Together Till Jannah. Kerana kehidupan ini sementara…..

Monday, 20 February 2012

Hujung Minggu Lalu - Amir berjalan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalammualaikum....

Seronok kan layan video tu? Ramai orang gelak guling2 tengok reaksi amir hamzah ni.

Amir khusyuk belajar

Weekend yang lepas ni, 18-19 Februari ni, kami bertiga tak keluar rumah langsung.

Plan macam-macam, nak pergi jusco beli pampers la, swimming pool la, taman botani putrajaya la..Tapi last-last ayah je keluar sat buang sampah. Hehe.

So kitorang habiskan masa dengan anakanda tercinta.

Si amir hamzah pun, punya seronok dapat habiskan masa dengan ayah ummi, sampai berterabur masa tidur dia.

Selalunya amir bangun pagi dalam 8-9, dan akan tidur balik pukul 12 lebih tengahari. Lepas tu petang dalam 4-5 pm. Ini kalau dengan ummi la. Kalau dengan pengasuh, lagi mantap jadual tidur dia. 11-1 pm, dan 3-5pm. Tidur buai la katakan.

Tapi weekend baru ini, hari sabtu tu amir bangun pukul 9, dan tidur balik pukul 1pm. Lepas tu terus tak tidur sampai malam. Malam pukul 12 lebih baru tidur.

Hari ahad, bangun pukul 10pagi, tidur sekejap pukul 3 lebih, bangun pukul 4pm. Terus sampai malam pukul 12 baru tidur.

Apa yang encik amir ni seronok sangat sampai tak tidur?

Dah besar, mungkin. Makin kurang tidur.

Tapi on top of that, amir tengah seronok nak belajar berjalan!~ ALHAMDULILLAH.

Sebenarnya masa bulan januari tu amir dah mula nak menapak. Tapi lepas itu entah kenapa, dia lupakan sebentar skill tu. Teruskan aktiviti2 biasa, merangkak, tarik tangan ummi ayah untuk ke mana-mana..

Semalam baru dia tunjuk balik skill tu. Amir dah semakin berani, dia cuma perlukan lebih latihan lagi...

Untuk mendapat skill tu, macam biasalah, adalah tertumus sampai berdarah bibir..yang tu ummi tak la amik gambar kan, sebab ummi ayah kelam kabut masa tu.

Tapi Amir kan HERO kami yang kuat!~

Amir pun makin kuat bersembang sekarang. Tunjuk sana (dengan jari telunjuk yang comel tu), membebel. Tunjuk sini, membebel. Ikut ayah yer amir.....Hahaha~



Jom tengok hero kami yang semakin membesar ni...




Amir dan burung merak

Ok sekianlah. Jumpa lagi...

2 comments:

Nadiah Sidek said...

yay...way to go amir! lepas ni berlari pula ye. jenuh la ummi nak mengejar nanti..hihi..

All about a journal said...

aha...so glad to see you here kak!~

Itulah kan..tak berjalan suruh jalan, dah berjalan suruh duduk pulak...

Tapi amir ni semangat..tu yang ummi pun semangat train jalan tu..haha...