Assalammualaikum
Entry ni, di copy paste, dan sedikit diolah dari entry sahabat, rasa macam sesuai dan sangat berguna untuk kehidupan seharian kita.
Soal hati. Hati kalau mudah terasa, akan jadi payah. Cepat berkecil hati. Hati juga akan jadi tak sihat. Bukan mudah untuk kita manusia berfikiran positif. Saya juga sering tewas dengan soal hati & fikiran positif ini. Namun saya pegang pada kata-kata ini
‘MENGECILKAN HATI ORANG ADALAH BERDOSA, BERKECIL HATI JUGA ADALAH BERDOSA. TETAPI LEBIH BESAR DOSANYA JIKA KITA BERKECIL HATI’.
Kenapa? jom soroti dialog antara ayah & anak.
Ayah: Jika seseorang hina kita, dia berdosa. Jika kita terasa hati dengan penghinaan dia, kita juga berdosa. Tetapi, dosa kita lebih besar dari dosa dia.
Anak: Uikk, tapi kenapa pulak? Kita tak buat apa-apa pun kan?
Ayah: Kerana orang yang menghina kita itu adalah peringatan daripada Allah.
Anak: blur*
Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang itu? Kerana itu adalah ujian daripada Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang tetapi kecil hati dengan Allah.
Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita..’Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu..’ dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain.. ‘Kesian kawan kita tu..budak tu dah banyak sakitkan hati dia..’ jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap..
Anak: termakan cili*
Kesimpulannya, jangan mudah terasa hati..Maknanya kita tak redha dengan Allah. Nanti Allah pun tak redha dengan kita.. Na’uzubillah..
“Maksudnya, Allah bagi kita ujian agar kita tabah apabila di hina macam tu, tapi kalau kita tak tabah, kita canangkan dekat satu dunia yang orang tu hina kita maksudnya kita tak redha lah tu. Seolah-olah kita menyalahkan Allah pula. Dosalah tu. Sepatutnya kita redha dan banyakkan bersabar.”
Dalam kehidupan seharian kita, pernah tak kita rasa yang kita ni bagus? Senang kata, dalam hati kita, orang tu tak betul, orang ni tak betul. Kita je betul. Pernah tak rasa? Saya? Pernah jugak. Tipulah kalau tak. TAPIIIIIIIII.............serius benda ni sakit. Bila fikir-fikir balik, kenapa saya perlu rasa macam tu. Kan ni penyakit hati jugak. Kalau dalam psikologi, kita namakan Tingkap Johari.
Anda Ok, Saya Tak OK
Anda Tak OK, Saya OK
Anda Tak OK, Saya Tak OK
Anda OK, Saya OK
Mana satu pilihan kita?
Tulisan ini, bukanlah bermakna saya sempurna, perfect. Bukan mudah untuk jadi positif. Tapi berusahalah untuk jadi positif. Sebagai manusia biasa, memang akan wujud perasaan tu. TAPI, hindarkan dari merasa diri 'bagus'. Sebab sentiasa ada lagi orang lain yang lebih baik dari kita. Setiap orang ada kelemahan & kelebihan masing. Kalau kita rasa seseorang itu kurang bagus atau buat kerja tak berapa nak menepati piawaian seperti yang kita nak, ok, kita check diri kita. Kita ni ketua dia ke? Atau kita ni sama je jawatan / taraf dengan dia. Kalau kita ketua dia, dah jadi tanggungjawab kita untuk kita bantu dia. Dan kalau kita juga setakat sama je dengan dia, kita check jugak, kerja tu melibatkan kita tak? Kalau tak melibatkan kita, dan tak ganggu gugat urusan kita, jangan lah kita pulak lebih-lebih kutuk dia, kata macam-macam. Bila wujud perasaan itu, hati jadi sakit. tak sihat. mulalah anyam ketupat. Yang dapat dosa siapa? tepuk dada tanya iman dalam diri kita. Apa salahnya kalau kita bantu dia walaupun bukan tugasan kita. Bantu dia untuk jadi terbaik. Bukan kutuk / mengata belakang-belakang.
Kadang-kadang kita senang menjatuhkan pendapat sendiri terhadap orang lain. Nampak yang tidak kena teruskan penilaian di kata. Kadangkala lupa kita menilai diri sendiri. Sempurnakah diri hingga yang terlihat hanya kekurangan orang lain? Kekurangan sendiri? Sama-samalah kita berhati-hati, kerana lebih banyak aib dan kekurangan orang lain dibuka, lebih banyak lagi kekurangan dan aib kita dibuka Allah. Mana lebih dahsyat?
Saya pinjam kata-kata Ustaz Zaharuddin
Ini kata-kata sahabat. Kalau dalam kehidupan saya sendiri, memang hati yang dimiliki ini sensitif benar. Mudah terasa, mudah terguris. Tak salah memiliki hati sebegini, kerana ia mudah dimotivasikan.
Cuma apabila berada dalam situasi 'terasa' itu yang penting. Bukan sekali dua juga diri ini tersasar dalam bertindakbalas. Masa itu, sama ada sedih dan diluahkan kepada orang lain, atau berhenti sebentar berfikir. Patutkah begini, patutkah begitu? Sedaya upaya menyandarkan kesalahan ke atas diri sendiri dan bermuhasabah. Itulah rasanya sebaik cara.
| Nak juga selit gambar insan yang suci dari dosa ini.. |
No comments:
Post a Comment