir akan meraikan ulangtahun kelahirannya yang pertama. Iaitu pada 01 Januari 2012 di mana dengan rasminya Amir memberi cuti umum kepada semua orang untuk menyambut hari lahirnya. Hehe...
Banyak ummi terhutang entry ni. Entry amir sembilan bulan, entry cerita amir pada usia lapan bulan, semuanya masih ada dalam bentuk draft. Entah bila boleh publish.
Masuk ja hujung tahun ni, banyak pulak perkara demi perkara terjadi. Kerja dah tentu2 menimbun.
Perkara baiknya, ummi dah dapat balik kancil (KID diberi nama). Mokde yang tinggal bersama kami sejak dari mula kerja pada Mac 2011 telah berpindah ke rumah sewa yang lebih dekat dengan tempat kerjanya. Oleh itu ummi dapat balik KID. yay, happy.
Bila dapat je KID, otomatik banyak la tempat kena pergi..sebelum ni kena tunggu kena dengan jadual orang lain untuk tumpang. Sekarang, start je enjin. Tapi tula nak dapatkan balik momentum driving
Selain itu, InsyaAllah jika tiada aral melintang, pada raya haji ni, maka lunaslah hutang akikah ummi dan ayah pada amir. Orang kampung nak buat korban, amir masuk dua panggu. RM 350 setiap panggu untuk seekor lembu. Pun semoga di lancarkan urusan itu.
Sekarang boleh kata tiap2 hari ayah yang mandikan amir. Ummi rasa happy sebab boleh lah buat benda lain waktu tu. Pada ummi, bagus jugak ayah mandikan anak ni untuk lebih rapatkan hubungan ayah-anak. Sebab ummi tentu2 dah menyusukan amir secara badan (ayat macam pelik ja?), hubungan tu insya Allah dah memang erat sebab setiap kali anak menyusu, anak itu akan merenung dan meng'install' muka umminya.
Alhamdulillah.
| Guten Morgen (Good Morning!) |
Nanti ummi update lagi yer, biiznillah.
No comments:
Post a Comment