Assalammualaikum
Di hening pagi2 begini, terasa pula hendak mencoret..
Tajuk adalah umum kerana sebenarnya tidak tahu apa yang khususnya...cuma terasa ingin menaip..
Ummi di opis...amir dah lena dari pukul 12 tadi...masuk tadi dekat 3 kali ummi ulang pergi nenen...
Sekarang tengah menanti dokumen yang di'print'...ada 72 mukasurat, 3 salinan.
Amir sekarang alhamdulillah sihat...telinganya pun dah kering tiada lagi bernanah..
Masih meniti dan berdiri, amir belum berani nak melangkah. Mulut makin comel berceloteh, pandai tunjuk benda, pandai tunjuk gigi dan nenen. Ya, dua perkara yang amir baru pandai tunjuk apabila ditanya.
Suka bermain, suka tengok nursery rhyme, suka tersenyum.
28hb ini adalah tarikh dimana semua kerja perlu dilakukan serentak. Hantar tender dan hadiri mesyuarat.
Selepas itu ayah akan ke JB sehingga jumaat. Lepas itu balik ke KL dan kami pulang ke kampung.
Hari-hari tanpa ayah, dan perjalanan jumaat yang panjang.
Gembira rasa hati, anak bujang akan menyambut hari lahir pertama beberapa hari saja lagi.
Hadiah sudah dibeli, kasut garfield untuk kaki. Semoga cepat melangkah berlari.
Doa ummi semoga Allah permudahkan segala urusan. Dan sentiasa mensyukuri nikmatNya.
Sekian.
p/s: Owh ummi harap dapat siapkan entry istimewa hari lahir amir. Dan entry percutian kami.
No comments:
Post a Comment