Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Thursday, 29 December 2011

Terasa baru semalam...

Assalammualaikum...

Ini adalah entry mengimbau masa lalu.

Terasa baru semalam..
Menangis sebab dah lama jadi 'adik', tetiba dapat adik baru...
Bergaduh dengan kakak dan adik2..
Duduk sempit-sempit tapi gembira dalam kereta tiap-tiap tahun masa pulang beraya di kampung..
Kelam kabut setiap kali dekat pukul 5 petang sebab rumah berselerak dan mama abah akan sampai tak lama lagi...
Berkawan..pergi tusyen..beli popcorn..naik bas sekolah..naik bas awam...

Terasa baru semalam..
Mengharungi peperiksaan-peperiksaan besar...
untuk setiap paper masa exam, mama akan bantu dari rumah dengan bacakan yasin..
Dapat masuk matrikulasi...

Terasa baru semalam..
Belajar berdikari di matrikulasi..
Belajar guna henset..internet...yahoo mail..

Terasa baru semalam..
Dapat tawaran ke universiti...
Mengharungi kehidupan yang penuh aktiviti dan belajar selama 3 tahun setengah..
Belajar silat...dapat sijil..Ajar pulak silat kat junior...
Melalui pancaroba, mehnah dan tribulasi politik kampus..
Terlibat dalam pilihanraya kampus dan mengenal hitam putih perwatakan orang..
Belajar minor bahasa inggeris dengan pelbagai aktiviti berkumpulan yang menyeronokkan dan lecturer yang best...
Menyertai kem-kem membentuk jati diri
Berjalan kaki dari kediaman ke dewan kuliah yang sangat jauh..setengah jam sekali berjalan, berkali2 setiap hari...
Berjogging keliling tasik..

Terasa baru semalam...
Dapat tawaran kerja...
Berjalan ke tempat kerja...kenal pula perwatakan sebenar orang2 kota...
Terbang ke negara orang..
Berpindah dan teruskan hidup dengan sahabat baik..
Ikat perut..naik motor..berenang...makan..masak..balik kampung..

Terasa baru semalam..
Planning untuk kahwin..pening kepala cari kewangan..
Mintak pendapat pandangan banyak orang...
Selamat si suami bersalaman dengan tok kadi...
Memeterai janji depan Ilahi...

Terasa baru semalam..
Indahnya memadu cinta dengan suami
Mengimpikan pula cahaya hati..

Terasa baru semalam..
Mendapat khabar indah..
Di dalam rahim diberi amanah
Sepuluh bulan kesana kemari
membawa bersama si kecil bayi 
hingga tiba saat dinanti

Terasa baru semalam
Bertarung nyawa di dewan bersalin
Menanggung kesakitan sehingga air mata tidak mampu keluar
Bahagia dengan alunan azan di telinga bayi
Memangku dan menyusukan amir hamzah pertama kali
Bercuti dan berpantang

Dua hari lagi
Tahun berganti
2011 berlari pergi
2012 menjengukkan diri..

2012..
Masuk tahun ke-28 menjadi anak
Masuk tahun ke-3 menjadi isteri..
Masuk tahun ke-5 kerja di sini..
Amir hamzah meraikan hari lahir pertama kali

Siang malam silih berganti
Masa yang lalu bagaikan mimpi
Masa yang sekarang bagaikan berlari
Tepuk-tepuk pipi sendiri
Tanya-tanya iman di hati
Persiapan apakah untuk mati....


P/S : Mula-mula tulis macam diari..alih2 dah jadi puisi...

No comments: