Assalammualaikum...
Kembali ummi bersiaran setelah sekian lama menyepi bercuti.
Semangat ini, sentiasa perlu dibaca. Kerana pabila kesibukan tugas dan tanggungjawab sebagai isteri, ibu dan pekerja menghambat kita, kadangkala kita terlupa dan sering berduka nestapa. Lumrah manusia kan.
Jadi bila kita rasa 'down', sentiasa kita cari motivasi, cari ayat-ayat Pencipta yang indah, dan baca artikel-artikel perangsang. Kerana kita sama-sama tahu, tanggungjawab dan gelaran yang dikalungkan ke leher ini adalah bukan mudah.
Jom kita baca dulu perkataan-perkataan di bawah.
“Orang mukmin sama ada lelaki atau perempuan akan sentiasa diuji oleh Allah SWT sama ada dirinya, anaknya ataupun hartanya sehinggalah dia menghadap Allah SWT tanpa dia membawa dosa sedikit pun.” – Hadith Tirmizi.
Setiap kali isteri menangis kerana perangai suami yang menyakitkan hati (or vice versa), kerenah anak-anak yang semakin suka memberontak, tertekan dengan amanah dan tanggung jawab, maka tanpa dia sedar sesungguhnya Allah SWT telah mengikis sedikit demi sedikit dosa-dosanya sebagai balasan atas kesabaran dan ketabahannya..
Ini pula ganjaran-ganjaran buat para isteri dan ibu. Sesungguhnya bukanlah kita beribadat, menjalankan tanggungjawab untuk menerima ganjaran, seharusnya dilakukan atas dasar keikhlasan, TETAPI, jiwa perempuan yang lemah ini kadangkala mudah terhanyut memikul tanggungjawab yang begitu berat...Maka bait-bait ayat sebeginilah yang apabila kita baca, seolah-olah kesakitan itu, penderitaan itu, kesedihan itu, di ubati oleh Maha Belas Kasihan (Ar-Rauf)...
1. Apabila seorang wanita hamil, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT akan mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan
2. 2 rakaat solat seorang wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat seorang wanita yang tidak hamil
3. Apabila seseorang wanita mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT akan mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad di jalan Allah
4. Wanita yang bersalin akan mendapat 70 tahun solat dan puasa pada setiap kesakitan pada satu uratnya akan dikurniakan oleh Allah SWT satu pahala haji
5. Apabila seseorang wanita melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya
6. Sekiranya seorang wanita meninggal dunia di dalam tempoh 40 hari selepas bersalin, dia akan dikira sebagai mati syahid
7. Jika seorang wanita menyusukan anaknya hingga cukup tempoh (2 1/2 tahun), malaikat-malaikat di langit akan mengkhabarkan berita gembira bahawa syurga wajib baginya
8. Jika seorang wanita menyusukan anaknya yang menangis, maka Allah SWT akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
9. Seorang wanita yang menghiburkan hati anaknya maka Allah SWT akan memberikan 12 tahun pahala ibadat kepadanya.
(Sumber: Buku Riwayat Bidadari Syurga Terbitan HR Publishing, Kisah Wanita dan DR Muna)
P/s: Gembira kerana sahabat ummi, ummu wafiy telah kembali bersiaran setelah agak lama menyepi dek kekangan-kekangan tertentu.
4 comments:
assalamualaikum, umi, terasa lama betul ummi tak update blog..rasa janggal la pulak..hehe..
mudah2an..kitatergolong dalam mendapat ganjaran hebat dari Nya..ameen!
waalaikumussalam...
haha....baru 6 hari kot...
muka adik ni..yg gambar kecik ni..sebijikla nampak cam adik perempuan ummi...huhu...
Sama2lah kita berjuang yer!~~~~
he2..kdg 2 sy tak komen, tp sy selalu bc blog ni..:-)
muka sama ke?nnti nak tgok la pic adik akak tu boleh?:-)
dah hanta kat email yahoo adik..
Post a Comment